KESEDARAN dan kejujuran daripada semua pihak boleh mencapai matlamat ini. Ini ada satu cerita untuk kita renungkan sebelum kita membincangkan lebih lanjut isu tersebut.
Petani bernama Gaman memiliki 10 ekar kebun buah-buahan yang beraneka jenis, tetapi kerana kekurangan ilmu pengetahuan dan modal pusingan dalam perniagaan; maka setiap musim buah-buahan tidak diambil dan dijual.
Al-kisah ada seorang yang pintar dan tahu selok-belok perniagaan yang bernama Dato' Kassim yang mengetahui potensi sebenar kebun tersebut telah berjumpa dengan Si Gaman dan memberi cadangan perniagaan yang berbunyi seperti berikut;
“Saya ambil alih pengurusan kebun saudara dengan bayaran 5% hasil jualan kasar buah-buahan dari kebun tersebut”. Dengan keadaan Si Gaman yang serba kekurangan, tanpa mengetahui berapa nilai sebenar hasil buah-buahannya dan terus bersetuju menerima cadangan itu.
Selepas sahaja si Gaman bersetuju dan menandatangani persetujuan cadangan tersebut, Dato Kassim terus mencari kawannya yang pakar dalam bidang pertanian yang bernama Van John dengan cadangan pengambilahlihan pengurusan kebun Si Gaman dengan cadangan bayaran 30% hasil pengeluaran kebun buah-buahan tersebut.
Dalam perjanjian tersebut Dato Kassim juga memberi syarat tambahan bahawa kos penyelenggaraan dan pengeluaran ditanggung dahulu oleh Van John dan akan dibayar balik jika ada keuntungan hasil jualan buah buahan tersebut.
Selepas hasil dikeluarkan, keuntungan dibayar kepada Van John termasuk kos pengeluaran sebanyak 60% dan Dato Kassim telah mendapat keuntungan bersih sebanyak 35% selepas membayar sebanyak 5% kepada Si Gaman.
Bila dilihat dari lahiriah perjanjian di atas tidak ada salahnya. Gaman menerima perjanjian tanpa usul periksa kerana kekurangan pengetahuan; Van John menerima perjanjian kerana yakin akan keuntungan yang bakal diperolehinya dan Dato Kassim berani bertindak begitu rupa kerana dia tidak mengeluarkan sebarang modal perniagaan dan yakin atas potensinya.
Tetapi jika difikirkan secara adil dan penuh keinsafan, perjanjian ini adalah berat sebelah dan dikategorikan sebagai penindasan.
Dalam ugama Islam itu sendiri tidak mengalakkan pengambilan untung yang berlebihan. Si Gaman adalah pemilik tanah dan juga berkerja keras menanam buah-buah tersebut hanya mendapat 5%; sedangkan satu ketika nanti pokok buah-buahan akan berhenti berbuah.
Dato Kassim yang tidak mengeluarkan modal dan tidak mempunyai kepakaran dalam pertanian pula mendapat 35%, manakala Van John seharusnya layak menerima keuntungan 30% kerana ia bekerja keras dalam pengeluaran hasil buah-buahan tersebut.
Merujuk kepada rencana saya sebelum ini di Sabahkini.net, saya telah menerima pelbagai kritikan pro dan kontra.
Saya sengaja menulis satu rencana yang ringkas bagi membolehkan kebanyakan kumpulan pembaca boleh memahami kandungan rencana saya dan cuba mengelakkan penggunanaan banyak ungkapan yang jarang digunakan dan pengiraan yang rumit.
Ada pembaca mahu saya membuktikan dengan lebih terperinci bagaimana saya dapat angka-angka tersebut. Sebenarnya apa yang saya tulis sebelum ini boleh didapati dari berbagai-bagai sumber, tekan saja dalam pencarian Yahoo 'Oil production, Sabah' semua yang saya tulis boleh didapati di situ.
Ada juga pihak cuba menegakkan benang basah dan ada pula yang cuba mengalihkan tujuan rencana ini ditulis. Mengikut seorang pembaca, pendapatan kasar Sabah US12 tidak logik kerana mengikut beliau Laporan Kewangan Petronas Bagi Tahun 2011, Keuntungan bersih dalam pengeluaran minyak hanya USD 10.8 billion dan pengeluaran gas menyumbangkan USD 2 billion.
