Saturday, March 31, 2012

Hutang Kerajaan Pusat Melebihi 55% KDNK?

Soalan lisan saya kepada Menteri Kewangan bersabit jumlah hutang Kerajaan Persekutuan dan ‘contingent liabilities’ (tanggungan pinjaman dijamin) kerajaan Pusat, pada tarikh 26 hb Mc baru saya terima secara bertulis di parlimen sehari lalu.

Berikut adalah jawapan Kementerian berserta dengan ulasan saya berhubungan dengan cara Kerajaan Persekutuan mengurus kewangan dan khazanah kekayaan Negara.

Hutang Kerajaan Persekutuan sehinggaDisember 2011 adalahsebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 % nisbahKeluaraan Dalam Negera Kasar (KDNK). Daripada jumlahter sebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM438.0 bilionatau 96.0 % daripada jumlah keseluruhan hutang, manakala baki RM18.1 bilionatau 4.0% merupakan hutang luar negeri.

Juga disebutkan bahawa hutang luar negeri yang rendah adalah selaras dengan dasar kerajaan yang mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan tinggi, kos pinjaman serta dapat meminumkan risiko pertukaran matawang asing (forex risk).

Kerajaan dari semasa kesemasa memberikan jaminan kepada badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan untuk meminjam bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. Jaminan diberikan di bawah Akta Jaminan Pinjaman 1959.

Sehingga 31 Disember 2011, jumlah ‘contingent liability’ Kerajaan Persekutuan iaitu baki pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan adalah sebanyak RM116.76 bilion terdiri dari RM109.14 bilion (93.5%) dan pinjaman luar RM7.62 bilion (6.5%). Dikatakan bahawa pinjaman melibatkan 2 badan berkanun dan 26 syarikat berkaitan Kerajaan.

Pertama-tamanya hutang kerajaan Pusat telah melonjak dari RM146 bilionpada 2002, RM242 bilion pada tahun 2006 dan kini RM 456.1 bilion pada hujung 2011.Dalam 5 tahun sahaja, hutang Kerajaan Pusat telah melonjak hampir 100%.

Paling merunsingkan pelbagai pihak analysts, adalah perbelanjaan di luar peruntukan Belanjawaan atau ‘off-balance sheet spending’.

Tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan Pusat telah menerbit pelbagai Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan on simpanan), sekuriti Kerajaan.Pinjaman inilah yang dimaksudkan dengan pinjaman yang tidak termasuk dalam hutang RM456.1 bilion tetapi tetap sebagai hutang kerajaan Pusat. Inilah hutang yang telah meningkat ke paras RM116.76 bilion dari paras RM84.3 bilion dalam tahun 2009 –meningkat lebih 15%.

Seandainya gagal dibayar oleh badan-badan berkanun dan GLCs yang dijamin kerajaan Pusat, maka kesemua ini akan menjadi hutang kerajaan Pusat. Dengan kata lain hutang kerajaan Pusat akan mencecah 65% KDNK. Dengan kata lain, Kerajaan Pusat telah melanggari Akta Pinjaman(Local) 1959 dan Akta Pembiayaan Kerajaan (1983).

Contoh terbaik yang menjadikan pertikaian Laporan Ketua Audit Negara ialah jaminan pinjaman yang diberikan kerajaan Pusat kepada badan berkanun PTPTN yang meminjam RM17.0 bilion dan Syarikat Prasarana Negara Berhad sebanyak RM9.1 bilion. Senarai termasuk jaminan kepada MAS, 1-MDB, Sime-Darby dll.

Dengan berlatarbelakangkan beban hutang yang tertera di atas termasuk ‘contingent liabilities’, persoalan besarnya ialah apakah layak dan wajar PM Najib antara lainnya:

(i) Melepaskan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli membayar hutang sebanyak RM589 juta kepada Danaharta setelah Mahkamah Tinggi, KL pada tahun 2009, memerintah beliau membayarnya?

