KEADILAN menjangkakan harga petrol RON95, diesel dan gas cecair (LPG) akan naik dalam masa terdekat atau setidak-tidaknya selepas pilihanraya umum ke-13.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jangkaan itu berdasarkan tindakan kerajaan menarik peruntukan subsidi bahan api untuk disalurkan kepada peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Jawapan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 13 Mac lalu dengan terang mengatakan bahawa sejumlah RM 1.92 bilion diambil daripada butiran 20, 500 B 11. Ia disahkan dan jawapan (Hansard) Perdana Menteri ada ditangan saya.
“Tekanan kepada kekurangan peruntukan subsidi ini menyebabkan kenaikan harga RON95, LPG dan diesel tidak dapat dibendung lagi dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam berlaku pertikaian apabila Azan membangkit isu peruntukan bahan api yang digunakan untuk BR1M semasa penggulungan jawapan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenai isu tambahan subsidi 10 sen kepada harga minyak.
Selepas pertikaian itu, Datuk Ahmad Hamzah (Jasin) mencadangkan kepada Speaker agar Azan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kononnya kerana mengemukakan fakta mengelirukan Dewan Rakyat.
Azan kemudiannya tampil dengan bukti (Hansard Parlimen) yang terkandung jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 13 Mac lalu.
Azan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN berkata, sekiranya kerajaan memberikan subsidi 10 sen bagi mengekalkan harga RON95, bermakna kerajaan memerlukan belanjawan tambahan yang diperuntukkan kepada subsidi bahan api.
Namun setelah dirujuk kepada belanjawan tambahan yang akan dikemukakan kepada Dewan Rakyat pada minggu ini, tidak ada peruntukan tambahan bagi menggantikan peruntukan subsidi yang dikurangkan.
“Kita khuatir sekiranya tidak ada gantian peruntukan ini maka ia akan menjejaskan RON95, LPG dan diesel. (Harga minyak) akan meningkat dalam masa terdekat atau memberi kesan selepas PRU. Kerajaan perlu memberi penjelasan berkenaan isu ini,” katanya.
Dalam perbahasan semalam juga, Azan berkata wujud kekeliruan mengenai jumlah sebenar subsidi yang diperuntkan pada 2011.
“Kementerian dan Ahli Parlimen kerajaan mengatakan perbelanjaan tidak melebihi RM20 bilion tetapi yang dibentangkan dalam Belanjawan 2012 jumlah keseluruhan RM33.2 bilion,” katanya.
Thursday, March 29, 2012
Minyak Naik Lagi Jika BN Menang PRU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UMNO MAHU ORANG MELAYU DI KAMPONG TERUS MENJADI MISKIN SUPAYA ORANG MELAYU AKAN TERUS BERGANTUNG KEPADA UMNO, SELAGI ORANG MELAYU SELESA DENGAN PEMBERIAN GULA GULA UMNO SAPERTI HAMPER, 10KG BERAS, GULA , KAIN PELEKAT SERTA AMPAU RM100-200 RINGGIT, ORANG MELAYU AKAN PANGKAH UMNO SETERUSNYA UMNO AKAN TERUS MENIPU ORANG MELAYU 5 TAHUN...LAGI...NILAH NASIB ORANG MELAYU,,,
ReplyDeleteSemua ini hanya jangkaan dan tidak semestinya akan berlaku, kecuali ahli Pakatan Rakyat pandai meramal masa depan. Terpulanglah kepada rakyat jika mereka mahu sokong BN ataupun PR.
ReplyDeleteSubsidi yang tidak diperlukan patut dimansuhkan, terlalu banyak subsidi akan menyebabkan rakyat semakin bergantung pada kerajaan dan tidak mampu berdiri sendiri jika tanpa sokongan. Rakyat perlulah berdikari dan bukan digalakkan untuk terus bergantung pada bantuan orang lain.
