Ibarat pesta maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan.
Gambar: TIDAK SENONOH...remaja lelaki dan wanita menari bersama dalam keadaan berahi.
Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai ‘perempuan joget’ bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin.
Majlis yang mendapat jolokan ‘disko desa’ itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu.
Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari.
Pengunjung yang hadir dihiburkan dengan lebih 20 lagu dinyanyikan silih berganti oleh beberapa penyanyi wanita dan lelaki kugiran berkenaan tanpa henti selama hampir tiga jam. -hm
Wednesday, March 28, 2012
Jahiliah : "Berjoget" Di Majlis Perkahwinan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semua itu ahli UMNO dan ahli Barisan Nasional yang beragama Islamkah? Jangan suka tuduh sembarangan, semak dahulu, entah-entah bersepah anak ahli PAS dan Pakatan Rakyat yang lain dalam acara berkenaan. Beginilah sikap Pakatan Rakyat, tuduh sesuka hati tanpa menyiasat dengan teliti, itulah sudah sikap Pakatan Rakyat yang tak tahu nak membangunkan negara, cuma yang Pakatan Rakyat tahu adalah merosakkan negara, menghancorkan keamanan, menjahanamkan perpaduan, memusnahkan ekonomi serta mengajar budaya liar dan jahat seperti maki hamun dan demontrasi liar yang turut dibuat oleh para 'tok guru' dan 'alim ulama' dalam PAS sendiri. Kalau tak percaya pergilah ceramah PAS, penuh dengan hasutan, yang lagi teruk itu ada maki hamun sekali, malahan Hadi Awang, Presiden PAS sendiri terlibat dengan demontrasi liar BERSIH 2.0 hingga menyebabkan puluhan ribu orang yang tidak terlibat dengan BERSIH menjadi mangsa akibat kerugian kerana perniagaan tidak dapat dibuka pada hari itu, orang nak beriadah di Kuala Lumpur pun jadi mangsa sebab bimbang huru hara di sana boleh mendatangkan masalah yang lain pula, ada seorang pelakon upahan iaitu Shuhardi Md. Isa yang berpura-pura sebagai arwah Baharuddin Ahmad untuk menyebabkan keadaan menjadi makin kacau bilau supaya pihak polis bertindak, ini kerana kalau pihak polis menahan mereka, maka mereka akan tuduh polis zalim sedangkan provokasi dibuat oleh Shuhardi seorang ahli PAS yang sanggup menghasut orang ramai secara keji seperti itu.
ReplyDeletekenapa lah engkau ni banggang sangat...apa ada kena mengena dengan orang politik seperti yg engkau sebut2 kan itu..... orang nak menarikah..orang nak minium arakkah itu tak ada kena mengena dgn pembangkang lah.... kalau kau merokok...adakah engkau di suruh oleh ibubapa engakau....??????????..pastinya ia tak ada kena mengena dengan ibubapa kita kan....
ReplyDeleteIni Majlis Perkahwinan orang, suka hatilah apa rancangan mereka mau buat.
ReplyDeleteKebaruan..kejutan budaya.
ReplyDeleteBiasalah budak2 remaja sekarang. dah tak kisah dengan larangan agama ke larangan ibubapa.
ReplyDeletejika nak adakah majlis perkahwinan pun, biarlah dalam keadaan sederhana dan bersopan.
ReplyDeleteOpen minded la sikit. Kuno yang teramat sangat.
ReplyDeleteBiarlah mereka, kalau kena hukuman pun mereka yang tanggung sendiri.
ReplyDeleteApa yang penting kita harus memberi kesedaran dan nasihat kepada mereka.
ReplyDeleteRasanya tidak ada salahnya dalam tarian ini. Namun yang pasti pihak penganjur memastikan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku seperti minum arak dan sebagainya.
ReplyDeletepenulis artikel ini ka yang ambil gambar di atas?? kalau betul, maknanya dia juga berada di majlis itu menikmati hiburan yang dia kutuk sendiri..
ReplyDelete