Thursday, March 22, 2012

Pembangunan Sabah 15 Tahun Dibelakang Malaya?

KEADAAN di Sabah tidak bertambah baik seperti yang dijangka dan dijanjikan oleh Kerajaan. Sabah kekal sebagai negeri yang termiskin di Malaysia walaupun mempunyai sumber semulajadi seperti minyak dan gas, perladangan, tanah dan hutan yang besar. Mengapa terjadi begitu?

Hanya satu penjelasan atas kesemua ini, iaitu Sabah tidak mempunyai pengurusan ekonomi yang baik. Ini telah ditunjukkan oleh bilangan pemohonan yang tertinggi di seluruh Malaysia untuk menerima wang BR1M. Ini menunjukkan bahawa Sabah mempunyai kadar kemiskinan amat tinggi dan ini adalah benar kerana mengikut rekod menunjukan bahawa 42% daripada penduduk miskin di Malaysia adalah di Sabah.

Sebenarnya, dengan kekayaan sumber semulajadi, rakyat Sabah sepatutnya boleh menikmati faedah kemakmuran dan keselesaan. Rakyat di Sabah berhijrah ke luar negeri adalah satu lagi bukti, tambahan pula sebilangan besar golongan pemuda-pemudi pergi ke negeri lain untuk mencari kerja.

Pertumbuhan ekonomi di Sabah adalah terkebelakang dengan aktiviti pembangunan yang sangat sedikit, baik di dalam industri, infrastruktur, pertanian atau sektor pelancongan. Kerajaan telah membuat pengumuman besar dan rancangan besar, tetapi adakah itu akan berlaku?

Sebenarnya Sabah kebelakangan sekurang-kurangnya 15 tahun jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Kita begitu mundur sehingga pelabur-pelabur tidak mahu datang ke Sabah untuk melabur. Sabah kaya dengan bahan mentah, Pulau Pinang mempunyai sedikit sahaja, kenapa Pulau Pinang boleh mencapai pelaburan yang tinggi dalam dua tahun?

Kita tidak punyai pertumbuhan ekonomi yang cepat tetapi kita mempunyai peningkatan di kadangan penduduk yang paling cepat. Apabila dibandingkan dengan negeri-negeri lain, kita adalah 5 kali lebih cepat dalam pertumbuhan penduduk. Mereka ini datang dari mana dan mengapa mereka boleh menjadi Rakyat Malaysia dengan begitu mudah?

Seruan mengadakan RCI untuk memeriksa asas pertumbuhan penduduk adalah bukti kukuh bahawa rakyat Sabah mahu tahu apa yang telah berlaku, tetapi sedihnya, walaupun ada RCI, tetapi masih terdapat banyak ‘Penduduk Sabah baru'.

Atas isu NFC, baguslah jika RM250 juta digunakan di Sabah, seperti di Kota Belud di mana terdapat tanah luas untuk memelihara lembu. Sekurang-kurangnya setiap keluarga di Kota Belud boleh mendapat dua ekor lembu. Ramai orang akan mendapat manfaat daripadanya dan Sabah boleh menjadi negeri pengeluar daging pada masa hadapan.

'Sumber makanan terjamin' di Malaysia akan dapat dicapai. Tetapi agak sedih melihat hingga ke hari ini, pengeluaran beras di Sabah masih tidak ada peningkatan yang ketara. Apa yang telah terjadi? Kita masih tidak dapat melihat apa-apa kesan walaupun berjuta-juta ringgit telah diperuntukkan untuk membangunkan dan meningkatkan pengeluaran sebagai yang di katakan.

Di dalam program kerajaan akan memberi bantuan tumpuan baru dan mempercepatkan penanaman semula kelapa sawit dan getah untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak, ini tidak akan berfungsi jika kerajaan tidak komited sepenuhnya. Kami mempunyai banyak tanah yang sesuai, ia hanya memerlukan bantuan wang untuk mejalankan projek-projek. Wang ini sepatutnya telah sudah lama hantar kepada Sabah dan digunakan secara luas di Sabah supaya orang Sabah dapatkan manfaat darinya.

Atas usaha meningkatkan keperluan perumahan di Sabah, tujuan Dasar Perumahan Negara ialah untuk menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa dan mampu dipunyai masih belum menunjukkan apa-apa keberkesanan. Tetapi di Sabah, terdapat beribu-ribu unit rumah SPNB menghadapi masalah dalam aspek kewangan dan lain-lain.

