Tuesday, March 27, 2012

Kelantan miskin kerana royalti minyak dirompak

Lumrah. Orang kaya berkawan dengan orang kaya, orang miskin berkawan dengan orang miskin. Orang kaya tak mahu bersahabat dengan orang miskin kerana setiap kali berjumpa, diajak makan dan yang membayarnya si kaya. Tapi kalau orang miskin berkawan sesama miskin, masing-masing boleh bertolak ansur, hari ini si miskin A bayar dan besok giliran si miskin B pula yang bayar.

Miskin sesama miskin ada auranya, mudah berputik rasa “bersahabat” dari dalam hati nurani secara spontan. Hal ini terjadi disebabkan pengalaman kemiskinan itu sendiri sentiasa mendepani yang lain.

Justeru kedatangan penulis ke Sabah tanggal 18 Mac lalu disambut mesra oleh teman-teman di Negeri Bawah Bayu, kerana hati kecil masing-masing merasakan, rakyat Sabah dan Kelantan punya nasib yang sama, berstatus negeri termiskin diantara negeri-negeri dalam Malaysia.

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kononnya membuat sedikit “pembetulan” sewaktu lawatannya ke Sabah Februari lalu, dengan mengumumkan, rakayat Sabah boleh menarik nafas lega kerana Negeri Bawah Bayu itu kini tidak lagi negeri paling miskin, tempatnya diambilalih Kelantan, namun kelakar Najib itu menjadi bahan ketawa, bukan saja penduduk Sabah, bahkan penduduk Kelantan.

Atas faktor pengisytiharan Najib itu telah mendorong saya dan rombongan meninjau negeri Sabah, mahu melihat dari dekat; apakah benar penduduk negeri itu sudah memotong Kelantan satu kilometer ke depan dari jarak kemiskinan paling bawah.

Hal yang sama juga berlaku di Kelantan, ada orang Johor, Selangor, Melaka, Pulau Pinang datang ke Kelantan semata-mata mahu melihat kemiskinan negeri Serambi Mekah, adakah rakyatnya dapat makan nasi, apakah tidurnya berbumbungkan langit.Ini berlaku setelah Najib mengumumkan; Kelantan negeri termiskin di Malaysia menggantikan negeri termiskin sebelumnya iaitu Sabah.

Seminggu sebelum saya ke Sabah, rombongan penulis dari Shah Alam, Selangor, datang ke Kelantan diketuai Uthaya Sankar, ikut bersama ialah novelis terkenal yang sudah banyak menghasil novel Islami, Rohani Deraman, bloggers dan facebooker.

Sebaik saja bertemu Uthaya, pertama-tama diberitahu tujuan kedatangannya ke Kelantan ialah mahu melihat kemiskinan penduduk negeri yang diperintah PAS, kerana Najib sudah menganugerahkan gelaran baru bagi negeri pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini dengan gelaran baru; negeri termiskin dalam Malaysia.

Saya bertanya Uthaya Sankar; apa yang anda lihat di sini? “Saya tak melihat kemiskinan di Kelantan, bahkan kondisi rumah warganya jauh lebih baik daripada sesetengah negeri di Malaysia. Rumah di Kelantan rata-rata dibina dengan batu, besar dan cantik. Kata Uthaya.

Seterusnya saya memberitahu rombongan dari Shah Alam itu, yang miskin di Kelantan ialah kerajaan negeri, sedang rakyatnya tidaklah semiskin seperti digambarkan. Kerajaan negeri miskin, disebabkan Pusat telah merompak royalti minyak. Lima persen hasil minyak yang diperolehi dari perut laut wilayah Kelantan tidak diberikan kepada yang berhak mengikut perjanjian yang dimeteri di zaman Perdana Menteri Malaysia kedua, Abdul Razak Hussain iaitu kerajaan Kelantan.

