Sunday, March 25, 2012

PM salur RM2.71b untuk Umno Selangor

TINDAKAN Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Dato’ Seri Najib Razak menyalurkan RM2.71 bilion kepada Umno Selangor membuktikan amalan penyalahgunaan wang rakyat secara berleluasa digunakan untuk kepentingan sempit politik.

Tindakan tersebut juga sekali gus memberi gambaran usaha terdesak Umno untuk menawan Selangor sehingga sanggup membelakangkan kepentingan dana awam yang sebegitu besar.

Menurut MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, wang yang digunakan oleh Umno untuk menawan negeri Selangor merupakan dana pembayar cukai dan mestilah diurus dengan sempurna.

“Ini adalah satu contoh usaha Kerajaan Pusat membelakangkan rakyat. Rakyat bukan hanya BN, bukan hanya Umno.

“Ini kesalahan Kerajaan (Pusat) kerana duit cukai bukan untuk parti politik.

Duit kerajaan mesti disalurkan dengan tatacara dan tatakelola yang betul bagi pentadbir negeri dan negara.

“Cara yang dibuat oleh Najib, Umno dan BN ini adalah sesuatu yang salah,” kata beliau dalam wawancara yang diadakan di Pejabat Menteri Besar itu sendiri.

Menurutnya lagi rakyat negeri Selangor hari ini semakin matang dan tidak boleh dirasuah dengan peruntukan RM2.71 billion itu.

Pada 19 Disember tahun lalu, Perdana Menteri Merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor telah mengumumkan RM2.71 bilion diperuntukkan untuk Selangor.

-DD

13 comments:
Write comments
  1. Kalau dah begitu yakin sokongan BN di Selangor begitu kemuncak ... bubarkan jer parliment dan adakan PRU 13... sebab memang rakyat selangor tak sabar nak bagi najib perintah negara lagi... tapi sebelum tu... kemas kemaskan barang barang yang boleh diangkut keluar dari istana kediaman di precint 10 tu... bukan aper... takut tak sempat jer... hehehe

    ReplyDelete
  2. Mana ada ...itu hanya gambaran mata buta hati oleh PM NAJIB di perhimpunan UMNGOK/BN yang telah di rancang begitu RAFI dengan hidangan beraneka agenda persembahan dan ramai penyokong nya di bawa dari luar di bawa masuk serta mendapat upah supaya dapat meramaikan lagi dan dapat menarik perhatian untuk menipu rakyat ke seluruh negara apabila di siarkan di TV, TV3/4 kepunyaan nya....JIKA TIDAK MENIPU ITU BUKAN DARI KETURUNAN PEMIMPIN2 UMNGOK/BN....dulu kini dan selama nya...........ABU.....DIPRU13....

    ReplyDelete
  3. Najib. Dari awk tanya janji pilihanraya umum 2008 byk mana telah mereka tunaikan, lebih baik awk tanya, byk mana janji2 yg umno/bn telah tunaikan samada dari PRU ke PRU yg lain, atau dari PRK ke PRK yg lain. Pakatan baru perintah negeri2 tersebut selama 4 thn, itu pun telah menunjukkan prestasi memberangsangkan & jauh meninggalkan prestasi masa dibawah bn. Yg kerajaan awk, janji2 dlm PRU2 & PRK2 itu belum tentu sudah tertunai. Byk yg terbengkalai (termasuk janji nak buat jambatan diPRK manik urai klantan). Itu blom nak citer prestasi kerajaan skrg yg semakin merudum dari segi ekonomi. Apa taknya! Defisit meningkat selama 14 thn berturut2. Hutang semakin meningkat, dgn hutang terkini menghampiri 1/2 trilion. Apa ni cik najib? Nak BANGKRAPKAN NEGARA KER? Itu blom campur taraf keadaan hidup rakyat yg x jauh berbeza sejak 54 thn yg lepas, dari segi yg kaya semakin kaya, yg miskin x jauh berbeza. Pendek citer, awk tanya balik soalan itu pd kerajaan awk najib, dari kononnya nak tanya Pakatan. Tumbangkan BN dlm PRU13 demi kesejahteraan rakyat & negara!...

    ReplyDelete
  4. Akhirnya, semua bergantung pada rakyat Selangor sendiri siapa yang mereka rasa layak untuk memerintah.

    ReplyDelete
  5. Baguslah la diberi dana, tidak la salah gunakuasa untuk monopoli pasir.

    ReplyDelete
  6. Gunalah peruntukan yang diberi sebaik mungkin. Kerajaan sememangnya prihatin terhadap rakyat, biarpun di negeri pembangkang.

    ReplyDelete
  7. Banyaknya RM2.7 billion. Beruntungnya dapat bantuan sebegitu banyak.

    ReplyDelete
  8. Rakyat Selangor ada pengalaman pemerintahan BN dan PKR. Mereka lebih faham perbezaan di antara kedua-dua pemerintah ini dan PRU13 menjadi penentu.

    ReplyDelete
  9. Saya pasti rakyat Selangor akan mengambil keputusan yang terbaik untuk PRU-13 untuk memberi sokongan mereka kepada parti yang terbaik.

    ReplyDelete
  10. wang tersebut pasti akan digunakan dgn baik.

    ReplyDelete
  11. harap-harap begitu la..

    ReplyDelete
  12. Tidak ada guna cakap saja tanpa ada bukti yang kukuh.

    ReplyDelete
  13. pandai pula dia cakap dana pembayar cukai mesti diuruskan dengan baik.. macam mana pula tindakan MB selangor meluluskan dana awam untuk membiayai kos guaman adun seri muda?? bukankah ianya satu penyalahgunaan dana awam??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.