Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini meletakkan jawatannya selaku ahli parti itu.
“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas.
Beliau walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.
Abdul Kadir menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.
Beliau pernah menjadi exco pemuda Umno selama 10 tahun dan ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti ketua pemuda Umno negeri Kedah dan sebagainya.
Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan.
Pada minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu - jawatan terakhirnya dalam Umno.
Beliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) dan sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiada kebebasan bersuara dalam parti itu.
17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir dan akan bertindak ke atasnya. -mk
Monday, March 19, 2012
Akhirnya Kadir Sheikh Fadzir Keluar UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cepat2 keluar drpd KAPAL LANUN!!!
ReplyDeleteSudah 56 tahun Kadir Sheikh Fadzir memegang jawatan dalam UMNO, sudah tiba masanya untuk bersara dan memberikan peluang kepada orang baru untuk mengambil alih jawatan ini.
ReplyDeletePerbuatan Kadir membidas UMNO sama juga dengan Hassan Ali yang membidas PAS selepas dibuang parti.
ReplyDeleteTalam dua muka?
ReplyDeleteNampak Jelas Umno dah parah dah..... Datuk kadir bukan orang biasa menrupakan bekas Menteri yang berwibawa dan tak pernah terlibat dengan salah laku rasuah atau penyelewengan, tapi kenapa bekas menteri ni boleh menolak umno/BN....? Kalau Bekas menteri pun tolak UMNO kita sebagai rakyat biasa tak kan tak boleh fikir lagi kot...?
ReplyDeleteLebih baik parasit tu keluar daripada membebankan parti. Pasti PR pun akan mengalami perkara yang sama juga tu pada masa akan datang.
ReplyDeletebgslah dia keluar dari menjadi duri dalam UMNO.
ReplyDeletetidak ada larangan untuk Kadir keluar dari UMNO. Itu pilihannya sendiri untuk memilih jalan tersebut.
ReplyDeleteselepas kenyang selama 56 tahun baru dia keluar.. umur sudah pencen baru dia dedahkan itu ini..
ReplyDeletekalaulah PAS itu adalah parti beliau, jangan harap beliau berpeluang meletak jawatan.. terus dipecat serta merta..
ReplyDelete