Projek-projek SPNB di Sabah telah menghadapi masalah disebabkan oleh kerja tergendala dan kerja berhenti. Bagaimana dasar ini boleh dilaksanakan dengan lancar? Kita mahu melihat tindakan diambil dengan segera untuk mempercepatkan pelbagai projek-projek di Sabah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah dan bukan memberi mereka masalah yang lain lagi.

Pembangunan modal insan di Sabah masih dalam kekurangan, kerana didapati kebanyakan rakyat Sabah tidak terlatih, terutamanya yang dari daerah-daerah luar bandar. Golongan pemuda-pemudi dari kawasan luar bandar perlu diberi latihan teknikal dan vokasional. Mereka akan menjadi sumbangan tenaga kerja. Tanpa latihan ini, pemuda-pemudi di Sabah dan Sarawak, kini menjadi buruh am di Semenanjong terutamanya di KL dan Johor. Jumlah mereka dianggarkan kira-kira lebih dari 200 ribu orang. Kita tidak boleh biarkan perkara ini berterusan. Di Sabah, ramai orang asing sudah mengambil tempat kerja mereka.

Kerajaan telah mengumum tentang penjagaan kesihatan yang berkualiti, tetapi apa yang berlaku di Sabah? Mengapa kita masih mempunyai kekurangan doktor, peralatan, ambulans, ubat dan hospital? Banyak isu telah dibangkitkan dan perlu diambil tindakan. Kerajaan boleh menunggu, tetapi pesakit tidak boleh tunggu, dan terdapat bukti bahawa banyak nyawa telah hilang kerana ini.

Kecuaian hospital di Sabah telah berkali-kali dilaporkan. Adakah ini disebabkan ketiadaan kelengkapan atau standard perubatan telah menurun? 30% ambulans di Sabah ‘sakit atau berada di ICU’. Mengapa kadar kerosakan ambulans begitu tinggi? Mengapakah kita tidak boleh dapatkan lebih banyak ambulans yang baik di Sabah demi untuk menyelamatkan nyawa.

Di Labuan, hospital memerlukan peralatan baru seperti mesin imbasan CT dan peralatan baru untuk menyokong kerja-kerja doktor pakar dan tanpanya mereka tidak mampu berbuat apa-apa bila pesakit dimasukkan ke hospital.

Bilakah pula masalah tapak letak kereta di QEH1 diselesaikan dan bilakah rancangan untuk bangunan tapak letak kereta akan dibina? Cadangan untuk mengutip bayaran letak kereta adalah tidak boleh diterima buat masa sekarang.

Membasmi rasuah adalah salah suatu tindakan yang harus dijalankan dan kita dapat melihat rasuah di Sabah dan di Malaysia sedang berkembang tinggi mengikut indeks rasuah antarabangsa. Kami mahu semua kerja-kerja dan projek-projek Kerajaan ditender secara terbuka supaya mengadakan persaingan yang adil di kalangan kontraktor yang layak, dan bukan diberikan kepada syarikat-syarikat kroni.

Banyak kerja-kerja telah gagal kerana kontraktor yang tidak berkelayakan terutama jenis 'Ali Baba'. Ini telah merosakan negara kita. Mengapa kita perlu membiayai harga yang begitu tinggi untuk mendapatkan sesuatu projek dijalankan? Terdapat banyak rasuah berlaku di pejabat, di Lebuh Raya dan di mana-mana sahaja. Adakah kita mahu tabiat ini menjadi amalan biasa atau budaya? Ada satu kataan “I help you, you help me”!

Infrastruktur di Sabah paling teruk sekali. Di Kota Kinabalu, banyak simpang jalan memerlukan jejambat atau 'flyovers' (DI) dan lampu isyarat, tetapi ia mengambil masa selama 5 tahun untuk membina satu Jejambat.

Manakala di Semenanjung, flyovers dibina di tempat yang tiada jalanraya dan di tempat yang tidak diguna hingga tahun 2040? Banyak jalanraya di Sabah hanya sesuai untuk lembu sahaja, di manakah ‘super highway’ (DI) yang dijanjikan? Kita di Sabah sudah tetap tidak mempunyai jalanraya yang baik, penduduk luar bandar marah betul apabila gunakan jalan-jalan yang rosak dan teruk.

