Saturday, March 31, 2012

Bekas Menteri & Pegawai Tinggi Temui Presiden PAS

>Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau telah megadakan pertemuan dengan tokoh Umno termasuk bekas menteri dan exco Umno Selasa lalu.

Pemimpin PAS itu berkata, tokoh Umno berkenaan dari Johor, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Mereka pernah menjadi menteri dan exco berjumpa dan berbincang bagaimana mahu meyakinkan rakyat supaya menolak Umno, lapor laman web rasmi PAS Terengganu.

“Tokoh-tokoh Umno mahu PAS membuat perubahan politik dan menyelamatkan negara dari pemerintahan BN yang diterajui Umno.

“Saya turut dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian, pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.

“Jeneral-jeneral yang bersara, bekas pegawai tinggi polis Bukit Aman yang berjumpa (kerana mereka) melihat sudah muak dengan Umno, (mereka berkata) Umno kena berundur,” kata bekas Menteri Besar Terengganu itu dalam ceramah di Dungun, Rabu lalu .

Menurut Abdul Hadi, pemimpin Umno berkenaan memaklumkan kepada beliau bahawa Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), ketua-ketua cawangan Umno dan imam-imam masjid adalah yang berpengaruh di kalangan masyarakat kampung.

Katanya, pengundi-pengundi peringkat kampung, peringkat Felda dikuasai oleh JKKK, Ketua-ketua cawangan (Umno) dan imam yang mereka lantik.

“(Cuma) 20, 30 orang sahaja yang menguasai beratus-ratus pengundi, (tetapi) rakyat yang miskin, yang terima duit, tak tahu apa,”jelasnya.

-GB

15 comments:
Write comments
  1. UMNO umpama barah perlu ditalqinkan dengan segera.

    ReplyDelete
  2. Kuburkan UMNO dan kibarkan PR (like)

    ReplyDelete
  3. PKR ialah sebuah parti yg terdiri drp org kecewa UMNO sbb itu mereka tidak konsisten dan PKR menjadi terkenal sbb DSAI boleh menyatukan pembangkang iaitu PAS dan DAP serta PKR dalam satu gabungan yg mantap>
    Sepatutnya pujian perlu diberikan kepada PAS dan DAP kerana mrk anggota paling setiakawan dan PKR tempat ketiga.Tujuan saya bg komen ini spy org2 PKR perlu sedar diri dan jaga hati parti setiakawan mereka dan jgn ikut perangai UMNO.Jika setuju sila "like" tq

    ReplyDelete
  4. Rakyat Kelantan sudah semakin hilang kepercayaan kepada PAS kerana PAS tidak mampu menunaikan perjanjian Perkara 22 kepada rakyat, bagaimana PAS mahu meminta rakyat mereka untuk terus menyokong mereka jika tidak mampu menunaikan janji yang dibuat sejak PRU-12?

    ReplyDelete
  5. Bekas ahli PKR juga kecewa dan hilang keyakinan terhadap PKR, lebih kurang 2,000 orang ahli daripada Kawasan Pedalaman sudah keluar parti untuk mengikuti parti Star. Mungkin di Semenanjung PKR masih diterima, tetapi di Sabah, rakyat lebih sukakan parti tempatan kita sendiri.

    ReplyDelete
  6. kenapa semua yang jumpa beliau berstatus 'bekas' atau telah bersara?? takkan sudah kenyang disuap oleh BN, baru cakap yang bukan2 tentang BN?? sudah puas bersekongkol baru tampil buat pendedahan??

    ReplyDelete
  7. Bila tidak berpuas hati dengan perjuangan dalam sesebuah parti mulalah buat hal. Memang tidak menghairankan tindakan individu2 yang sudah keluar atau lompat parti.

    ReplyDelete
  8. Alahai..bekas-bekas buat apa? Perlukan muka baru, tenaga baru..

    ReplyDelete
  9. Kali-kali bila PRU nak hampir, keluarlah di dada-dada akhbar yang si polan masuk parti ni, keluar parti tu..in the end, BN juga menang.

    ReplyDelete
  10. mcm2 cerita dgr, ini semua hnya perang psikologi.

    ReplyDelete
  11. Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan rakyat di negara ini hidup dalam kebahagiaan

    ReplyDelete
  12. Govt understands the needs of the people and is always ready to listen to them. All the promises made by the BN will be honoured in the best interest of the people

    ReplyDelete
  13. Masalah sekarang PAS bukannya parti sendiri namun telah pun bersatu dengan DAP dan PKR. Jadi mungkin agak susah untuk PAS dapat menawan semua kerusi.

    ReplyDelete
  14. Benar atau tidak dakwaan ini kita tunggu saja. Tapi jika dilihat sendiri fikir secara logik buat apa mereka mahu melaporkan perkara ini ke Media?? Sudah dapat point disini sekadar untuk mendapat publisiti.

    ReplyDelete
  15. itu saja la kerja PAS.. mengadakan perjumpaa untuk mencari jalan bagaimana menumbangkan umno,, bukan bagaimana untuk menyelesaikan masalah air di kelantan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.