(ii) Membebankan Kerajaan Pusat dengan lebihan perbelanjaan RM3.4 bilion ketika membuat satu keputusan ‘flip-flop’ ketika kembali kepada Skim Baru SSM (kos RM6 bilion), setelah SBPA (kos RM2.6 bilion) termeterai dan dilaksanakan hampir 3 bulan dan telah membabitkan pembayaran kepada 580,000 pesara dan yang lainnya?

(iii) Melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan geran RM976.7 juta yang diberikan dahulu yang setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala-Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta sementara geran RM976.7 tidak dituntut kembali oleh pihak Kementerian Kewangan?
Apakah ini caranya PM Najib selaku Menteri Kewangan mahu meyakinkan rakyat dan pembayar cukai (tax-payers) bahawa beliau layak diberi mandat untuk mengurus kewangan negara dan khazanah kekayaan Negara?

Jelasnya beliau secara konsisten mengutamakan Kroni-kroni dan Membebankan Rakyat! Malang buat rakyat!



Dr Dzulkefly Ahmad,
Ahli Parlimen Kuala Selangor

18 comments:
Write comments
  1. Inilah BN ( Bangkrapkan Negara).

    ReplyDelete
  2. PR penuh dengan idea pembaharuan dan perancangan utk majukan negara dan memakmurkan rakyat....manakala BN penuh idea dan perancangan utk berhutang dan menaikkan cukai utk majukan keluarga dan kroni dan menyesakkan hidup rakyat dgn kos hidup yg semakin meningkat... apa pilihan anda dan ini membezakan yg mana rakyat ada otak dan yg mana otak lembu.

    ReplyDelete
  3. Be End kalau makan duit rakyat semua kata boleh, kalau tentang kebajikan rakyat semua kata no no no....

    ReplyDelete
  4. siapa bilang "rakyat didahulukan"? 1anjingMALAYSIA????

    ReplyDelete
  5. Diharapkan kerajaan Persekutuan akan berusaha menjelaskan hutang negara ini sebelum beban ini diturunkan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  6. Pengurusan duit negara perlulah dilakukan dengan lebih berkesan, telus dan teliti supaya duit rakyat digunakan untuk tujuan yang betul.

    ReplyDelete
  7. Malaysia perlu mencontohi Brunei dan Singapura yang tidak membuat sebarang pinjaman atau hutang dari luar negara.

    ReplyDelete
  8. Merujuk laman Malaysiakini, Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek melalui jawapannya mengatakan, hutang negara belum mencapai tahap kritikal kerana kurang 2 peratus dari had pinjaman yang dibenarkan perlembagaan, iaitu 55 peratus daripada KDNK.

    ReplyDelete
  9. Pengurusan kewangan yang bijak amat penting.

    ReplyDelete
  10. Kurang 2% bukan satu petunjuk yang baik.

    ReplyDelete
  11. kerajaan perlu ada pengurusan kewangan yang teratur dan sistematik.

    ReplyDelete
  12. Hutang negara masih terkawal yang penting konsisten dalam membayar hutang

    ReplyDelete
  13. Biar pun dibebani dengan hutang tapi ekonomi M'sia tetap pesat membangun.

    ReplyDelete
  14. Harap kewangan dan ekonomi Negara diurus dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  15. Betul..Ekonomi Malaysia masih stabil buat masa sekarang. Namun Kerajaan perlulah merancang terbaik untuk memastikan kewangan dalam keadaan yang baik.

    ReplyDelete
  16. ianya mampu dibayar oleh kerajaan; rezab antarabangsa = RM427.9 Bilion – boleh cover hampir semua hutang kerajaan Persekutuan...

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. hutang yg banyak memaksa kerajaan mengeluarkan jumlah wang banyak.. bila jumlah wang menjadi sangat banyak, apa akan jadi dgn nilai mata wang negara.. Rm100 akan menjadi wang yg tidak bernilai sama seperti kertas yg dijumpai dan hanya dipijak-pijak sahaja..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.