Sekali lagi saya meminta kerajaan untuk berikan perhatian kepada Sabah, jika tidak, ‘simpanan tetap’ atau ‘ fix deposit’ tetap hilang.

By : HIEW KING CHEU

39 comments:
Write comments
  1. banyak isu yang perlu diselesaikan..

    ReplyDelete
  2. Umno/BN tidak wajar lagi diberi peluang untuk memerintah malaysia kerana kebanyakan pemimpinya yg korup, menyeleweng dan merompak wang rakyat, negara dan juga bukan standard menjadi sebagai pemimpin.

    ReplyDelete
  3. di sabah, kadar kemiskinan tegar masih lagi tinggi, keadaan jalan raya masih sangat teruk, kemudahan air dan eletrik yang tidak sempurna, masalah pendatang asing, dan isu2 lain yang belum lagi d selesaikan oleh kerajaan BN. walaupun sabah antara negeri yang banyak hasil, tapi keadaan kita tidak ubah seperti negeri yang daif dan serba kekurangan. oleh itu, sebelum pemimpin di atas ni komen tentang masalah pakatan rakyat, lebih baik tanya diri sendiri, apa yang telah anda lakukan untuk memajukan semporna dan sabah keseluruhan nya? buat kenduri2 sebelum pilihan raya, bagi duit untuk beli undi. cukup2 lah memperbodohkan orang2 dn bangsa kita sendiri. hari ini orang2 sabah dipandang rendah sebab pemimpin d sana banyak memperbodohkan orang2 mereka sendiri d samping ketidak upayaan mereka dalam mentadbir sabah kearah negeri yang maju setanding dengan negeri2 lain di semenanjung.

    ReplyDelete
  4. baru beri BR1m dah kecoh tolong rakyat. Apa yang kau buat selama ini. Barang tetap naik, yuran pengajian melambung tinggi, lesen along merata rata kau luluskan. Kau ingat bagi 100, 200, 500 kenyang perut rakyat selama 5 tahun. Setelah 50 tahun BN memerintah baru sekarang nak tolong kat rakyat. Dah pembangkang menang 4 negari baru sekarang nak bagi itu pun pasal PRU13 tak lama lagi. Rakyat tak bodoh , hanya pemimpin BN yang bodoh percaya rakyat sokong mereka.

    ReplyDelete
  5. BN tu kebas duit rakyaat dah hutang samapai 53% Bn kaat jgn bimbang kepala hanguk dia . NFC apa cerita PDA 7 diasel.?

    ReplyDelete
  6. mengapa boleh terjadi begini !?..... jawapannya mudah saja....
    cuba kita lihat para pemimpin kita di SABAH pada hari ini....sepert tiada halatuju dan wawasan unk memajukan SABAH TERCINTA ini, mereka hanya mementingkan diri sendiri dan bukan berkhidmat untuk masyarakat setempat yg mereka wakili. Semakin mereka banyak cakap ..semakin banyak juga pembohongan di lontarkan kepada pengundi mereka. CAKAP TAK SERUPA BIKIN....hanya membuang masa unk mendengar ucapan mereka.

    ReplyDelete
  7. contoh pemimpin yang mempunyai wawasan dan pemikiran yg tinggi :-

    1) Bila pemimpin kita di berikan RM 1,000.00 ....pemimpin yang cerdik pastinya akan menjadikan jumlah RM 1,000.00 itu akan menjadi RM 1,500.00....tetapi ...kebanyakan pemimpin kita dengan jumlah wang RM1,000.00 cuma akan menjadikan jumlah tersebut kepada RM 600.00 sahaja. ..so....maknanya ...tiada idea unk menambahkan dana itu asal menjadi lebih banyak......"fikir dan renung-renunglah contoh mudah ini. terimaksaih kepada mereka yg faham dgn ayat2 ini.

    ReplyDelete
  8. Masalah sentiasa berlaku. Bergantung kepada cara pentadbiran dan kebijaksanaan pemimpin dalam mengendalikannya. Sabah tidak terkecuali dalam hal ini. Keluasan Sabah yang besar adalah salah satu faktor kenapa pembangunan agak lewat.

    ReplyDelete
  9. Perancangan sudah baik namun masalah sering berlaku di tahap pelaksanaan. Ini bukan saja berlaku pada pihak kerajaan malah di pihak pembangkang pun akan berlaku masalah seperti ini. Oleh itu, mereka yang tidak amanah dan liabiliti kepada sesuatu pekerjaan perlu dikeluarkan agar matlamat sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan.

