Saturday, March 31, 2012

Lima negeri ‘dalam bahaya’ untuk BN

Bekas Jawatankuasa tertinggi Umno Dr Mohd Khir Toyo telah menyenaraikan lima negeri yang mungkin sukar untuk Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedudukannya dalam pilihan raya akan datang, kerana formula lama yang digunakan untuk meraih undi tidak lagi berkesan.

Antara negeri yang dinamakan Khir adalah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan juga Kuala Lumpur, yang mana jumlah pengundinya tidak mempunyai perbezaan ketara antara Melayu dan bukan Melayu.

“Ini adalah negeri yang sukar, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah, jika kita lihat pengundi di sini, bilangan pengundi bukan Melayu adalah lebih kurang sama dengan pengundi Melayu, jumlah mereka tidak banyak berbeza.

“Negeri-negeri ini dalam bahaya,” kata Khir kepada The Malaysian Insider dalam temuramah eksklusif minggu lalu.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata sementara Melayu masih lagi menyokong Umno, kebanyakan sokongan tersebut adalah daripada kumpulan pengundi di kawasan luar bandar, sementara pengundi “bandar” akan mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).

“Bukan kerana pembangkang bagus. tidak, mereka banyak kelemahan. Adakah mereka menunaikan janji mereka? Tidak.

“Namun pengundi bandar adalah sangat berbahaya di negeri-negeri ini. Masalahnya adalah menjadikan Umno terlalu dominan ... mungkin akan hilang negeri ini,” katanya.

Sementara Umno melakukan segala tugas BN akan menjadikan pengundi bukan Melayu seperti tidak berkuasa akan menyebabkan kurangnya sokongan kepada kerajaan.

“Saya belajar dari kesilapan saya. Menjadikan Umno terlalu dominan dalam BN adalah tidak baik. Kepimpinan negara perlu mempunyai strategi lain.

“Lihat PAS, mereka lebih berbahaya daripada Umno tapi bukan Melayu tetap menyokong mereka, kenapa? Kerana mereka tidak dominan dalam Pakatan,” tegas Khir.

Pemimpin Umno itu turut mengeluh kerana adalah sukar untuk mengukur sokongan terhadap BN daripada bangsa, dan menyalahkan parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan kerana tidak cukup agresif.

Isu lain menurutnya adalah masalah pertuturan antara pengundi bukan Melayu dan Umno.

“MCA, MIC sepatutnya turun padang dan bercakap dengan pengundi. Umno sudah lakukannya untuk Melayu.

“Bila Umno cuba untuk berkomunikasi dengan bukan Melayu, kadangkala berlakunya halangan dari segi bahasa, contohnya, di bandar, mereka bertutur menggunakan bahasa Inggeris, tapi sesetengah pemimpin Umno tidak dapat memahaminya,” tambahnya lagi.

Jalan penyelesaiannya menurut Khir adalah BN perlu “memperkukuh” MCA, MIC, dan Gerakan dengan membenarkan mereka mengumumkan projek-projek untuk komuniti mereka selain pengumuman di buat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemimpin Umno itu menjelaskan komuniti bukan Melayu telah hilang “hormat” kepada pemimpin parti komponen BN kerana mereka dilihat tidak mampu untuk membantu komuniti mereka sendiri.

“Itu sebabnya sekarang kita perlu berikan lebih kuasa kepada MCA dan MIC. Pastikan presiden parti mereka mengumumkan peruntukan untuk sekolah, untuk komuniti mereka. Sekiranya kita hanya mengharapkan perdana menteri dan timbalannya, Umno akan dilihat terlalu dominan, dan masyarakat Cina akan hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka.

“Itu masalahnya sekarang, saya sering ingatkan sekarang kita perlu tingkatkan peluang kepada parti lain untuk membuat keputusan mereka dan berikan mereka peruntukan,” tegasnya.

Khir turut memuji pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad ketika era pemerintahan beliau sebagai perdana menteri, dan oleh sebab itu pemimpin seperti Datuk Seri S. Samy Vellu dan Tun Dr Ling Liong Sik dihormati.

“Kekuatan Umno sahaja tidak akan mampu untuk memperoleh undi bukan Melayu seperti mana dilakukan untuk Melayu. BN Selangor harus bertindak seperti BN, bukan Umno. Kita sekarang berada di peringkat akhir sebelum pilihan raya.