ReplyDeleteSubsidi untuk rakyat membebankan kerajaan dan menyebabkan rakyat semakin bergantung pada kerajaan. Tapi pinjaman RM250 juta dan penghapusan RM500 juta lebih kepada Tajudin menguntungkan kerajaan dan membuat mereka ini tidak lagi bergantung kepada kerajaan. INILAH PERJUANGAN UMNO YANG HANYA MEMETINGKAN KRONI DAN MENYIKSAKAN RAKYAT MISKIN! TALQINKAN UMNO PADA PRU13
ReplyDeleteSaya hairan ...mengapa orang melayu kita d perbodohkan di Bumi sendiri, benda ni tak pernah berlaku dan terjadi di negara lain meskipun di negara miskin..... kita sebagai anak generasi yang entah keberapa haruslah berfikir dan bergerak untuk mengubah kerajaan yang memerintah negara kita terlalu lama..yg dah cetek pemikiran unk memberikan kebaikan dan kebajikan kepada rakyat apatah lagi rakyat miskin d luar bandar.
ReplyDeleteApa penyelesaian yang PR ada dalam memastikan harga minyak tidak naik?
ReplyDeletePandai2lah rakyat nilai. Kadang2 suatu isu sengaja diputar belit untuk tarik perhatian rakyat.
ReplyDeleteperkara ini belum tentu lagi akan berlaku, pakatan tak perlu nk meramal benda yang bukan2.
ReplyDeleteAktiviti penyeludupan adalah antara sebab kerajaan terpaksa menaikkan harga bahan seperti petrol, diesel dan gula selain mengurangkan jurang perbezaan harga di peringkat antarabangsa. Penyeludupan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian besar manakala pihak yang tidak bertanggungjawab pula mengaut keuntungan berganda kerana harga bahan berkenaan adalah tinggi di negara jiran.
ReplyDeleteTindakan mengurangkan subsidi merupakan pelan komprehensif bagi pengurusan kewangan negara yang lebih mapan.
ReplyDeleteDalam sejarah negara selepas PRU kerajaan akan menaikkan harga barang-barang. Semaklah sejarah!
ReplyDeleteRakyat Sabah kalau ada UMNO/BN nak bagi duit ambil saja,Tetapi ingat kita undi PR,PRU ke 13 nanti kita sama2 Tumbangkan BN,Duit yang UMNO/BN bagi kepada Rakyat Malaysia BR1M itu hasil titik peluh cukai gaji semua Rakyat Malaysia berkerja yang dipotongan oleh LHDN,Lembaga Hasil Dalam Negeri.Betulkan Rakyat Malaysia.Bukan PM Najib Razak yang punya duit itu.
ReplyDeletekalau BN menang PRU13 PATI la yang merintah.
ReplyDeleteTakkan nak mengharap subsidi saja?kalau begitu bankrupt la negara...
ReplyDeleteMemang merimaskan kalau minyak naik tapi pembangkang jangan menggunakan isu tu untuk menarik perhatian rakyat dan menakut-nakutkan rakyat
ReplyDeletemudah2an tidak naik.
ReplyDeleteJangan menyebarkan sebarang kabar angin jika tidak pasti ia akan berlaku atau tidak.
ReplyDeletePembangakang memang tidak senang jika orang melihat BN sebagai pemimpin mereka.
ReplyDeleteHArga minyak kita adalah bergantung kepada harga pasaran dunia, itu yang pembangkan harus tahu.
ReplyDeleteKenaikkan harga minyak itu sebenarnya bukannya disebabkan oleh PRU dan sebagainya. Tapi ini disebabkan oleh keadaan ekonomi dunia yang mempengaruhi ekonomi kita.
ReplyDeleteBelum PRU pun sudah naik 10sen..Tapi itu tidak bermakna kerajaan suka-suka menaikkannya. Tapi ini bagi menampung subsidi yang diberikan terlalu tinggi. Apa pun yang pasti kerajaan akan membuat yang terbaik untuk memastikan beban rakyat dapat dikurangkan.
ReplyDeletebuat masa ini, kenyataan Azan itu tidak lebih dari sekadar teori.. beliau juga tidak dapat membuktikan bahawa dana BR1M diambil dari peruntukkan subsidi minyak..
ReplyDeletesekiranya Pakatan berjaya merampas kerajaan, dari mana pula dana mereka ambil untuk membiayai pendidikan percuma, elaun rm500 kepada semua guru2, menaikkan royalti minyak, menghapuskan tol dan sebagainya??
ReplyDelete