DI SABAH, apabila disebut tentang Orang Asal, pemilik syarikat khususnya syarikat dari Malaya, orang asing yang mencari nafkah di Sabah dan pemimpin kerajaan Barisan Nasional diterajui UMNO, akan terbayang kumpulan manusia yang bodoh, pemabuk dan pemalas.
Orang Asal dianggap sebagai manusia yang tidak tahu apa-apa, yang hanya pandai hidup di hutan.
Masyarakat Antarabangsa pula melihat Orang Asal sebagai aset dunia yang sangat berharga. Para pengkaji dan ilmuan dunia, mengakui Orang Asal mempunyai pengetahuan dan kebolehan semulajadi untuk mengurus dan memelihara bumi ini dan hidupan lainnya.
Bagaimana pun, kajian telah mendapati bahawa lebih 370 juta Orang Asal di seluruh dunia sedang berhadapan dengan diskriminasi atau pun eksploitasi. Orang Asal di Malaysia, khususnya Sabah dan Sarawak adalah antara masyarakat menghadapi risiko ini.
Untuk melindungi Orang Asal seluruh dunia daripada menjadi mangsa, pada tahun 1985, Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (ECOSOC) telah menubuhkan sebuah jawatan kuasa kerja yang dinamakan Working Group on Indigenous Peoples (WGIP).
Tujuannya adalah untuk menangani masalah-masalah diskriminsi yang dihadapi oleh Orang Asal. Melalui WGIP maka wujudlah United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples (UNDRIP).
UNDRIP adalah piawaian minimum untuk mempertahankan keujudan, martabat dan kesejahteraan Orang Asal di seluruh dunia. Pada 13 September 2007, Perhimpunan Agung PBB telah mengundi dan mengesahkan UNDRIP. Malaysia adalah antara negara yang telah mengundi dan mempersetujui pengesahan UNDRIP.
Agak malang, kerana kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO telah menghina negara Malaysia di mata dunia. Kerajaan Barisan Nasional telah dengan sengaja tidak menghormati Deklarasi UNDRIP mengenai hak Orang Asal.
Pada 2 Ogos 2011, Orang Asal (Tambanuo) daripada kampung Pinangoh dalam daerah Tongod Kinabatangan, mendapati bahawa tanah warisan dan sumber-sumber yang mereka miliki secara tradisional telah diceroboh oleh pembalak yang mendapat kebenaran daripada kerajaan Malaysia di Sabah iaitu Syarikat Maxland Sdn. Bhd.
Sebagai Orang Asal, Tambanuo telah mempertahankan hak mereka sesuai dengan Deklarasi UNDRIP, Bahagian 6, Artikel 26, untuk menghalang syarikat pembalak itu daripada terus menceroboh dan merosakkan kawasan tempat mereka mencari ubat-ubatan tradisi dan ubat-ubatan mineral.
Tambanuo telah bertindak membuat benteng jalanraya. Namun agak sedih kerana kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf Deklarasi UNDRIP apabila polis bertindak menangkap mereka atas enam pertuduhan penjenayah.
Antara Tambanuo yang telah ditangkap termasuk Mandul Sintik, Minggus Agup, Rukumin Suyang dan Jumis Laudin. Mereka dilokap selama tujuh hari. Semasa dalam lokap mereka bukan sahaja disumpah seranah, malah dimalukan kerana mereka dibogelkan.
Antara pertuduhan yang dibuat ialah Orang Asal tersebut gagal membawa Kad Pengenalan bersama mereka semasa berada di tanah NCR mereka.
Jika kerajaan Barisan Nasional sudah tidak menghormati undang-undang Antarabangsa mengenai Orang Asal, sudah tentu Hak Asasi manusia Tambanuo tidak dihormati. Tambanuo sebagai rakyat dan pengundi yang memilih pimpinan kerajaan, sudah tidak perlu bagi kerajaan Barisan Nasional di Sabah.
Sehubungan itu, tiba masanya Tambanuo berfikir untuk bersatu, memilih semula pemimpin baru untuk meneraju kerajaan yang mampu bersama-sama Tambanuo dalam apa juga keadaan.
United Borneo Alliance (UBA) yang dianggotai oleh STAR, SAPP dan USNO telah bersedia bersama Tambanuou untuk memastikan generasi Tambanuo terpelihara dan membina semula bangsa yang sedang dimusnahkan oleh Barisan Nasional.
Tambanuo perlu memilih untuk bersama dalam UBA kerana hanya UBA yang mengiktiraf bahawa Tambanuo adalah pemilik sah kepada tanah NCR mereka dan sanggup berjuang menuntut keadilan untuk Tambanuo.
Oleh : JAMES AIK (sabahkini)
Tuesday, March 20, 2012
Hanya UBA Boleh Bela Tambanuo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk VK Liew yesterday said it is important that the customary rights of the native people in Sabah are protected.
ReplyDeleteHe added that there is a provision in the Land Ordinance to provide for the state authorities to allow the Native Customary Rights (NCR) to be recognised after the so-called cut-off period.
ReplyDeleteShould this is not the case, Liew added that there is a need to look into the law and probably reform it if necessary to protect the customary rights of the native people.