Saya cuba membincangkan industri minyak dan gas di Sabah dan bagaimana Sabah negeri termiskin di Malaysia ini boleh boleh dimajukan dengan pendapatan dari sektor industri tersebut.
Bagaimana PETRONAS mengendalikan operasi dan pelaburan dan sama ada untung atau rugi adalah tidak perlu disentuh di sini kerana saya cuba mencadangkan bagaimana Sabah boleh mendapat 100% keuntungan hasil minyak dengan menjadikan dirinya berstatus 'Pemilik'.
Takungan minyak Kikeh, Murphy Oil boleh mencapai pengeluaran minyak 125,000 bbl/d; Takungan minyak Gemusut Field, Shell boleh mencapai pengeluaran minyak 135,000 bbl/d dan telaga minyak Wakid, Petronas Carigali boleh mengeluarkan minyak sebanyak 8200 bbl/d.
Jumlah ini belum mengambil kira terminal minyak dan gas Sabah di Kimanis (SOGT) yang jika siap kelak akan boleh mengeluarkan 300,000 bbl/d. Jika dilihat keupayaan pengeluaran minyak Sabah, tidak keterlaluan saya katakan bahawa pengeluaran minyak Sabah boleh dicapai sebanyak 300,000 bbl/d.
Maksudnya 300,000 ribu barrel minyak dapat dikeluarkan dalam sehari. Harga pasaran masa kini melebihi USD 100 dalam satu barrel. Jika kita mengambil harga minyak USD 100 sebarrel, bererti pendapatan kasar Negeri Sabah dalam pengeluaran minyak mentah sahaja adalah hampir USD 11 billion setahun.
Ini belum mengambil kira pendapatan dari hasil jualan gas asli dan penghasilan minyak dan gas dari kawasan sempadan antara Sabah dengan Vietnam dan sempadan antara Sabah dengan Brunei.
Berbalik kepada cerita tersebut di atas, diharap menteri-menteri kita dapat membuat satu perjanjian yang adil dan beretika bagi mengelakkan ada pihak yang tertindas. Perjanjian Petroleum yang sebelum ini telah digubal oleh manusia dan ini bererti masih boleh diubah mahu pun dibatalkan sama sekali.
Dengan adanya pemimpin yang bersikap jujur dan beretika, perkara ini boleh diselesaikan bagi membolehkan Negeri Sabah menjadi pemilik kepada minyak dan gas di negeri ini sekali lagi.
Untuk maklumat pembaca, Negeri Sabah mempunyai simpanan minyak sehingga hari ini sebanyak hampir 2 billion barrel minyak mentah dan dengan kata lain kita mempunyai lebih kurang USD 200 billion (RM600,000,000,000) simpanan dalam bentuk minyak mentah.
Kalau wang ini digunakan sebanyak USD 2 billion setahun untuk memajukan Negeri Sabah ini, kita memerlukan 100 tahun untuk menghabiskan wang minyak ini, tetapi saya yakin kita akan mendapat lagi telaga minyak baru pada masa-masa akan datang.
Semoga Rakyat Sabah dapat melihat potensi hasil minyak dan gas milik kita. Mari kita berusaha ke arah mencapai matlamat untuk memiliki kembali minyak dan gas negeri ini.
Pada masa yang sama kita berharap saudara-saudara senegara kita dari Semenanjung Malaysia harus sedar perjanjian minyak tidak beretika ini mengakibatkan negeri ini menjadi negeri termiskin di Malaysia. Kasihan Si Gaman!
Oleh : NOOR HALIM BIN DATUK HJ. ZAINI (sabahkini)
Sunday, March 25, 2012
Hasil Minyak Sabah USD200 Billion?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jangan kira harga jualan setiap tong saja ,, bagaimana pula dengan kos pengeluaran ..Berapa banyak pula telah di laburkan oleh pihak pengeluar sebelum boleh mendapat minyak itu ..
ReplyDeleteHasil minyak tu sepatutnya sudah boleh menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri yang maju seperti Brunei.
