Walaupun tarikhnya belum diketahui tetapi ternyata semua pihak yang berkepentingan sedang member sepenuh tumpuan kepada Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangka tidak berapa lama lagi. BN sibuk melancarkan projek demi projek dan program demi program, begitu juga tidak ketinggalan pihak PR melalui kerajaan negeri-negeri yang ia kuasai.
Rakyat para pengundi masing-masing asyik menyaksikan gelagat orang-orang politik ini kerana akhirnya nanti mereka, yakni rakyatlah yang akan menentukan segala-galanya, melalui peti undi.
Saya tertarik melihat bunting yang tertera gambar MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim disepanjang jalan di Subang Jaya yang siap dengan ungkapan “Terima kasih” beserta tandatangan Tan Sri. Bagi saya bunting ini mengambarkan betapa ikhlasnya Tan Sri Khalid dan kesungguhan beliau mahu diberikan satu penggal lagi mentadbir Selangor.
Apa pun sekarang ini adalah masanya bagi rakyat meneliti dan mengamati kad laporan atau “report card” wakil rakyat masing-masing. Tak kiralah dari BN atau PR.
Di Selangor contohnya saya perhatikan ada dikalangan ADUN PR yang memiliki rekod kerja yang baik dan pasti mereka ini telah berjaya menambat hati rakyat sepanjang sepenggal mereka berkhidmat. Kesungguhan dan keikhlasan kerja yang tidak kenal penah-lelah pasti akan mendapat habuan dalam bentuk sokongan berterusan dari rakyat.
Antara ADUN yang saya kenal yang jatuh dalam kategori ini termasuklah Gan Pei Nie, Iskandar Abd Samad, Lau Weng San, Dr Ahmad Yunus, Nik Nadzmi dan Hannah Yeoh.
Ada juga yang barangkali tidak mencapai “standard” yang diharapkan, yang ini perlu diberi perhatian.
Jelasnya rakyat dewasa ini tidak perlukan wakil yang sekadar retorik, penuh dengan janji dan kata kosong. Yang “gas bag” contohnya eloklah dirihatkan. Wakil yang tidak diplomatik, wakil yang tidak berjiwa rakyat, tidak pandai mengambil hati rakyat termasuklah kakitangan awam.
Rata-rata parti-parti politik akan sibuk “menjual” calon masing-masing dalam PRU ini. Calon yang laris sudah pastilah yang berkualiti, bersih, berakhlak, penuh dengan nilai dan ciri kepimpinan. Mudah-mudahan yang paling baik antara yang baik-baik akan dipilih dan terpilih.
-DD
Friday, March 23, 2012
PRU 13 : Pilih Yang Terbaik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa saja asalkan bukan Umno (ABU)
ReplyDeletekalau dulu lambang dacing dipilih..tanpa dikira la siapa calon yang bertanding dikawasan tersebut tapi untuk PRY13 ni...jangan harap la sia pilih lambang dacing pun tak nak termasuk la calon dipilih untuk bertanding..asal bukan dacing..
ReplyDeleteapa yang aku mahu?
ReplyDelete1. Asal BUKAN UMporno/BN.
2. Tetapkan TARIKH the next PRU untuk parlimen mahupun DUN. SERAGAMKAN pilihanraya DUN Sabah dan Sarawak dengan DUN negeri semenanjung.
3. The most PM boleh bertakhta adalah 2 penggal atau 10 tahun or which ever come first.
4. Kerajaan yang lebih telus.
5. Equal media coverage di antara semua parti bertanding.
6. Siaran langsung khas untuk sidang parlimen dan juga DUN tanpa iklan di channel milik kerajaan! Kalau boleh ada channel khas untuk parlimen. Kerajaan dipilih oleh rakyat... dan rakyat mempunyai wakil... dan rakyat BERHAK untuk mengetahui apa yang WAKIL mereka bertindak di dalam parlimen.
7. Hapuskan undang undang himpun, AUKU, dan lain lain undang undang yang "kelakar lagi bodoh".
Kami mahu keadilan untuk rakyat. Kami mahu kerajaan yang berbakti untuk rakyat bukan kapitalis yang mahu untung dari titik peluh dan keringat kami. Kami sudah tak mampu hidup dengan keadaan yang berlaku sekarang terpaksa kerja siang malam untuk sesuap nasi untuk keluarga.
ReplyDeleteKita mahu sebuah kerajaan yang adil dan telus yang boleh memberi menafaat kepada semua golongan rakyat tampa mengira bangsa.Kerajaan harus memberi keutamaan kepada golongan miskin tampa mempersoalkan parti politek ,
ReplyDeleteAku nak tgk calon2 semua pandai berdebat - berdepan 1-1. Barulah tahu kredibility masing2. Setakat jadi wakil rakyat takut nak berdebat baik x payah. X berani = kuat menipu namanya... Baru la ada telor.....tak main sembunyi2
ReplyDeleteApa rakyat mahu? Siapa boleh tunaikan? Sebuah kerajaan yang adil dan bersih dari rasuah sahaja yang boleh tunaikan kehendak rakyat jelita ini. Betul tah! Ini lah rakyat mahu....tak kira BN ataupun Pembangkang yang menjadi kerajaan. Siapa yang boleh janji untuk memerintah utk rakyat, utamakan rakyat dan semuanya utk rakyat. Bukan paparkan slogan sahaja. Kini sudah sampai nya PRU 13.... pilihlah pemimpin-pemimpin yang utamakan rakyat. Pemimpin ini lah yang tidak akan amalkan dan kekalkan sistem rasuah.