“Sebab itu Samy Vellu seperti raja untuk bangsanya, kerana beliau mengumumkan peruntukan, bukan Dr Mahathir. Suatu ketika dahulu, pemimpin parti komponen begitu dihormati dan sangat kuat kerana mereka turun padang dan memberikan pelbagai benda ... menteri sekarang tiada faktor ‘umph’. Cuba lihat (Datuk Seri) Liow (Tiong Lai) dan (Datuk Seri) Kong Cho Ha.”

Menurut Khir, masih belum terlambat untuk melaksanakan perkara itu, namun perubahan harus dibuat dengan segera bagi membolehkan bukan Melayu menyokong BN.

-DD

26 comments:
Write comments
  1. UMNO MAHU ORANG MELAYU DI KAMPONG TERUS MENJADI MISKIN SUPAYA ORANG MELAYU AKAN TERUS BERGANTUNG KEPADA UMNO, SELAGI ORANG MELAYU SELESA DENGAN PEMBERIAN GULA GULA UMNO SAPERTI HAMPER, 10KG BERAS, GULA , KAIN PELEKAT SERTA AMPAU RM100-200 RINGGIT, ORANG MELAYU AKAN PANGKAH UMNO SETERUSNYA UMNO AKAN TERUS MENIPU ORANG MELAYU 5 TAHUN...LAGI...NILAH NASIB ORANG MELAYU,,,

    ReplyDelete
  2. Mentaliti sebeginilah yg telah dibentuk umno selama ini. Mereka telah berjaya mengikat rakyat spaya sokong mereka, dgn alasan kesusahan yg rakyat hadapi. Maka kerajaan sj tempat mereka mengadu nasib utk dpt bantuan ala kadar, bantuan yg bertujuan utk mengikat mereka spaya terus sokong kerajaan. Rakyat2 bertaraf miskin & sederhana telah dijadikan sperti lembu yg ditarik hidung oleh umno. Mereka terus menyokong umno dgn berfikiran bahawa umno sj lah yg dpt mengubah nasib mereka. Harus diingat, perbuatan sperti ini telah pun menyeleweng disegi akidah. Knape? Krn umno telah menjadikan diri mereka sperti Tuhan, dlm erti kata klau rakyat sokong mereka, maka akan dptlah bantuan/kesenangan. Klau x sokong mereka, maka jwbnya susahlah. Hanya Allah yg memberi rezeki pd hambanya, sikap umno sebegini telah menyebabkan rakyat meletakkan diri mereka sperti Tuhan. Ini adalah jelas melanggar akidah. Mana dia ustaz2/ulamak2 umno. Masa inilah utk anda jadi ulamak sbnar, bukan ulamak su' (jht). Sila tegur salahlaku pemimpin2 anda ini yg jelas menggadaikan akidah umat!!...

    ReplyDelete
  3. CAYA LAH...bukan macam pemimpin dia orang. Kan dah kena...penjara. Kesian dia. Hrap2 tak de orang baling PENYAPU kat dia nanti! Tak rugi la aku pindah dari JOHOR dan bermastuatin kat SELANGOR ni!

    ReplyDelete
  4. “Bila Umno cuba untuk berkomunikasi dengan bukan Melayu, kadangkala berlakunya halangan dari segi bahasa, contohnya, di bandar, mereka bertutur menggunakan bahasa Inggeris, tapi sesetengah pemimpin Umno tidak dapat memahaminya,” tambahnya lagi. Inilah akibatnya bila UMNO MENGHALANG ORANG PROFESSIONAL MASUK UMNO SEPERTI YANG DIKATAKAN OLEH MAHATHIR MAKLUMLAH UMNO MAHU ORANG YANG MENTALITI 0 MENJADI AHLINYA.

    ReplyDelete
  5. Buktikan dengan tidak mengundi BN/UMNO di PRU 13 ini,Rakyat bangunlah ubahlah tak kan rugi.

    ReplyDelete
  6. Sukar untuk memastikan sama ada ramalan ini akan menjadi realiti ataupun tidak. Satu sahaja caranya untuk mengetahui sama ada BN mampu mengekalkan 5 negeri ini adalah tunggu PRU-13, rakyat akan memberikan jawapan bila masa datang.