ReplyDeleteAkta Petroleum rasanya perlu dikaji semula. mungkin 5% itu tidak relevan lagi dengan keadaan semasa sekarang. Sabah perlukan lebih lahi kadar royalti.
ReplyDeleteSabah can expect to have Institut Teknologi Petroleum Petronas (Instep) within two years. to have a training centre on oil and gas was a dream for Sabahans especially those in Kimanis as it will provide them with opportunity to study in the field without having to leave the state.
ReplyDeletekenapa sabah masih diparas kemiskinan?
ReplyDeleteInilah yang akan berlaku kalau kurang pengetahuan. Jadi sebab itulah kikta harus tambahkan ilmu pengetahuan.
ReplyDeleteSama macam anon diatas, saya pun hairan kenapa Sabah masih di paras kemiskinan??? Sunggu menyedihkan.
ReplyDeleteWalaupun tak dinafikan Sabahtetap berkembang walaupun hasil minyak/royalti tak sepenuhnya kita perolehi, namun bayangkanlah jika hasil kekayaan Sabah balik kepada Sabahan. WWWWWoooooooooowwwwwwwww!!!!
ReplyDeleteRasanya, isu ini harus diperjelaskan oleh pihak2 berkenaan atau biarkan saja rakyat buat penilaian sendiri???
ReplyDeleteBetul jugalah... Dan tidak hairan juga kenapa tuntutan rakyat terhadap kenaikan royalti minyak tak pernah berhenti.
ReplyDeletemungkin perjanjian minyak yang telah ditandatangani sebelum ini harus disemak semula..
ReplyDeletejika sabah mendapat lebih banyak hasil daripada minyak dan gas nya, rasanya sabah adalah lebih maju dan membangun daripada sekarang...masih belum terlambat untuk menyemak semula perjanjian tersebut...
ReplyDeleteketidak adilan biasanya menyebabkan ketidak puasan hati dan sterusnya menyebabkan pertikaian dan skiranya gagal diselesaikan secara adil bakal membibitkan dendam kasumat. 48 thn brlalu minyak Sabah disedut oleh petronas@malaya tanpa sedar oleh rakyat Sabah namun 20 thn akan datang bakal mempertaruhkan minda, tenaga dan nyawa rakyat Sabah utk pasti bangkit menghapuskan ketidak adilan yg brluluasa mnjajah negeri dan rkyt Sabah. Bukan shj tuntutan royati dinaikkan malah ganti rugi kpd krajaan dan rakyat Sabah harus dituntut spanjang Negara Sabah mnjadi Negeri dlm Malaysia.
ReplyDeletemenunggu kemunculan Pemimpin@Menteri Sabah yg berkarisma utk menghimpun dan memimpin menteri2 dan rakyat brjuang menuju kemerdekaan tanah siGaman
ReplyDeleteEducation is very important in order for us to be one step ahead. With education, 'si Gaman' might not be easy manipulated. In future, 'si Gaman' needs to be smart and don't let others take advantages on him again and again.
ReplyDeleteThe Sabah Oil and Gas Contractors Association (Sogca) wants to see at least one Sabahan sit as a Vice President in Petronas, in view of the State's big contribution to the national oil and gas industry. Currently the highest post given to a Sabahan is only General Manager for Sabah and Labuan, which is held by Joseph Podtung, but who is not involved in any decision-making.
ReplyDeleteSabah deserves more from what is taken from it and the request for an increase in oil royalty is not out of the ordinary.
ReplyDeleterakyat Sabah harus mendapat manfaat yang sepatutnya dari hasil minyak tersebut.
ReplyDeletememang nasib rakyat sabah..tipah tertipu..
ReplyDeleteBN tak tau ekonomi...patutnya mereka kira berdasarkan useable income.Mereka tak sedar golongan pendapatan sederhana ni la yang akan memusnahkan mereka. Jom tukar kerajaan..bosan la debgab BN. Bagi chance kat Pakatan..mesti dia bagi ekonomi kita bagus. ALLAHU AKBAR!
ReplyDeleteWang Royalty minyak Sabah dan Sarawak harus diaudit.Kemana perginya? Kepada rakyat, kroni, politikus dan siapa? Kalau 5% pun rakyat tidak menikmati apa lagi kalau 20%.
