KETIKA berlaku ledakan penduduk di Eropah sekitar 1950-an hingga 1960-an, ramai ilmuan menjustifikasikannya sebagai impak Perang Dunia Ke-2. Bagaimana pun apabila berlaku ledakan penduduk di Sabah sekitar tahun 1980-an, wujud percanggahan pendapat di kalangan ilmuan.
Pelbagai teori dikemukakan dan isu ini dieksploitasi semaksima mungkin oleh pihak tertentu.
Ikuti pandangan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kemabong, Sabini Binti Ansumor, merangkap Exco Wanita PBS Sabah dan Ahli Majlis Daerah Tenom berkaitan isu berkenaan semasa ditemu ramah oleh Koresponden Sabahkini.net (KSK) di Kemabong.
KSK: Isu ledakan penduduk menjadi isu hangat baru-baru, apa pandangan Puan?
Sabini: Sebenarnya isu ledakan penduduk ini telah lama disedari dan diperkatakan namun menjelang pilihanraya, isu ini kembali hangat. Memang tidak ada mana-mana negeri di Malaysia yang mengalami pertumbuhan luar biasa dalam tempoh yang sama. Ini sememangnya mengundang pelbagai andaian dan dieksploitasi sepenuhnya oleh pihak tertentu. Pengeksploitasian ini mempunyai kesan baik dan buruk.
Sebagai warganegara dan penduduk asal Malaysia dari Sabah, saya merasa bimbang. Ini kerana pertambahan penduduk sebegini bukan hanya memberikan saingan kepada penduduk asal, malah mampu memudaratkan keselamatan dan keutuhan perlembagaan negara. Sudah tentulah saya mahu pertambahan penduduk Sabah berlaku secara semula jadi dan bebas dari anasir-anasir subversif.
KSK: Bagaimana respon Parti Bersatu Sabah berkaitan isu ini?
Sabini: PBS memang komited menolak pertambahan penduduk luar biasa seperti ini. PBS mahu satu kajian dan tindakan yang sesuai dengan perlembagaan negara dibuat. Kami dalam PBS bertindak sedemikian, bukan kerana sikap kedaerahan atau perkauman yang sempit. Kami berpendirian, sebagai warganegara Malaysia, wujud keperluan untuk mempertahankan kepentingan warganegara tulen dan menegakkan keutuhan perlembagaan negara.
KSK: Adakah Puan syak wujudnya anasir subversif seperti yang digembar-gemburkan selama ini?
Sabini: Saya tidak berani terus menuduh atau mengakui kewujudan senario seumpama itu. Justeru itu, kita mahu satu Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) dilaksanakan segera. Saya berharap menerusi mekanisma ini, persoalan akan terbongkar dan kebenaran akan ditegakkan.
KSK: Ada spekulasi mengatakan bahawa pertambahan penduduk ini hasil daripada kemasukan warga asing menerusi pintu belakang. Apa pandangan Puan?
Sabini: Ya. Penduduk negara jiran seperti Filipina dan Indonesia masuk ke Malaysia khususnya Sabah dengan mudah. Ini berpunca akibat panjangnya sempadan dan luasnya perairan negara. Negara kita kekurangan tenaga dan sumber penguatkuasa untuk mengawal perairan negara. Ini ditambah dengan tarikan ekonomi dan kestabilan politik di Malaysia yang lebih baik dari negara asal mereka.
Sebahagian pendatang asing ini pula hadir dengan status pelarian. Mereka datang ke Sabah dan memohon suaka politik. Kerajaan kita prihatin dan berperikemanusiaan. Mereka dilayan dengan baik dan diberikan Borang IMM13 Ini melayakkan mereka mendapat status pemastautin tetap (PR).
Lagi Di Sabahkini
Friday, March 23, 2012
Demografi Sabah, Kejutan Buat Dunia?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PBS has been very consistent in voicing out the abnormal 'increase of population' that has been the norm here in Sabah. It might be best that the state government to utilize the resources and expertize from our local tertiary institute such as The School of Social Science, UMS as well as UiTM that houses intellects and expert on this subject.
ReplyDeleteThis independent research can be done whilst the finalization of the Term of Reference for RCI on Illegal immigrant is being carried out by the Federal Government. The Independent research too will serve as a preliminary data gathering that can be done ahead of the RCI. This will save a lot of time once the RCI is in full swing in the future.
ReplyDeleteComing back to the matter of citizenship, nationality law is mentioned in the Constitution of Malaysia. A Malaysian citizen born to a Sabah resident would have Sabah residency, regardless of where the person was born. Birth in Sabah or Sarawak alone does not make a person a resident unless one of his/her parents is a resident.
ReplyDeleteA person may become a Sabah resident by obtaining Permanent Residence (PR) status issued by the state immigration department. The residency status of a person is indicated by a letter on his/her MyKad below the photo, with, H for Sabahans In all accounts, the MyPR holders are not subjected to vote as other citizens of Malaysia .
ReplyDeleteAs for the IMM13, the Sabah government has not issued the IMM13 document to Philippine nationals living as refugees in the state since 1984, said Sabah Chief Minister Musa Aman.
ReplyDeleteHowever, Musa said that the children of existing IMM13 document holders could apply for the same document to enable them to stay with their parents in Sabah.
ReplyDeleteSepatutnya pelarian yang ditempatkan di Sabah ini sudah boleh dihantar pulang ke negara asal mereka memandangkan negara asal mereka tidak lagi berlaku huru hara.
ReplyDeletePenubuhan RCI merupakan satu harapan untuk Sabah mengetahui punca sebenar kebanjiran warga asing/PATI di Sabah. harap2 penubuhannya dapat dilaksanakan sebelum PRU.
