Thursday, March 22, 2012

SPM : 559 calon raih keputusan A+

spm 2011PUTRAJAYA 21 Mac - Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran berbanding 403 calon pada tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah tersebut, 506 calon adalah dari sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi adalah calon sekolah lain.

Katanya, pencapaian keseluruhan SPM 2011 yang menyaksikan 468,808 calon kesemuanya adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun dengan nilai indeks Gred Purata Nasional (GPN) 5.04 berbanding 5.19 pada 2010.

Menurutnya, pencapaian keseluruhan sekolah juga meningkat, apabila bilangan sekolah dalam kategori 'cemerlang' dan 'baik' masing-masing meningkat sebanyak 13 dan 60 buah sekolah.

“Sekolah-sekolah berkenaan diukur menggunakan Gred Purata Sekolah (GPS) dan dikategorikan sebagai “sangat baik”, “baik”, “memuaskan”, dan “berpotensi,” demikian jelasnya

-UM

12 comments:
Write comments
  1. kalau markah 11%(7 tahun lepas) pun sudah capai taraf lulus,apa yang nak dihairankan jika peratusnya meningkat.Macam mana pun bagi pelajar yang benar benar cemerlang (A+) tahniah di ucapkan.

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH kepada pelajar yg berjaya. Pada yg kurang berjaya, usaha lagi kerana peluang masih ada & ini bukan titik akhir.

    ReplyDelete
  3. Nilailah kembali untuk memastikan pelaburannya berada di landasan yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  4. Congratulation to the high achievers.

    ReplyDelete
  5. Hopefully they will enter their Tertiary Institute of their choice.

    ReplyDelete
  6. Semoga para pelajar yang berjaya ini akan menjadi golongan profesional yang meyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara kelak.

    ReplyDelete
  7. Akhirnya usaha guru2 dan pelajar itu sendiri telah membuahkan hasil.Tahniah!

    ReplyDelete
  8. Tahniah kepada yang berjaya, kepada yang tidak berjaya mungkin ada lain jalan untuk anda.

    ReplyDelete
  9. tahniah pada mereka yang mendapat keputusan cemerlang.

    ReplyDelete
  10. Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

    ReplyDelete
  11. Tahniah kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang. Semoga mendapat tempat di Universiti yang tekemuka.

    ReplyDelete
  12. tahniah kepada pelajar2 yang lulus cemerlang.. pelajar2 ini patut diberikan keistimewaan dalam kemudahan biasiswa atau apa2 ganjaran dari kerajaan sebagai motivasi kepada pelajar2 lain untuk mengikut jejak langkah mereka..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.