SEKALI pun pengundi muda termasuk yang mengundi untuk kali pertama dalam PRU 13 boleh mempengaruhi keputusan PRU 13 nanti, tetapi mereka tidak menjadi simpanan tetap mana-mana parti yang bersaing.
Mereka boleh memberi undi kepada Barisan Nasional dan mereka juga boleh memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Bergantung parti mana yang berjaya meraih sokongan majoriti kumpulan muda itu.
Ia adalah fenomena yang dihadapi oleh semua negara demokrasi di dunia.
Justeru semua parti berlumba-lumba untuk menarik sokongan golongan muda ini.
Tetapi Malaysia adalah unik. Ada lain penentu yang akan mempengaruhi keputusan PRU 13 itu. Gejala itu tidak ada di negara lain.
Yang benar-benar akan menentukan kemenangan PRU itu nanti ialah orang Indonesia yang menjadi rakyat Malaysia tetapi mereka dapat dijadikan simpanan tetap Barisan Nasional untuk meneruskan kuasanya.
Banyak pendapat mengandaikan Johor tidak lagi menjadi negeri simpanan tetap BN. Bagaimana pun Tun Daim Zainuddin masih percaya negeri itu jadi simpanan tetap lagi.
Yang jelas menjadi kuasa penentu ialah warga Indonesia yang datang sebagai pekerja dipercayai telah dijadikan pengundi kehormat. Amat bertuah menjadi warga Indonesia yang menjadi buruh asing di Malaysia. Mereka dijamin pekerjaan dan mereka boleh pula menentukan siapa yang bakal berkuasa di negara tempat mereka mencari rezeki.
Mereka dapat menentukan siapa yang berkuasa di Indonesia dan mereka juga boleh menentukan kuasa di Malaysia.
Walau pun rakyat Malaysia berdaulat untuk menentukan kuasa pemerintahnya, tetapi kuasa mereka itu belum tentu menjadi penentu, kuasa penentu itu sudah boleh diberikan kepada orang Indonesia. Hebatnya orang Indonesia ini, mereka tidak perlu menukar status kerakyaan negaranya. Mereka boleh terus kekal sebagai rakyat Indonesia dan diberi kelayakan mengundi.
Untuk menjadi pengundi mereka mesti menjadi rakyat. Maka mereka ditawarkan untuk menjadi rakyat asal saja bersetuju untuk mengundi. Baik mereka menjadi rakyat kekal atau pun pura-pura menjadi rakyat tetapi mereka sudah dapat hak yang sama dengan rakyat Malaysia dalam menentukan kerajaannya.
Walau pun pengundi Malaysia mendapat bayaran dari undinya tetapi tidak semua orang Malaysia yang mengundi diberi duit kerana mengundi. Tetapi sekalian orang Indonesia yang dijadikan pengundi itu mendapat bayaran yang tinggi. Mereka mendapat bayaran yang lebih tinggi dari yang UMNO dapat.
Kebanyakan orang UMNO yang dikatakan miskin dapat RM500 saja seperti yang sedang diagih-agihkan sekarang. Mereka bekerja untuk UMNO sepanjang hayat, untuk PRU 13 ini diberi RM500 saja. Tetapi orang Indonesia yang bertuah itu dapat beribu.
Ini bererti nilai dan harga orang Indonesia yang bertuah itu jauh lebih bertuah dari rakyat Malaysia yang sepatut berdaulat.
Betapa orang-orang Indonesia itu didaftarkan sebagai pengundi adalah menjadi rahsia umum. Semua orang tahu ada sendikit menjalankan kerja haram ini. Walau pun ia satu bentuk jenayah, tetapi ia tidak termasuk dalam kerja wajib polis untuk mencegahnya.
Walau pun ia jenayah tetapi setengah rakyat menghalalkan jenayah itu. Mereka suka orang luar menentukan kuasa politik dalam negara ini.
Sekalipun bilangan mereka tidak seramai pengundi Malaysia yang sah, tetapi untuk mereka tidak pecah dan ia ditaburkan di kawasan tertentu yang marjin majoritinya tidak besar. Dengan lambakan mereka di tempat seperti itu ia dapat memenangkan yang boleh dikalahkan itu.
Orang Indonesia dan Bangladesh tidak diperlukan di semua kawasan. Mereka diupah di kawasan yang secukupkan untuk mengekalkan kuasa BN.
Peluang ini tidak ada bagi Pakatan. Pakatan hanya berharapkan kepada sokongan pengundi yang sah. Sekadar meraih 50 peratus undi sah, ia tidak menjanjikan keuntungan pada Pakatan. Penentu undi Indonesia dan lain-lain undi silap mata akan mensia-siakan 50 peratus undi sah yang Pakatan dapat itu.
Justeru itu penentu kuasa dalam PRU 13 ini ialah warga Indonesa. Apa yang Pakatan dapat buat untuk merebut undi jemputan dari Indonesia dan Bangladesh itu. Najib tidak boleh kata ia hanya auta.
Oleh Subky Latif
Saturday, March 31, 2012
Orang Indonesia kuasa penentu PRU13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
teruk betul ini macam...apa mau buat...?
ReplyDeleteDiharapkan JPN dan SPR akan bekerjasama untuk membersihkan senarai nama pengundi sebelum PRU-13. Minggu lalu SPR meminta kerajaan untuk melewatkan tarikh PRU-13 sehingga senarai nama pengundi boleh dibersihkan. Harap mereka akan berusaha.
ReplyDeleteSPR perlulah memastikan Pilihanraya dijalankan dengan adil dan bersih kerana ini adalah tanggungjawab mereka.
ReplyDeleteMereka yang bukan warganegara Malaysia memang tidak patut untuk menjadi pengundi. Harap2 lepas penambahbaikan dalam sistem pilihanraya telah dibuat, perjalanan PRU akan menjadi lebih lancar, adil dan bersih.
ReplyDeletePastikan tiada kepincangan dalam proses pengundian kali ini.
ReplyDeleteSedangkan rakyat M'sia sendiri yang sudah layak untuk mengundi pun tidak daftarkan diri mereka. Bagaimana?
ReplyDeletehak mengundi hnya untuk rakyat Malaysia, warga asing tidak layak.
ReplyDeleteindons, pilaks, pakistan, bangladesh, myanmar, india - para pengundi yg sudah mendapat'kelayakan' drpd UMNgOk!!!
ReplyDeleteJangan berharap tapi ambil tindakan kita tukar ini BN di PRu 13.
ReplyDeleteIt is important young voters to choose wisely in the next general election, the country needs a proven administration to deal with domestic, regional and global issues. Don't give the country away to the wrong hands because you will be in trouble. Govt had worked through many domestic, regional and global issues and these translated into social and economic development for the country.
ReplyDeletePemilih daftar yang meragukan harus dibersihkan untuk mendpat PRU yang lebih adil.
ReplyDeleteSebab itulah kenapa kita inginkan RCI sekarang bagi menghalang mereka yang tidak layak daripada melakukan pengundian.
ReplyDeleteMereka yang benar-benar layak saja yang akan melakukan undian. Maka pastikan tidak ada PATI yang terlepas untuk melakukan perkara ini.
ReplyDeletekalau kalah terima saja la.. bukan pasal PATI yang dapat IC, sebaliknya parti2 pembangkang di negara ini terlalu lemah tapi nafsu untuk mendapatkan jawatan kabinet terlalu tinggi..
ReplyDelete