    ReplyDelete
  10. Kerajaan negeri akan memberi kepada penduduk kampung ribuan hektar tanah untuk tujuan pertanian. Mereka akan memperolehi geran komunal iaitu geran bersama dan merupakan yang pertama di Malaysia. Ini akan memberi mereka hak pemilikan bersama properti itu. Mereka boleh usahakan tanah itu tetapi tidak boleh jualnya. Waris mereka boleh mewarisinya selama mana ia bertahan. Dengan cara ini, kehidupan penduduk kampung akan lebih sejahtera dan dapat keluar daripada belenggu kemiskinan.

    ReplyDelete
  11. The Kimanis Petroleum Training Centre (KPTC) costingRM50 million built by Petronas will be ready by 2013 and will offer career opportunities for Sabahans in the state’s oil and gas sector.

    The centre built in tandem with the development of several oil and gas projects committed by Petronas to nurture the capabilities of Sabahans, is one of various efforts undertaken by the national oil corporation to further boost the industry in Sabah.

    ReplyDelete
  12. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has expressed his desires to see a balanced development throughout the country including Sabah and Sarawak.

    ReplyDelete
  13. To ensure that this happens, one of the six NKRAs – Rural Basic Infrastructure (RBI) – of the GTP has been especially designed to ensure that adequate basic amenities are provided for the rural population.

    ReplyDelete
  14. Development-wise, Najib said the country has witnessed the highest increase in terms of the construction of roads, supply of electricity and clean water as well as housing in the rural areas.

    ReplyDelete
  15. He attributed the successful deliverables to Datuk Seri Shafie Apdal as the Minister of the Rural and Regional Development, who is also the lead minister for the RBI NKRA.

    ReplyDelete
  16. The Prime Minister said the government has never neglected the needs of the rural people as it strives to ensure a balanced development throughout the nation.

    ReplyDelete
  17. Anonymous II ver 2.0March 22, 2012 at 3:36 PM

    The result of good relations between Sabah and Kuala Lumpur has gave birth to thirty-one new projects worth 77.5 billion ringgit ($25.4 billion), 32,400 ringgit average income and 150,000 jobs that will bring 3.2m Sabahans into a high-income society.

    ReplyDelete
  18. Anonymous II ver 2.0March 22, 2012 at 3:38 PM

    The closed working relationship between Najib and Musa has resulted in his government bankrolling the Sabah Economic Development and Investment Authority (Sedia) which has more than 63 billion ringgit of investments in tourism, oil and gas, palm oil, agricultural, education, logistics and manufacturing.

    ReplyDelete
  19. Anonymous II ver 2.0March 22, 2012 at 3:38 PM

    In eight years, Sabah will have a gross income of 110 billion ringgit which will give each Sabahan an average income of 32,400 ringgit. About 77.5 billion ringgit will come from the 31 projects known as entry point projects under Najib’s massive economic transformation programme. The Najib Administration has targeted a yearly 9% economic growth for Sabah.

    ReplyDelete
  20. Najib noted the zeal of Sabah entrepreneurs in carrying out multi-million-ringgit projects under the public-private partnership programme in which they are entitled to federal funding of 10% of their cost.

    These are the Gleneagles Medical Centre, the integrated Jesselton Waterfront and Sabah International Convention Centre in Kota Kinabalu, the International Technology and Convention Centre in Penampang, the Dalit Bay Integrated Tourism Resort in Tuaran, the Sipadan Mangrove Resort and Sabah Green Energy which is building a geothermal power plant in Tawau.

    The projects cost 5.1 billion ringgit and the federal government has given them about 500m ringgit as start-up fund

    ReplyDelete
  21. The Government is making continuous efforts to ensure that people's lives are comfortable and assist those still in grasp of poverty to better themselves

    ReplyDelete
  22. kini usaha dalam membangunkan Sabah pesat dilakukan, byk projek seperti SDC, projek SOGT, Samur dilaksanakan bagi membangunkan lagi Sabah.

    ReplyDelete
  23. GOvernment has shown continuously effort in developing sabah. various project were implemented.

