Tuesday, March 20, 2012

PR Boikot Sertai PSC Lynas

Usul berkaitan penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk mengkaji isu kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, menghangatkan Dewan Rakyat, pagi ini.

Selepas perbahasan itu, ahli parlimen pembangkang yang tidak sependapat dengan rakan BN mereka.

Mereka mendakwa, tindakan kerajaan menubuhkan PSC itu hanya cubaan menutup keburukan terhadap pusat nadir bumi milik syarikat Australia itu.

"Kami harap dapat ambil bahagian (dalam PSC), tetapi tiada makna...

"Kalaupun PSC isytihar ia berbahaya, pentadbiran BN akan memanipulasi situasi itu," kata Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) kepada pemberita di lobi Parlimen.

Sebelum itu, ketika perbahasan, Harakahdaily melaporkan Dr Hatta Mohd Ramli (PAS-Kuala Krai) yang mencelah hujah Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mempersoalkan tentang keperluan penubuhan PSC memandangkan terdapat kenyataan daripada bakal pengerusi PSC, Datuk Seri Khalid Nordin berkenaan projek itu.

"Hari ini kita berbincang tentang keperluan projek Lynas, tapi sudah ada kenyataan daripada menteri bahawa penubuhan PSC adalah untuk mengubah tanggapan negatif rakyat terhadap projek tersebut.

“Belum apa-apa lagi, sudah ada kenyataan. Jadi, untuk apa PSC ditubuhkan kalau memang kerajaan hendak teruskan juga projek ini?" soal beliau.

Perbahasan terus hangat apabila ahli parlimen BN dan Bebas cuba mengaitkan ketiadaan pakar nuklear daripada PAS, iaitu Dr Che' Rosli Che' Mat (PAS-Hulu Langat) di dewan hingga menimbulkan kekecohan.

Bagaimanapun, Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hanya berdiam diri sehingga beberapa tempoh sebelum meminta wakil rakyat duduk di tempat masing-masing.

"Jika benar PAS ikhlas, saya cabar PAS mencalonkan Ahli Parlimen Hulu Langat untuk disenaraikan sebagai ahli jawatankuasa yang akan ditubuhkan. Jika tidak disenaraikan, ianya dianggap sandiwara semata-mata," kata Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) ketika berbahas.

Dalam pada itu, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) mendakwa penubuhan PSC ini hanya untuk memberikan gambaran indah-indah, sedangkan Lynas ini penuh dengan masalah.

Selain itu beliau meminta segala yang berkaitan projek itu di Gebeng, Kuantan dihentikan sehingga satu keputusan mengenai penubuhan PSC ini diputuskan.

Manakala, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), ketika berbahas melahirkan kekecewaan apabila rakyat Malaysia hanya tahu mengenai projek itu setelah hampir 95 peratus projek berkenaan selesai.

"Inilah kerajaan yang mengutamakan rakyat apabila projek sudah 95 peratus siap, baru rakyat tahu mengenainya. Itupun melalui laporan New York Times," kata beliau. -mk

18 comments:
Write comments
  1. Anonymous II ver 2.0March 21, 2012 at 11:11 AM

    There are benefits from the establishment of this commitee.
    All the issues raised (by opposition members) can now be addressed to the committee.

    T

    ReplyDelete
  2. Anonymous II ver 2.0March 21, 2012 at 11:11 AM

    The special panel comprises nine members of the Dewan Rakyat, namely five from Barisan Nasional (BN) (including a minister as the chairman), three from opposition parties and an independent member.

    ReplyDelete
  3. Anonymous II ver 2.0March 21, 2012 at 11:12 AM

    During the committee's three-month mandate, it will come up with a report and table it, along with related recommendations, to the Dewan Rakyat for approval.

    ReplyDelete
  4. Anonymous II ver 2.0March 21, 2012 at 11:12 AM

    However, in the event that the committee is unable to complete its task during the period, the matter will be brought back to the Dewan Rakyat for an extension of its mandate.

    ReplyDelete
  5. Anonymous II ver 2.0March 21, 2012 at 11:12 AM

    The members of parliament would be able to raise any issue regarding the project during the committee's public hearing sessions.

    ReplyDelete
  6. Does PR not agree to have the PSC investigate into Lynas Project? They don't want to know the truth about Lynas?

    ReplyDelete
  7. I think the PSC should go on with the probe, I want to know the truth about Lynas no matter if the results are positive or negative. At least I will not be ignorant about what is happening.

    ReplyDelete
  8. PR jangan emo sangat. Sudah diberi peluang untuk cari jalan penyelesaian, mahu emo2 lagi.

    ReplyDelete
  9. Berundur sebelum berjuang?

    ReplyDelete
  10. Jawatankuasa pilihan khas hanya untuk mengaburi mata rakyat kununnya kerajaan mengambil tindakan untuk membincangkannya sedangkan panel parliment itu tidak ada kuasa untuk menghentikannya. Hanya mainan politik BN.

    ReplyDelete
  11. Baik keluar dari mengharap
    Dah dibelanjapun hampir RM700juta
    Kompleks lynas dah 90% siap
    Tubuh PSC bagi tujuan politik saja

    nota : RM700juta=1.4juta penerima BR1M hahaha

    ReplyDelete
  12. RAKYAT dh bantah dan halau LYNAS, umnuuuBN nk tubuh PSC pulak.Mau Cari Commision ke???lg pun najib dh kata PSC ni xde hak utk buat keputusan buka tau TUTUP.jgn BERLAKON laaaaaaa.

    ReplyDelete
  13. Biarlah PSC mengkaji projek Lynas, sekiranya benar2 memberbahya haruslah dihentikan.

    ReplyDelete
  14. PR mmg pandai nak berdolak dalik dan nak memanipulasikan isu ini. PSC nak ditubuhkan, masih lagi tak puas hati. entah apa mereka mau sebenarnya?

    ReplyDelete
  15. cadangan PSC berkaitan pilihanraya, UMNgOk ikut meeh? rejim hipokrit ini hanya pandai main wayang kulit ttg 1 perkara shj - MEMPERBODOHKAN RAKYAT!!!

    ReplyDelete
  16. Terpulang dengan PR mengenai perkara ini. Namun yang pasti kita mahukan jawapan yang terbaik untuk penyelesaian Lynas ini.

    ReplyDelete
  17. PSC satu jawatan khas yang dapat menyiasat perkara dengan lebih terperinci.

    ReplyDelete
  18. boikot saja la.. itu tandanya pemimpin2 PR sebenarnya tidak ikhlas menyelesaikan masalah penduduk di sekitar lokasi projek Lynas.. hanya mengambil kesempatan disebalik kesempitan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.