ReplyDeletetengok/perhati banyak kali pun, 'dacing' itu tetap kelihatan senget...berat rasuah mangkali...GTH UMNgOk!!!
ReplyDeletePengundi2 harus mengundi parti yabg sudah terbukti pemerintahannya dari segi politik, ekonomi dan sosial. Jangan salah undi. Pemerintahn kerajaan Sabah telah membuktikan tu semua. Kerajaan Sabah telah banyak memajukan dan membangunkan Sabah dan rakyat Sabah.
ReplyDeleteBila2 masa saja PRU13 akan diumumkan. Jadi bersiap sedialah untuk mengundi. yang belum berdaftar sebagai pemilih tapi layak mengundi, cepat2lah mendaftar.
ReplyDeleteApa rakyat mahu? Siapa boleh tunaikan? Sebuah kerajaan yang adil dan bersih dari rasuah sahaja yang boleh tunaikan kehendak rakyat jelita ini. Betul tah! Ini lah rakyat mahu....tak kira BN ataupun Pembangkang yang menjadi kerajaan. Siapa yang boleh janji untuk memerintah utk rakyat, utamakan rakyat dan semuanya utk rakyat. Bukan paparkan slogan sahaja. Kini sudah sampai nya PRU 13.... pilihlah pemimpin-pemimpin yang utamakan rakyat. Pemimpin ini lah yang tidak akan amalkan dan kekalkan sistem rasuah.
ReplyDeletedalam menghadapi PRU, stiap parti telah memperkukuhkan jentera untuk menang. bagaimanapun smua ini rakyat yang akan menentukannya.
ReplyDeleteInilah masalahnya di Malaysia. PRU 13 dah tak lama jadi pelbagai strategi perang saraf sedang di susun untuk memeriahkan lagi PRU 13 sedangkan terlalu banyak kelemahan dan ketirisan perlu di atasi untuk membuatkan rakyat hidup dengan lebih baik.
ReplyDeleteIni adalah salah satu kesilapan yang di buat di pihak pemerintah. Kenapa perlu dedah itu dan ini sedangkan kes-kes yang telah di dedahkan oleh pembangkang telah memalukan diri sendiri dan mencalit kekotoran kepada parti pemerintah.
Sepatutnya apa yg perlu di lakukan ialah bekerja kuat tanpa ketirisan & kerosakan untuk mendapatkan kepercayaan rakyat.
Bukannya hidangan kotor seperti ini setiap hari kepada rakyat kerana rakyat sendiri telah melihat kebejatan serta penyelewengan sepuas mata memandang. Apa yg penting ialah rakyat mahukan taraf kehidupan rakyat menjadi lebih baik dan bukannya kepada taraf kehidupan kroni UMNO yg
When the election is near, so many good things will be heard, be promised. Bear in mind that some of the things are too good to be true. Judge wisely, be rational.
ReplyDeleteRasuah ada di mana2. Kalau pemimpin nak main rasuah pun, biarlah pemimpin dan rakyat sama2 kaya, sama2 susah. Jangan siok sendiri. Satu keajaiban jika rasuah itu langsung tidak diamalkan dalam politik.
ReplyDeleteSPR juga telah merancang yang terbaik untuk membersihkan PRU13 ini.
ReplyDeleteMari kita sama-sama menyokong sesuatu yang terbaik untuk PRU akan datang. Kita dapat jangkakan PRU semakin hampir disebabkan oleh pelbagai pihak mula turun padang dan mendekati rakyat.
ReplyDeletemacam mana dengan pendirian Pakatan tahun lepas.. masih bertegas mahukan pilihanraya berasingan??
ReplyDeleteChief Minister of Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman said the Barisan Nasional (BN) Government was growing from strength to strength because of the continued support it receives from the people.
ReplyDelete“The people understand the objectives and direction of BN’s struggle which focuses on safeguarding the interests of every group in all aspects of development,” he said.
ReplyDelete“The people’s continued support is evident from their commitment to the efforts of the BN government, which wants to improve their well-being rather than wasting time on reacting to propaganda and accusations hurled by certain quarters that are aimed at weakening the present government,” he said.
ReplyDeleteHe said the government’s sincerity in providing various forms of assistance to the people regardless of their background or political affiliation had won the people’s, especially the grassroots,’ support for the Umno-led government.
ReplyDeleteMusa, who is also Sungai Sibuga assemblyman and Head of Libaran Umno division, called on the people to give their unwavering support to the government to ensure continued development.
ReplyDeleteHe said the BN government under the leadership of Prime Minister, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, was giving emphasis to improve the livelihood of all the people in the country including Sabah.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHe said the BN government under the leadership of Prime Minister, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, was giving emphasis to improve the livelihood of all the people in the country including Sabah.
ReplyDelete“The government wants to see the people continue to be taken care of and enjoy a comfortable life which is also the aspiration of the people themselves,” he said.
ReplyDeleteIn this regard, he wanted the people to remain united and not to be swayed by political influences but instead give their undivided support to the BN.
ReplyDelete“Whatever provocation by any quarter is only meant to reap cheap political support as the government had fulfilled its responsibility of not only developing the urban but also the rural areas and also provided various forms of assistance including educational aid,” he said.
ReplyDelete“The government leaders are always committed and are working very hard to ensure the people’s interests are taken care of,” Musa stressed.
ReplyDelete