Pusat rompak wang royalti, kemudian dikatakan negeri Kelantan termiskin dalam Malaysia. Suatu hal tak patut diucapkan seorang perdana Menteri. Konsep federalisme harus dikekalkan. Berbeza parti yang mentadbir Kelantan bukan penghalang royalti minyak disekat. Berbeza parti adalah warna-warni sebuah demokrasi yang segar.

Berbalik kepada Sabah. “ Jangan cuba membohongi orang Sabah, kemiskinan rakyat tidak berubah, masih tetap seperti dulu” ujar Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd. Aminuddin Aling bila ditanya tentang tahap kemiskianan di Sabah.

Beliau lalu mengajak kami menaiki boat ke Pulau Gaya yang letaknya bertentangan dengan Kota Kinabalu untuk melihat sendiri sejauh mana kemiskinan menerjah kehidupan penduduknya.

Boat laju yang memuatkan lima orang termasuk Speaker DUN Kelantan, Dato’ Haji Nassaruddin Daud, Setiausaha Peribadi Menteri Besar Kelantan, Haji Wan Zulkifli Wan Muhamad dan Puji dari KTV berlepas dari pengkalan di Kota Kinabalu dan tiba di jeti masjid Arikob, Pulau Gaya kurang lebih 15 minit. Selepas menunaikan solat sunat masjid kami beramah mesra dengan warga di situ termasuk imam.

Sewaktu kami beredar dari jeti, seorang warga yang berdiri di jambatan kayu berbisik “ Kami penyokong PR” Terkejut mendengarnya, kerana selama berada di perkampungan air itu langsung tak berbicara seputar politik.

Sesiapa yang pertama kali melihat perkampungan warga yang dibina di permukaan air laut pasti terkejut. Tiada rumah sedemikian di Semenanjung. Melihat anak-anak yang kumuh tanpa baju bermain-main di serambi rumah hati jadi luluh. “Ini betul-betul miskin. Bukan cubaan…” keluh ku.

Sebaliknya, di seberang sana, Kota Kinabalu, hotel-hotel mewah empat dan lima bintang berdiri megah, siap menunggu pelancong, domestik dan luar negara. Kemudian pelancong -pelancong itu dibawa melawat Pulau Gaya untuk melihat rakyat Sabah yang dihimpit kemeskinan tegar. Rupanya kemiskinan itu menjadi produk yang menguntungkan pihak-pihak tertentu.

Jurang antara kaya dan miskin di Sabah sangat ketara. Maka benarlah seperti kata warga Sabah yang saya temui di Tawau dua hari sebelum itu “ Rakyat Sabah miskin, yang kaya pemimpinnya”.

-DD

17 comments:
Write comments
  1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, beliau berharap kerajaan mampu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum. Jadi sekarang rakyat senang hati dapat BRIM500 lepas pilihanraya Najib sembelih rakyat dengan GST. Kerajaan yang menyusahkan rakyat bawahan.

    ReplyDelete
  2. Jika PKR betul-betul ikhlas memperlindungi hak royalti minyak negeri Sabah dan Kelantan, bagilah 100% royalti kepada dua negeri kita ini barulah cukup ikhlas.

    ReplyDelete
  3. Kebanyakan mereka yang tinggal di Pulau Gaya adalah PATI, terutamanya mereka yang tinggal di perkampungan atas air.

    ReplyDelete
  4. Rakyat Sabah miskin kerana masalah PATI yang tidak pernah selesai.

    ReplyDelete
  5. macamana PR nak melindungi hak royalti minyak sabah.. kalau rakyat sabah masih memberi peluang BN memerintah?

    ReplyDelete
  6. Kemiskinan berlaku di mana2.

    ReplyDelete
  7. Kelantan miskin disebabkan pemerintahan kerajaan negeri tidak betul.

    ReplyDelete
  8. Banyak isu yang belaku di Kelantan, tapi kerajaan PAS masih lagi ada masa untuk campurtangan isu2 yang ada di Sabah.