ReplyDeleteAround 300 UBF activist has planned to leave the NGO and rejoin BN because they think UBF movement have been used as a political tool for Star. Does UBF still have their priorities right?
ReplyDeleteJeffrey is too busy with Star to properly lead the UBA movements, if he is truly sincere in fighting for the people's rights he should focus on the UBA movements.
ReplyDeleteSekarang bolehlah cakap hanya UBA dapat bantu. Jangan pula sudah menang, lupa janji terus.
ReplyDeleteKerajaan pun tengah berusaha cari jalan penyelesaian. Tohmahan2 negatif pembangkang hanya akan kelirukan rakyat. Pembangkang tahu berjanji saja, kalau tidak menang, janji tinggal janji.
ReplyDeleteSAPP sudah masuk UBA kah? dulu SAPP cakap akan berdiri sendiri sebab mahu YTL jadi CM sabah...
ReplyDeletedan akhirnya undi penduduk Tambanuo yang diminta oleh pembangkang...tidak payahlah cerita-cerita pasal masalah penduduk..cakap saja mahu minta undi mereka..
ReplyDeleteapa yang UBA akan lakukan untuk penduduk Tambanuo?
ReplyDeleteUSNO pun belum lulus lagi...ada hak dan kepentingan kah USNO dalam UBA ni nanti?
ReplyDeleteuntuk UBA menang pada pru nanti adalah tipis...ini disebabkan belum ada persepakatan dan kerjasama antara pembangkang terutama berhubung dengan pembahagian kerusi..maka undi pembangkang akan pecah...
ReplyDeletekalau bukan UBA siapa lagi yang mau berjuang...Tapi kalau boleh saya pun mau menubuhkan parti untuk berjuang untuk sabah dan sarawak
ReplyDeleterakyat sabah dan sarawak akan terus mencari kebenaran dan keadilan
ReplyDeleteINI KALI LAH!!!
ReplyDeleteKalau bukan kita, siapa lagi?
Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Sokong ASALKAN BUKAN UMNO/BN (ANYTHING BUT UMNO/BN) - ABU!!!
di sabah, kadar kemiskinan tegar masih lagi tinggi, keadaan jalan raya masih sangat teruk, kemudahan air dan eletrik yang tidak sempurna, masalah pendatang asing, dan isu2 lain yang belum lagi d selesaikan oleh kerajaan BN. walaupun sabah antara negeri yang banyak hasil, tapi keadaan kita tidak ubah seperti negeri yang daif dan serba kekurangan. oleh itu, sebelum pemimpin di atas ni komen tentang masalah pakatan rakyat, lebih baik tanya diri sendiri, apa yang telah anda lakukan untuk memajukan semporna dan sabah keseluruhan nya? buat kenduri2 sebelum pilihan raya, bagi duit untuk beli undi. cukup2 lah memperbodohkan orang2 dn bangsa kita sendiri. hari ini orang2 sabah dipandang rendah sebab pemimpin d sana banyak memperbohkan orang2 mereka sendiri d samping ketidak upayaan mereka dalam mentadbir sabah kearah negeri yang maju setanding dengan negeri2 lain di semenanjung. Sokong ASALKAN BUKAN UMNO/BN (ANYTHING BUT UMNO/BN) - ABU!!!
ReplyDeleteBagaimana? UBA hanya mimpi saja. Tidak mungkin akan terlaksana.
ReplyDeleteKerajaan sedaya upaya dan sentiasa berusaha membela nasib rakyat.
ReplyDeleteKerajaan pun tengah berusaha cari jalan penyelesaian. Tohmahan2 negatif pembangkang hanya akan kelirukan rakyat. Pembangkang tahu berjanji saja, kalau tidak menang, janji tinggal janji. ( Lebuhraya Tenom Beaufort melalui sungai padas yang Mahathir lakukan peach tanah dulu sudah siapkah atau BN hanya memperbodohkan rakyat Tenom menanti kedatangan Mahathir lakukan pecah tanah waktu itu?)
ReplyDeletenampaknya rakyat nak diperbodoh-bodohkan lagi..terserah..tapi tempat sia mengundi bn tanpa tumbang...
ReplyDeleteApa yang UBA boleh buat untuk penduduk Tambanuo? kalau sekadar janji saja tiada guna.
ReplyDeleteKerajaan telah sedaya upaya untuk memastikan nasib rakyat terbela.
ReplyDeleteBoleh kh impian UBA terlaksana, rasanya rakyat tidak akan percaya kepada mereka.
ReplyDeleteMemang Sabah masih mundur lagi, tapi kerajaan telah berusaha untuk menaik taraf hidup rakyat sabah.
ReplyDeleteJanji memang senang untuk di buat, tapi jangan sekadar berjanji tapi tidak dapat di tunaikan.
ReplyDeletedah makan rasuah nak wat macam mana???
ReplyDeleteItulah kalau bagi kuasa lama sangat pada sesebuah parti tu untuk memerintah. Esok kena gadai pun rakyat tak tahu....
