Wednesday, March 28, 2012

Rakyat diseru berjimat, pemimpin berparti ratusan ribu

Tuduhan Perdana Menteri, Najib Razak bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor menipu rakyat kerana gagal menunaikan janji pilihan raya dibuat tanpa kajian, penuh emosi dan berniat jahat.

Berdasarkan kajian kita lakukan, rakyat tidak terlalu menekankan pada janji berupa habuan wang ringgit tetapi lebih kepada tuntutan untuk sebuah pentadbiran yang telus, efisien, bertanggungjawab dan melaksanakan amanah rakyat dengan jujur.

Perdana Menteri (gambar kanan) usah buat-buat lupa pada pilihan raya umum 2008, UMNO-Barisan Nasional juga banyak menabur janji kepada rakyat yang sehingga kini belum dilaksana malah belum ada tanda-tanda janji-janji ini akan dilaksanakan. Program Transformasi yang dijanjikan beliau kini jauh dari mencapai sasaran. Perbuatan Najib ini seumpama telunjuk lurus kelingking berkait - hipokrit dan penuh kepura-puraan.

Rakyat di Negara ini terutama negeri maju seperti Selangor memahami bukan semua janji berupa imbuhan seperti penurunan cukai pintu dapat dilaksanakan dengan serta merta. Rakyat faham semuanya bergantung kepada hasil negeri dan kutipan cukai. Namun apa yang dituntut rakyat tanpa kompromi ialah sebuah kerajaan negeri yang ditadbir dengan baik dengan pemimpin yang tidak merompak harta rakyat untuk kesenangan diri dan kroni.

Manakala sebuah kerajaan yang menipu rakyat ialah apabila pemimpin-pemimpinnya tidak jujur. Menyeru rakyat berjimat namun mereka sendiri bermewah dan berparti ratusan ringgit tanpa rasa belas terhadap rakyat yang terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan hidup.

Sebuah kerajaan yang menipu ialah apabila pemimpinnya salah guna wang rakyat seperti dana Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta. Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin mendapat komisen lebih RM500 juta hasil pembelian kapal selam scorpene.

Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin memutuskan untuk melupuskan hutang kroni terhadap kerajaan, mengutamakan keuntungan kroni berbanding kebajikan rakyat dalam pemberian kontrak kepada Puncak Niaga. Menipu rakyat juga ialah apabila pemimpin berpura-pura menjaga harta Bumiputera tetapi secara senyap, sanggup menjual tanah kuota Bumiputera kepada bukan Bumiputera.

Rakyat Selangor ingin mengingatkan Najib, pemimpin-pemimpin beginilah yang sebenarnya menipu rakyat. Justeru, rakyat Selangor tidak lagi percaya dengan Najib dan pemimpin UMNO-BN sebab pada sepanjang pemerintahan mereka di Selangor, watak-watak pemimpin hipokrit sebegitulah yang berjaya dipamerkan oleh mereka.

Faekah Husin (gambar kiri) selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.

18 comments:
Write comments
  1. Bawa buktilah semua perbelanjaan berparti suka ria sampai beratus ribu itu, ini kerana Perdana Menteri membentangkan kegagalan Pakatan Rakyat mengotakan menifesto PRU 12 mereka beserta dengan bukti, tapi Pakatan Rakyat sekadar cakap kosong saja, itulah Pakatan Rakyat memang tak guna, dasar perangai komunis yang tak berhati perut dan tak boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  2. PAS juga menjanjikan pengundi Kelantan bahawa mereka akan menunaikan janji 22 Perkara setalah menang Pilihan Raya, tapi apa yang berlaku? Janji PAS juga tidak tertunai, cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  3. PR menyelar kegiatan rasuah, apa cerita skandal pasir di Selangor?

    ReplyDelete
  4. Silap2 bila PR yang memerintah, sama juga kejadiannya. Sekarangkan mahu ambil hati rakyat, pura2 buat baik, besederhana konon.

    ReplyDelete
  5. Betul itu PKR hanya buat janji. Lihat BN punya janji lihat betapa luasnya lebuhraya Tenom Beoufort melalui sungai Padas yang Mahathir lakukan pecah tanah dulu. Jelanraya itu sekarang 'memudahkan' rakyat berulangalik dari Tenom ke Beaufort dalam masa 10 minit! Lihatlah UMNS di keningau yang sudah dijanjikan oleh BN. UMS keningau terseragam indah di tengah hutan! Di Sabah kecurian balak tidak berlaku. Tidak ada walau sebatang pokok pun di curi di hutan simpan di Sabah. Tahniah BN.

    ReplyDelete
  6. Janji yang dibuat oleh kerajaan mungkin ada kalanya lambat ditunaikan namun yang pasti janji tersebut akan tertunai juga akhirnya.

    ReplyDelete
  7. Rasanya di pihak pembangkang mahupun kerajaan ada saja kelemahan dan kekurangan. Terpulanglah kepada mereka bagaimana untuk memperbaikinya agar rakyat memberi kepercayaan dan sokongan yang penuh.

    ReplyDelete
  8. PR juga byk berjanji tapi tidak ditunaikan.

    ReplyDelete
  9. JANJI BN AKAN TERTUNAI JUGA AKHIRNYA? WAKTU MAHATHIR LAKUKAN PECAH TANAH HIGHWAY TENOM BEAUFORT ITU DUA PULUH TAHUN LALU. LAMANYA MENUNGGU JANJI BN TERTUNAI ATAU MEREKA ITU MEMPRBODOHKAN RAKYAT SAJA SURUH TUNGGU MAHATHIR SATU HARI DI PADANG TENOM. KASIAN ORANG KAMPUNG KENA KASIH BODOH!

    ReplyDelete
  10. Dalam keadaan sekarang pun memang patut kita berjimat cermat. Amalan yang bagus.

    ReplyDelete
  11. Government is constantly making efforts to ensure the people in this country live in happiness

    ReplyDelete
  12. Langkah2 berjimat adalah tak payah guna talipun, astro potong, keretapun nad payah..naik bas saja..internet potong..maka kembalilah kau ke zaman 20tahun yg lalu

    ReplyDelete
  13. Pakatan Rakyat belumpun memerintah..mcmmana nak tunai janji.. patutla Tun kata dalam UMNO tiada yg cerdik.. inipun nda boleh pikir

    ReplyDelete
  14. Pastikan apa yang dkatakan tidak benar2 berlaku. Bukan senang untuk berada di atas. Ada sahaja pihak yang akan mencari jalan untuk menjatuhkan kita.

    ReplyDelete
  15. Satu benda lagi bukan semua keputusan yang diambil dapat memuaskan hati setiap rakyat. Pasti ada yang akan rasa tertindas kerana terlalu berfikiran negatif.

    ReplyDelete
  16. Harap rakyat dapat menilai mana yang baik dan yang buruk.

    ReplyDelete
  17. Kerajaan perlu membuktikan kepada rakyat yang mana mereka mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  18. pandai2 saja dia cakap kononnya rakyat Selangor faham kenapa kerajaan negeri tidak mampu tunaikan janji.. bersih sangat ka kerajaan negeri Selangor bila wujud skandal pasir di negeri itu yang didalangi oleh pemimpin2 PKR?? adakah penggunaan dana awam untuk membiayai kos guaman adun Seri Muda dipersetujui oleh rakyat Selangor??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.