    ReplyDelete
  9. Kelantan Miskin kerana ia dibawah pemerintahan kerajaan yang tidak tau memerintah.

    ReplyDelete
  10. kenapa negeri lain yang tidak mempunyai sumber minyak masih boleh berkembang maju?

    ReplyDelete
  11. Jnagan terlalu bergantung kepada sumber alam yang akan pupus di masa hadapan. Cuba cari alternatif lain untuk mendapat sumber pendapatan.

    ReplyDelete
  12. Mulai dari saat ini Kelantan harus mencari jalan untuk membangunkan negeri mereka tanpa bergantung kepada royalti minyak.

    ReplyDelete
  13. Yang penting sekarang adalah memastikan setiap Negeri di Malaysia akan mendapat pembangunan yang baik dan membantu menaik taraf hidup mereka.

    ReplyDelete
  14. negeri2 lain yang tidak ada minyak, macam mana boleh lebih maju dari kelantan??

    ReplyDelete
  15. smua di atas tu betul. tp, u yg baru datang kenalah faham bahawa perumahan atas air adalah setinggan yg dibantu! rata2 mereka adalah golongan pendatang dari Indon dan filipina. mendapat bantuan persekolahan anak2, air, api, makanan, dan x perlu bayar cukai pintu, cukai tanah pun. tp mereka ini mudah lupa diri. kurang ajar. tak bertrima kasih. u tengoklah..bila dah dapat beli i.c dr staf2 jpn..(rasuah di kalangan staf krj sgt tgi di sini) mrk ni bersifat anti kerajaan pula. padahal, beli tanah NT pun x layak. hidup pun dibantu2. aminudin aling pun asalnya orang indon! banyak citer sejarah penempatan pddk sabah kita semua mesti tau, terutama di tawau nih!!

    oh, tawauku

    ReplyDelete
  16. kepada kamu semua yg datang melawat sabah..sabah adalah negeri pertanian nombor satu di malaysia! tanahnya berbukit2. rasuahnya menimbun2 terutama staf krj ( majlis perbandaran, bhg2 tender, jpn, ). sprm pon susah mau masuk. bukan macam semenanjung! tukar kerajaan pun blum tentu settle masalah ini.

    pendatang2 haramnya datang dgn pelbagai masalah..filipin- berbunuh2, tembak menembak! indon- budaya pancasila, mementingkan diri, semberono melintas jalan, tanah pribumi..tanah dia! sifat mcm belanda dpt tanah!

    yang peliknya anak2 PTI nih ramai yang merebut peluang keistimewaan sabah bila dah ada ic.. tengoklah di tawau ni ramai anak2 PTI jadi polis dan guru...

    Dr J yg mahu jaga kewangan negeri pun bekas penyonglap duit yayasan sabah! musa dgn kroni2 cina nya! tapi pengaruh `dacing` amat kuat di sabah! kami tak kisah siapa KM tapi kami semua sayang Najib!!!!!

    ReplyDelete
  17. TAWARAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI MENTERI BESAR KELANTAN PRU 13