ReplyDeleteRakyat telah pun menghilang identiti sendiri.
ReplyDeleteJanganlah rakyat hanya menuduh kerajaan. Menuduh juga tak dapat menyelesaikan apa-apa masalah.
ReplyDeleteKita kena bersabar dengan mengaharapkan kerajaan akan meyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
ReplyDeleteMasalah PTI telah lama menganggu kita. Mereka memang tidak tahu malu.
ReplyDeletenak menang biarlah cara yang betul jangan menipu biar rakyat yang menentukan kalau kita betul rakyat akan sokong kenapa takut dengan kekalahan . kalau menang dengan secara menipu apabila memerintah nanti akan terus menipu rakyat dan menghabiskan wang dan harta negara. kalau kalah kena terima hakikat lagi 5 tahun lawan balik dan perbaiki apa yg tidak kena. wahai pengundi mana2 parti kita hendaklah jujur, amanah dan ikhlas janganlah kita menipu sebab nak memberi kuasa pada mereka.......... walahualam
ReplyDeletesyarat kewarganegaraan harus diperketatkan segera..
ReplyDeletejika pemegang IMM13 diberikan kewarganegaraan, maka adalah wajar sebahagian daripada mereka dipindahkan ke semenanjung dan bermastautin di sana untuk mengimbangi kadar pertumbuhan penduduk...dengan cara ini, ianya akan mengurangkan beban rakyat sabah..
ReplyDeletedan RCI adalah wajar ditubuhkan untuk menyiasat pertumbuhan penduduk yang luar biasa di sabah...
ReplyDeletepemegang IMM13 harus dihantar pulang ke negara mereka dengan kadar segera...penempatan di telipok harus ditutup..
ReplyDeletekerajaan haruslah bersikap lebih tegas...hak dan kepentingan serta keselamatan negara harus diutamakan sebelum membantu pelarian2 dari negara luar..
ReplyDeletepetisyen pilihanraya likas n buku2 mutalib md adalah bukti2 yg telah diterima di mahkamah. masih ada keraguan ttg isu rakyat palsu ciptaan UMNgOk di sabah???
ReplyDeleteHarapkan kerajaan BN mampus peribumi sebab PATI anak emas BN sb itu RCI susah ditubuhkan tp kalu nak baik tirunkan BN di PRU 13 nie sebab rayat sabah perlu berani berubah demi anak cucu tidak merempat tempat sendiri fikir2kanlah.
ReplyDeleteIni adalah SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL. Tahniah BN!
ReplyDelete"Sebagai warganegara Malaysia, wujud keperluan untuk mempertahankan kepentingan warganegara tulen dan menegakkan keutuhan perlembagaan negara."
ReplyDeleteMemanglah kalau tak susahlah... huhuhu
"Negara kita kekurangan tenaga dan sumber penguatkuasa untuk mengawal perairan negara."
ReplyDeleteSorilah, yang ini saya kurang setuju. Banyak juga tu penguatkuasa yang mengawal pengairan negara tapi itulah namanya kalau "GOV" kerja satu orang pun mahu 100 orang buat baru boleh selesai. Itupun ambil masa 100 hari!!
RCI patut ditubuhkan. Kerajaan harus pertimbangkan hal ini sebaik mungkin.
ReplyDeleteSelain itu berilah respon secepat yang mungkin dan jangan terlalu lama dilengahkan kerana ia hanya akan mengundang persepsi negatif orang ramai.
ReplyDeleteHarap penantian rakyat terhadap penubuhan RCI berhasil. Kalau tidak entah apa lagi isu yang akan timbul nanti.
ReplyDeleteDiharap RCI diumumkan secepat yang mungkin, supaya perkara kependudukan meningkat secara mendadak dapat disiasat.
ReplyDeletePBS dan Upko memang konsisten dalam memperjuangkan isu tersebut, cuma sekarang tunggu PM untuk mengumumkan secara rasmi penubuhan RCI di Sabah.
ReplyDeletePeningkatan penduduk secara mendadak memang mnghairankan, peningkatan tu amat membimbangkan rakyat tempatan Sabah. Mudah2an RCI dapat menyelesaikan masalah tu.
ReplyDeleteJadi bagaimana pula demografi Afrika?
ReplyDeleteI think Sabah has more advantages than the others.
ReplyDeleteDemografi Sabah kan memang sudah tercipta sedemikian cuma ada segelintir pihak cuba untuk meimbulkan masalah yang lain.
ReplyDeleteSabah has lot more issues to be counted for.
ReplyDeleteMasalah PTI yang membelenggu memang amat memeningkan kepala.
ReplyDeletekerajaan takkan biarkan PATI berleluasa di tanah air kita. RCI pasti akan ditubuhkan.
ReplyDeleteAhli BN sendiri tidak menerima penambahan penduduk yang berlaku. Maka janganlah tuduh yang BN setuju dengan perkara ini seperti apa yang pihak tertentu sangkakan.
ReplyDeleteMengenai PATI rasanya kita sebagai rakyat Sabah perlu sepakat bersama dengan Kerajaan Negeri untuk menyuarakan RCI kepada Kerajaan Persekutuan.
ReplyDeleteYang kita tahu Kerajaan tidak akan membiarkan kes ini berterusan dan menghantui penduduk Sabah. Pasti kerajaan akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.
ReplyDeleteSemoga penantian Penduduk Sabah tidak akan berlarutkan sehingga PRU akan datang. Kerana ini perkara serius perlu diambil perhatian oleh kerajaan Persekutuan.
ReplyDeletejika penyelesaian Pakatan Rakyat ialah dengan memberikan status PR kepada PATI, bagaimana agaknya penyelesaian dipihak STAR dan SAPP??
ReplyDelete