    ReplyDelete
  7. PAS juga perlulah berhati-hati kerana ada kemungkin hilang sokongan rakyat Kelantan, janji untuk merealisasikan Perjanjian 22 Perkara tidak mampu dilaksanakan dan rakyat semakin hilang kepercayaan kepada pemimpinan PAS.

    ReplyDelete
  8. Lebih 2,000 ahli PKR di kawasan Pedalaman Sabah dan meninggalkan PKR untuk mengikuti Parti Star. Terutamanya kawasan Keningau, dijangka beberapa lagi kawasan akan mengikuti penghijrahan besar-besaran ini ke Star dan parti lain.

    ReplyDelete
  9. Antara mereka yang sudah keluar dari PKR adalah seperti Fred Aliun, Dominic Liew, Adrian Mikin dan Alex Amik... Percaya ataupun tidak, PKR sudah lemah dan hilang keyakinan daripada ahli dan rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  10. PARTI STAR yang diimport dari Sarawak dan dibuang oleh rakyat Sarawak kah?

    ReplyDelete
  11. BAGUS, RAMALAN KHIR TOYO BAHAYA UNTUK 5 NEGERI SAHAJA? KENAPALAH KALAU SATU NEGARA................

    ReplyDelete
  12. Selangor jatuh ketangan Pakatan sebab Khir Toyo juga.. sekarang pandai pula dia bagi nasihat dan ramalan..

    ReplyDelete
  13. BN mahupun PR sama2 mempunyai kekangan untuk mendapat sokongan di kawasan/negeri2 tertentu. Apapun masih ada masa lagi untuk mendapatkan sokongan dan mengubah pendirian rakyat.

    ReplyDelete
  14. Jadilah parti yang boleh diterima oleh pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat.

    ReplyDelete
  15. BN kan terdiri daripada parti2 komponen. BN tidak akan berada di mana ia sekarang tanpa kerjasam sesama mereka. Jadi UMNO berhenti daripada menjadi dominan. Belajar daripada kesilapan lalu.

    ReplyDelete
  16. Khir Toyo usahlah nak beri nasihat pula. Sudah kedapatan rasuah, baru nampak cahaya kebenaran ke?

    ReplyDelete
  17. ini hnya ramalan, semua ini akan diketahui apabila PRU diadakan.

    ReplyDelete
  18. BN hanya perlu menang 50% undi sbb ia akan diterjemahkan sbg 70% kerusi...manipulasi persempadanan kaw pilihanraya...SPR kaldai BN/UMNgOk!!!

    ReplyDelete
  19. UMNO/BN buat apa cara sekali pun ....rakyat dah muak dengan perangai-perangai Wakil Rakyat dan kunco-kunco mereka yg banyak sangat berlagak seperti Parti tu mereka yang punya. saya dan adik beradik serta ibubapa saya adalah pengundi tegar untuk BN tapi sekarang apa yg kami dapat....untuk dapatkan bisiswa pun tak pernah dapat apatah lagi peruntukan dari BN/UMNO jauh sekali untk mendapatkannya. PRU13 ni mungkin benda ni tak akan berlaku lagi dan ...........

    ReplyDelete
  20. struggle in BN is a party struggle and not an individual one, especially in ensuring the coalition wins all State and parliamentary seats, including wresting all seats that were lost to opposition candidates

    ReplyDelete
  21. We must be confident and trust the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is all out to practise what he preaches under the 1Malaysia concept

    ReplyDelete
  22. Jika UMNO melakukan yang terbaik rasanya Lima Negeri itu tidak bahaya seperti apa yang didakwa.

    ReplyDelete
  23. BN pasti akan mengekalkan kerusi yang ada dan memastikan akan merampas semula kerusi yang telah ditawan oleh PR dahulu.

    ReplyDelete
  24. sudah bergelar 'bekas' baru dia dapat buka mata.. sedangkan dia juga la punca Selangor jatuh ke tangan PKR..