ReplyDeleteTidak apa itu semua adalah pandangan dari pihak yang negatif. Namun kita perlu sedar akan bantuan yang lain telah dibuat oleh Petronas kepada Sabah.
ReplyDeletePakatan lagilah tidak tahu soal ekonomi.. macam mana pula mereka boleh manaikkan royalti minyak dalam masa yang sama menaikkan subsidi minyak dan barang2 keperluan asas, menghapuskan tol, menghapuskan PTPTN, menghapuskan cukai, memberikan elaun rm500 kepada semua guru, rm1000 kepada warga emas, membangunkan ekonomi negara, menaiktaraf kemudahan infrastruktur di semua negeri dan sebagainya...
ReplyDeleteAccording to estimates, up to January 2008, gas reserves are estimated at 12.7 Sabah trillion cubic feet or about 14% of the country's natural gas reserves.
ReplyDeleteOil Sabah coast is contributing to gas and gas revenue, contributing RM68.3 billion (13.1% of GDP) and is expected to increased to RM81.9 billion in 2015.
ReplyDeleteDatuk Musa said that the state should receive a larger share in the oil and gas. For a start, Sabah as Petrosab Logistics and Yayasan Sabah Group should play a more active role for the oil and gas contracts,with key players like Petronas.
ReplyDeleteWhen the work on this project started, the involvement of Sabah in the oil and gas will be considered from the launch of the Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) in Kimanis by former Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi in February 2007.
ReplyDeleteInitially the site is act as complex as oil and gas activities for Petronas. With the ability to store up to 2.5 million barrels of crude oil, is designed to handle complex of 300,000 barrels per day and one billion cubic feet of gas per day.
ReplyDeleteCrude oil received by SOGT will channeled directly to the tanks which are anchored to 10km from port.
ReplyDeleteHowever, the project was reoriented for the construction of gas pipeline involving the Sabah-Sarawak (SSGP) from Petronas LNG Kimanis Complex in Bintulu via a 500km pipeline as far inland (90km in Sabah and 410km in Sarawak).
ReplyDeleteDesigned to transmit natural gas Sabah to Bintulu for processing into liquefied natural gas for export, the pipeline dianggarkanmenelan cost RM3 billion.
ReplyDeleteDatuk Musa see long-term perspective. He saw the development that has been launched in the oil and gas industry as a means of enhancing oil royalty for Sabah, create more jobs and thus further downstream priming, according to Datuk Musa, there are additional attractions have a school oil-related training in SOGT, and this will open a new horizon to the people of Sabah, especially Bumiputera group to engage in oil and gas and related areas.
ReplyDeleteWith the termination the relationship with the Bintulu gas pipeline, Kimanis also will see rapid development.
ReplyDeleteAs a center for oil and gas industry, Datuk Musa saw it as a suitability for development into a town "common facilities" with helicopters and military aircraft hangars, health clinics, supply base and warehouses, workshops and service centers and offices in addition to providing training to school latest equipment. He also wants Sipitang this benefit.
ReplyDeleteIn fact, he saw Kimanis and Sipitang as oil related town, such as Miri and Bintuluin Sarawak and Kerteh in Terengganu. When gas from landing on the shores of Sabah Gas and Oil Terminal in Kimanis Sabah, is expected to occur in 2013, gas will be available in the domestic market, including for the 300-megawatt power plant proposed in Kimanis and also the Bintulu LNG plant through TalianpaipGas Sabah-Sarawak.
ReplyDeleteAs a key component of the state economy, in 2009 the oil and gas amounted to 8.2 percent Gross National Product, while crude oil amounted to 37.4 per cent of Sabah's total exports with an estimated value of RM13.9 billion.
ReplyDeleteWith holdings in offshore Sabah by 14%from natural gas storage Malaysia, part of the long-term vision is to create a petro-chemical industries such as refineries downstream, methanol plant and complex process petrochemicals.
ReplyDeleteBrunei yg tiada petronas boleh menggusahakan ladang minyak nya sendiri kan? Brunei yg mengusahakan minyak nya sendiri adalah yg kelima terkaya didunia kan, sementara negara Sabah dan Sarawak yg mana ladang minyak mereka dikuasai lintah darat bernama petronas adalah yg termiskin di Malaysia bukan?
ReplyDelete