    Kerajaan Wahyu Ilahi mempelawa mana-mana rakyat yang berminat untuk mengisi jawatan seperti yang tertera di atas: antaranya,
    a. Boleh berkomunikasi dengan tuhan (menentu tempat bertanding).
    b. Bijak memutar belit firman Allah. (ingat- tuhan pun mencarut-marut)
    c. Boleh memanggil malaikat (itu sb PAS sts menang di Kelantan wp org susah mengeluh).
    d. Boleh berkawan dengan syaitan, asal dendam kesumat tercapai.
    e. Sentiasa sanggup `mmmmmmmuahh` dangan kuffar harbi DAP dan `diliwat` pelbagai cara oleh PKR (PR dan sts enggan bermuzakarah dengan UMNO).
    f. Tak perlu bersekolah Tahun Satu pun di Malaysia. Memadai di Pakistan, India @ Lughatul Arabiah shj. Tak perlu belajar sains @ matematik.
    g. Tak perlu lulus SPM dan lulus ujian lisan BM diperingkat SPM.
    h. Pandai bangangkan pengundi Kelantan dengan ancaman pahala dan dosa!
    i. Bijak memundurkan Kelantan (cth - ajak rakyat fokus subsidi minyak..wp jambatan `meme` sentiaso dibakar).nak memajukan negeri hanya memerlukan ihsan org lain& air liur sj.
    j. Pandai memujuk & memanggil pejuang2 di Selatan Thailand yang memiliki 2 kerakyatan turun mengundi setiap kali PRU di Kelantan atas nama fisabilillah.
    k. Mempunyai pelbagai teknik & mengajak rakyat Kelantan sentiasa anti UMNO.
    l. Gedebe/ riak; putar belit; hasad; pengecewa; bodoh sombong; hati sentiasa busuk; pendendam, bangang matematik tambahan.. amat dialu2kan.
    m. Pandai tunjuk sentiasa beribadat/ rapat dengan tuhan pada rakyat Kelantan.
    n. Sentiasa menang cakap ( mace Pertandinge Dikir Barat).
    o. Pandai berceramah& berjanji .. berjanji..berjanji.. kemudian buat2 lupa aje..pandai tuding adalah satu kemestian!
    p. Sokong kewujudan Israel, LGBT, Irshad Manji, secara putar belit.
    q. Pandai beralasan dengan tuhan demi merealisasi impian @ dendam.


    Syarat2 lain:
    a. Buta, pekak, bisu, tuli pun tidak mengapa kerana ahli dan muslimah2 PAS (yang dimental block dgn syurga) tetap akan bersama anda!
    b. Sanggup tunjuk `semaye` di rumput depan rakyat Kelantan atau di luar Kelantan.
    c. Pandai memenangi redha pengundi dari redha Illahi.
    d. Pandai perasankan diri bahawa perjuangan Islam hanya berjaya dibawa oleh PAS! Hanya PAS sahaja akan masuk syurga. Negara2 lain yang tiada parti PAS - gagal dapat pahala & masuk syurga.


    Benefit :
    1. Disayangi rakyat Kelantan.
    2. Tak akan ditegur terutama oleh institusi lebih tinggi dari politik seperti Kehakiman, Raja2, mahupun golongan ulama.
    3. Dapat keahlian seumur hidup sebagai jemaah si pening lalat yang mental block.
    4. Pencen yang amat lumayan ( 1 term, dpt pencen RM3000, 5 term? 5 term sbg ADUN lagi?).
    5. Berjaya mundurkan negeri Kelantan. Tuding jari aje pada orang lain! (Tak caye? Moh kita tengok Klate lerr nih!!!? 2012 Bandingkan air/ jalan raya sahaja dgn Teganu/ Johor/ Melaka.. )
    6. Org yg jahat - keluar dari Klate! .. Yg miskin dan hina - Cari kerja dengan Kerajaan Pusat dan bawa masalah di negeri lain! ... Yg gedebe dok terus di Klate!! .. Balik undi PAS untuk tunjuk baik & masuk Syurga bersama tok guru sekeluarga/ se kroninya.
    7. BN buat, terima/ pegang jwtn – disumpah!! tapi jika anak2, menantu, sedare, kroni pegang jwtn cpt2 hukumkan ia adalah harus dan fardu kifayah!
    8. Kerajaan Pusat takut tangkap pejuang PAS, kerana setiap org yg berpolitik adalah sts betul (amat dipuja oleh penyokong2).


    * kena pegang jawatan ini sampai mati! Biarkan negeri Kelantan keseluruhannya sentiasa ketinggalan akibat membuat keputusan yang amat tepat ini. Gedebe2 & muslimah ini terlebih pandai wp hampir semuanya makan gaji dengan kerajaan pusat! Tak boleh ditegur..cepat melenting! Alahh, biarkan.. biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.