Friday, March 23, 2012

Pakatan dedah bagaimana daftar pemilih 'dimanipulasi'

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan dakwaan pembangkang mengenai bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melakukan "penipuan besar-besaran" dalam memanipulasi daftar pengundi.

NONE"Saya akan buktikannya dan memberi contoh khusus," kata Anwar (kanan) dalam satu sidang media di lobi parlimen.

Beliau kemudian menunjukkan satu cetakancarian pengundi SPR untuk menunjukkan bagaimana pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan yang didaftarkan di Pulai, Johor didaftarkan semula sebagai pengundi baru di Pekan, Pahang.

Mengenai bagaimana ianya dilakukan, Anwar mendakwa, jika mereka memasuki data yang sama, komputer akan menolaknya, lalu mereka menambah tanda pangkah (/) selepas nombor kad pengenalan dalam pendaftaran baru.

-MK

12 comments:
Write comments
  1. SPR sepatutnya berfungsi sebagai sebuah badan yang bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak. Harap tahun ini PRU dapat dijalankan dengan adil dan bersih.

    ReplyDelete
  2. kalau SPR tak selesaikan kes manipulasi daftar pemilih ni, kita kena boikot PRU13 ni...kalau tidak kemenangan akan berpihak kepada BN dengan mudah dengan bantuan penipuan dari SPR ni...ini 1 komplot yang merbahaya ni...

    ReplyDelete
  3. nak menang biarlah cara yang betul jangan menipu biar rakyat yang menentukan kalau kita betul rakyat akan sokong kenapa takut dengan kekalahan . kalau menang dengan secara menipu apabila memerintah nanti akan terus menipu rakyat dan menghabiskan wang dan harta negara. kalau kalah kena terima hakikat lagi 5 tahun lawan balik dan perbaiki apa yg tidak kena. wahai pengundi mana2 parti kita hendaklah jujur, amanah dan ikhlas janganlah kita menipu sebab nak memberi kuasa pada mereka.......... walahualam

    ReplyDelete
  4. SPR, MACC, PDRM, AG, bernama, ATM, judiciary, media prima...semuanya berkongsi 1 kurungan - ANJING UMNgOk!!!

    ReplyDelete
  5. PSC harus mencadangkan sesuatu untuk menyelesaikan perkara seperti tu.

    ReplyDelete
  6. Manipulasi daftar pemilih tidak seharusnya menjadi isu pada PRU13. kerajaan telah menubuhkan PSC untuk cari cara penyelesaian untuk perkara2 yang berbangkit.

    ReplyDelete
  7. seharusnya senarai daftar pengundi diselaraskan dgn data2 di JPN.

    ReplyDelete
  8. Macam mana rakyat nak keluar mengundi jika kredibiliti dan ketelusan SPR meregukan? Sebagai sebuah badan bebas, SPR seharusnya bersikap adil dan amanah dalam tugas mereka.

    ReplyDelete
  9. EC should publish the full list of names of voters before 13th GE to the public in order to be more transparent.

    ReplyDelete
  10. Kita tunggu apa yang akan Anwar lakukan untuk perkara ini.

    ReplyDelete
  11. Kita tidak pasti lagi apa yang Anwar mahu katakan. Tapi yang pasti kita lihat setakat mana kebenaran yang Anwar boleh berikan.

    ReplyDelete
  12. mana buktinya? tidak nampak pun.. Anwar pun apa kurangnya dalam soal bong membohong.. otai ba dia ni..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.