    ReplyDelete
  24. tapi ada pembangunan yang sabah paling kedepan:
    1) harga barang yang paling mahal.
    2) Paling Banyak PTI(Pengeluar IC palsu paling Banyak)
    3) Pecah tanah untuk project paling pantas tapi tidak jadi(batal)
    contoh kampus UMS sabah keningau,Jalan Tenom BFT,dll,
    4) Pengeluaran geran tanah NCR yang dirampas dari penduduk asal sabah

    ReplyDelete
  25. Sabah pengeluar IC palsu yang tersohor di dunia hasil kerja keras BN. Mutalib buat buku dengan bukti-bukti kukuh pun UMNO/BN tutup mata. RCI UMNO masih teragak-agak untuk menubuhkannya. INILAH KEHEBATAN UMNO/BN. PATI memberi UMNO fixed deposit sebab itu UMNO tak mahu kacau mereka. Tahniah UMNO!

    ReplyDelete
  26. Kenapa ini berlaku kerna kita semua sayang BN sekarang baru oren

    ReplyDelete
  27. 40 ribu kanak-kanak di Semporna tidak ada sijil lahir. Kalau seluruh Sabah jumlah kanak-kanak tidak ada sijil lahir mungkin 10 juta orang. Kilang proses anak pula Sabah ini.

    ReplyDelete
  28. Mungkin kerajaan perlu memberikan tumpuan kepada Sabah. Penduduk sabah bukan seperti dulu mereka mula matang dengan politik dan penilaian. Maka Kerajaan perlu lebih berusaha bagi memastikan dapat memberikan yang terbaik.

    ReplyDelete
  29. semua harus saling bekerjasama untuk memajukan Sabah, itu yang penting.

    ReplyDelete
  30. jika dilihat sudah banyak perubahan yang berlaku dan Sabah semakin membangun berbanding dulu.

    ReplyDelete
  31. usaha untuk membangunkan Sabah harus terus dilakukan.

    ReplyDelete
  32. Amat mengejutkan namun inilah yang berlaku. Namun masih banyak yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa.

    ReplyDelete
  33. Dengan adanya peruntukan yang diberikan pasti Sabah akan sentiasa membangun dan menuju ke arah kemajuan. Kita jangan terlalu negatif tetapi sentiasalah berfikiran positif.

    ReplyDelete
  34. Jika permintaan yang kita inginkan tidak ditunaikan, pastikan hak kita tuntut.

    ReplyDelete
  35. pulau pinang telah mencapai kemajuan dan pelaburan tinggi sebelum DAP mengambil alih negeri itu..

    ReplyDelete
  36. kalau mahu sangat bandingkan Sabah dengan negeri2 PR, bandingkan saja dengan negeri Kelantan yang telah ditadbir oleh PAS selama lebih 20 tahun..

    ReplyDelete
  37. kalaupun Sabah berjaya mencapai negeri2 maju menjelang 2015, jangan harap pemimpin2 pembangkang akan mengakuinya, malah jauh sekali untuk memuji..

    ReplyDelete
  38. artikel ni passionate sgt analogi sabah dgn penang! padahal DAP baru sepenggal pegang penang! artikel ni x sebutpun pasal Kelantan (sumber mentah termasuk air sungai.. emas byk), Kedah (ekstremis PR ramai)..mahupun Selangor yg dah menjunam ekonomi (tapi cukai2 pintu, disko+rumah urut bertambah).. kenapa yea?

    lagi satu - kenapa suluk ramai xde ic? suku bajau lagilah..50% org2 bajau xde ic! xcaye pegilah ke pulau2 di semporna - bum2, mabul, larapan, tandoan, menampilik, denawan. separuh pddk pulau xde ic!! mentri datang, berebut2 mau duit! padahal buta huruf.

    yg dah pandai, keluar pulau..lupa daratan

    ReplyDelete
  39. Pembangkang dengki rekod cemerlang Musa Aman

    Laporan Ketua Audit Negara juga mengakui bahawa Sabah sebagai salah satu negeri yang memiliki rekod terbaik dalam pengurusan kewangan serta berjaya mengekalkan Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut. Selain itu, Sabah juga berjaya mengekalkan penarafan tertinggi ‘AAA’ oleh RAM Rating Services Berhad selama 4 tahun berturut-turut kerana kedudukan fiskal negeri yang mantap dengan lebihan yang berterusan, serta mendapat persijilan ISO 9001:2008 oleh Moody International untuk pengurusan bajet negeri yang efisien dan teratur bagi tempoh 4 tahun berturut-turut.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.