Kaki, tangan diikat pada katil dan kemudian seorang penjenayah mencabul dengan rakus.
Itu detik hitam dilalui seorang jurutol, berumur 20 tahun, ketika berada seorang diri di rumahnya di Taman Putra Perdana, Puchong, Khamis lalu. Gambar Fail.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki berbaju kuning dan berseluar jean memecah masuk rumahnya, jam 12.50 tengah malam.
Menurut sumber polis, lelaki itu terus menyerang mangsa dari arah belakang dan mengacukan pisau di lehernya.
Difahamkan, pada awalnya lelaki tersebut cuba meragut rantai emas milik mangsa, tetapi tidak berjaya.
Katanya, lelaki itu seterusnya mengarahkan mangsa supaya diam, sebelum mulut wanita terbabit diikat dengan menggunakan kain.
“Lelaki itu mengarah mangsa baring di atas lantai. Kaki dan tangannya diikat pada katil dengan menggunakan kain.
“Seluar mangsa kemudiannya ditanggalkan dan lelaki itu terus mencabulnya,” katanya, semalam.
Menurutnya, mangsa dapat melepaskan ikatan selepas lelaki tersebut melarikan diri.
“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis setelah dua rakan sekerjanya pulang,” katanya.
Menurutnya, susulan itu, polis memberkas dua lelaki warga Indonesia, berumur 54 dan 32 tahun, bagi membantu siasatan.
“Mangsa tidak mengenali suspek terbabit dan sewaktu kejadian, suspek menutup muka dengan baju,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul. -SH
Tuesday, March 20, 2012
Jurutol Diikat Sebelum Dicabul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hopefully the pervert will be brought to justice
ReplyDeleteHope that the suspect will be arrested soon and be punished according to his crime.
ReplyDeleteTidak betul sekarang ni. Macam2 jenayah boleh berlaku. Bagus buat rondaan RELA.
ReplyDeleteHarus dihukum sewajarnya.
ReplyDeletekes jenayah kini makin menjadi-jadi.
ReplyDeleteSeperti keamanan dari jenayah semakin menjadi-jadi.
ReplyDeletejangan mudah berpuas hati dengan ciri keselamatan dalam dan luar rumah.. kalau mampu pasang grill, pasang la.. kalau mampu pasang 20 mangga, pasang la.. yang penting selamat..
ReplyDelete