ReplyDeletejika begini PRU13...akan menjadi sejarah pengundian yg paling kotor...ABU
ReplyDeletenak menang biarlah cara yang betul jangan menipu biar rakyat yang menentukan kalau kita betul rakyat akan sokong kenapa takut dengan kekalahan . kalau menang dengan secara menipu apabila memerintah nanti akan terus menipu rakyat dan menghabiskan wang dan harta negara. kalau kalah kena terima hakikat lagi 5 tahun lawan balik dan perbaiki apa yg tidak kena. wahai pengundi mana2 parti kita hendaklah jujur, amanah dan ikhlas janganlah kita menipu sebab nak memberi kuasa pada mereka.......... walahualam
ReplyDeleteDah 50 thn ditipu ? Kalau tak tipu tak menang ? Belajar tipu dgn zionis ke ?
UBA sendri belum berjaya ditubuhkan, bagaimana ia nak membela nasib rakyat. BN amat ambil berat akan nasib orang asal. isu NCR kini tengah diperbincangkan di kabinet untuk mencari jalan penyelesaian.
ReplyDeletetanah dpt diselesaikan dgn pengenalan geran komunal yang mana tanah2 penduduk akan lebih terjamin dan selamat dan ia tidak dpt dijual dan dimiliki oleh orang lain. adalah lebih baik jika geran komunal dilaksanakan juga di tambanuo.
ReplyDelete"United Borneo Alliance (UBA) yang dianggotai oleh STAR, SAPP dan USNO telah bersedia bersama Tambanuou untuk memastikan generasi Tambanuo terpelihara dan membina semula bangsa yang sedang dimusnahkan oleh Barisan Nasional."
ReplyDeleteAmboi nampak macam 'kipas angin' sedang berputar laju saja ni:P
Tak kisahlah siapapun tang disokong atau menang nanti, namun pastikan hak orang asal terus dipelihara.
ReplyDeleteSemoga kemenangan untuk kes-kes NCR yang dibawa ke makamah berpihak pada orang asal.
ReplyDeleteTeruslah sibuk highlight masalah penduduk... Entah betul kah tak niat dihati mempertahankan hak orang asal.
ReplyDeleteSemoga setiap permasalahan rakyat dapat diatasi demi kepentingan rakyat. Kerajaan harus bukjtikan slogan 1Malaysia, barulah rakyat senang hati mahu bagi sokongan.
ReplyDeleteInilah bila dekat-dekat PRU 13..Semua pun jadi boleh sudah.
ReplyDeleteTidak hairanlah apa yang UBA katakan itu. Semua itu cuma perangkap PRU.
ReplyDeleteSaya sendiri percaya yang mana kerajaan tidak akan membiarkan rakyat terus terseksa, dan cuba menyelesaikan perkara yang menghantui rakyat. Semoga kerajaan Negeri Sabah akan terus berjuang dan memberikan yang terbaik kepada rakyat. UBA parti baru pasti hanya mampu berkata-kata dan tidak mampu untuk melaksanakan apa-apa untuk rakyat.
ReplyDeleteBerjuang yang dilakukan oleh UBA adalah berjuang untuk kepentingan sendiri dan bukannya seperti apa yang mereka katakan.
ReplyDeleteBegitu juga dengan parti pembangkang yang lain sudah pasti mula turun padang dengan niat dihati untuk menjerat pengundi untuk PRU 13. Itulah yang mampu mereka lakukan dengan memburuk-burukkan usaha kerajaan.
ReplyDeletesepatutnya itu SAPP tidak payah kasi senarai.. itu parti tumpang glamour saja tu.. dia pun pernah rampas tanah juga dan pernah bersekongkol dengan kerajaan BN..
ReplyDeletekalau serius mahu bantu penduduk kampung Tambanuo, tolong la bawa masalah mereka ke mahkamah.. si YTL banyak duit tu untuk tanggung kos guaman..
ReplyDeletelagi bagus kasi keluar dulu Roderic dari mahkamah Sabah, baru bawa kes tuntutan tanah NCR ke mahkamah..
ReplyDeleteSebelum menang buat janji itu ini dah menang janji tinggal janji pemimpin hanya perlukan RM macam saya juga kerja untuk RM. sekarang ini pun banyak yang telah di buat oleh kerajaan namun tidak sampai ke peringkat bawahan,..jadi, untuk kesimpulannya berapa peratus kejujuran para pemimpin UBA,..kerana yang memimpin ini pun orang2 lama yang tebiat mereka tidak BERUBAH!! kalau anda hendak ubah satu kumpulan masyarakat baik ubah tebiat anda dulu..jika nak jadi pemimpin baik ambil daripada golongan muda yang cerdik pandai tidak terdedah dengan penipuan dan permainan politik
ReplyDeleteYang penting BN/UMNO sudah tidak boleh pakai. Lebih 100 bilion hasil dari Sabah ke Kerajaan BN tetapi hanya 4 bilion yang diperuntukan kepada Sabah. Apakah itu namanya BN berusaha membangunkan Sabah?
ReplyDeletehanya UBA boleh bela Tambanuo?? nama UBA pun jarang2 masuk media.. bila ada kes, tiba2 pula UBA kunun boleh bela rakyat..
ReplyDelete