    ReplyDelete
  25. MCA IS ANTI BUDDHIST PART 2

    敬爱的佛教伩徒,
    有关马來西亜,吉隆坡,甲洞帝沙再也 (暹寺) 三宝寺 Samnak Sambodhi Buddhist Association No.19-21 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia. 所发生的纠纷, 经过阅读了,Venerable Phra Piya Thammo 和尚及叶金福律师 (Yip Kum Fook) 的双方书信之后, 再经实地旁听了觧,做为中间人,我要客观实事的说:

    1.当一个和尚、初出道 (小学生),在修行, 若有缺点, 那是难免.他马华公会鹅唛區会主地席叶金福律师(Yip Kum Fook),却心眼看不顺,就电招警万到耒佛教之圣地要扣畄和尚耒耻唇出家人, 这是绝对不许可, 除非是殺人放火之大罪悪.

    2.他身为马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook),却反其道而行, 在佛寺不依佛法而軽视佛教的精神, 以傲慢的手段,帶领一般黑社会的人耒挑衅和尚打架, 这也是不该有、更不是佛教修行者的行为.

    3.佛教的圣地, 其主要的目地, 是让眾生修佛道, 不是政治争執的地方. 他马华公会鹅唛区会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook), 却利用佛教之圣地当政治活动的场所。如此果敢冒犯佛陀的教誨,更是大大的罪悪。

    囯有囯章,彿有佛法,家有家规. 如果出家人有何不对之处, 他叶金福律师 (Yip Kum Fook), 为何不向主持和尚投?让出家人自依和尚的條规处理、却强权一味要显示他是马华公会鹅唛区会及三宝寺理事会主席, 无法无天的应用霸道手段践踏佛教之圣地.为什么。。。。。为什么.

    至今, 他叶金福律师 (Yip Kum Fook),不当不歉愧,还要狡辩, 这又证明了他说一套, 做的又是另一套, 囗是心非, 所谓的两舌, 相当阴险. 身为律师, 受高深教育, 却应用如此悪毒, 横蛮无礼的作风污辱和尚, 相等于是耻辱佛教伩仰者。他叶金福律师(Yip Kum Fook)不向主持和尚投诉, 却自承英雄,电招外耒者.请问,身为將近20年的三宝寺主持和尚兼顾问,也是第一位 自筹建寺的大功臣,在大马南傳泒中,是闻名遐邇的高僧.其脸要放在那裡?同样的,要是台湾星雲大师的佛寺沙彌犯錯, 理事会没有礼貌自作主张,电招警方要扣畄其沙彌.我敢请问!星雲大师的自尊是怎样的感受?他叶金福律师(Yip Kum Fook)是后耒者,担任理会主席也不久, 竟敢应用如此,目无尊長的方式对待住持,间接的就是告大家,强迫住持和尚必远離,雀巢鸠要佔。这种用心不良, 有老千之谋, 的确令人不敢恭维。

    縱观以上几项重点,我不是盲目的護持三宝, 而是要坦白的说;他叶金福律师 (Yip Kum Fook) 身受高深教育, 为律师者,本应通情达理才是,但遗憾的是, 却令人惊觉, 他厡耒就是彿书裡所讲的狡猾且残忍的此颣人。他叶金福律师 (Yip Kum Fook),利用他的专业知識, 懂得包裝自己的道德守則,以宗教为幌子手,到处募款,商业经营, 政治活动为重, 并没依循佛教宗教守则行事, 也没对人道作出任何貢献, 只不过借宗教之名捞取权和私利而己。

    在此, 我奉劝, 他马华公会鹅唛区会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook), 好自为之, 免因果報应.

    pls help us to remove bad people in our country...save Malaysia and love Malaysia..

    http://margeemar.blogspot.com/2011/01/pro-umno-mca-is-anti-buddhist.html

    http://margeemar.blogspot.com/2012/02/blog-post.html?commentPage=3

    ReplyDelete
  26. Pembangkang dengki rekod cemerlang Musa Aman

    Laporan Ketua Audit Negara juga mengakui bahawa Sabah sebagai salah satu negeri yang memiliki rekod terbaik dalam pengurusan kewangan serta berjaya mengekalkan Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut. Selain itu, Sabah juga berjaya mengekalkan penarafan tertinggi ‘AAA’ oleh RAM Rating Services Berhad selama 4 tahun berturut-turut kerana kedudukan fiskal negeri yang mantap dengan lebihan yang berterusan, serta mendapat persijilan ISO 9001:2008 oleh Moody International untuk pengurusan bajet negeri yang efisien dan teratur bagi tempoh 4 tahun berturut-turut.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.