Tuesday, March 27, 2012

Mungkinkah Kadir Sertai PR?

Bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata antara faktor beliau keluar Umno kerana beliau menjadi sasaran terancang media arus perdana selepas menegur sikap Umno.

Ia ditambah lagi dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor minggu lalu yang mencabarnya keluar dari Umno selepas tidak selesa dengan kritikannya.

"Saya telah menjadi sasaran kritik yang begitu hebat oleh media massa arus perdana kepunyaan parti saya sendiri ketika itu. Jelas ia dibuat secara terancang dari pihak berkuasa.

"Ini diikuti pula oleh Setiausaha Agung Umno sendiri meminta saya keluar parti...hanya kerana itu. Maka saya keluarlah sebagai ahli Umno yang telah saya abdikan segala jiwa dan raga saya selama 56 tahun," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Alasan tersebut sebagai penjelasan kenapa beliau bertindak isytihar keluar Umno pada 19 Mac lalu.

Antara kritikannya kepada Umno sebelum ini, beliau mendakwa parti itu telah terpesong dari perjuangan asal berbanding sewaktu penubuhannya.

Veteran Umno itu juga mendakwa rasuah, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa termasuk 'kronisma mega' secara berleluasa sedang berlaku dalam parti itu sehingga kekayaan negara hanya berlegar disekitar kelompok tertentu dan tidak sampai kepada rakyat.

Tambahnya, ada juga yang perlu membayar wang kepada rakan-rakan seperjuangan sendiri untuk mendapatkan tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi.

Abdul Kadir juga sebelum ini mendedahkan Umno menabur wang di kampung-kampung untuk beli undi pilihan raya dan menuntut tindakan 'hodoh dan jijik' itu dihentikan segera.

Bagaimanapun kritikan-kritikannya itu disifatkan oleh pemimpin Umno sebagai menghentam parti dan beliau kemudian menjadi mangsa serangan media arus perdana sehingga ada desakan agar beliau keluar Umno.

Aktif politik semula

Dalam pada itu beliau yang juga bekas menteri penerangan dan komunikasi, hari ini tetap mempertahankan segala dakwaannya terhadap Umno malah berkata ianya baik untuk dikaji.

Beliau juga menegaskan akan kembali semula untuk aktif dalam politik selepas lama bersara untuk menumpukan kepada perniagaannya sebelum ini.

"Dengan ini saya isytiharkan berhenti daripada bersara dan akan membawa perjuangan Umno (yang lama) di tempat yang lebih sesuai," katanya.

Ditanya sama ada akan menyertai mana-mana parti politik, Abdul Kadir berkata beliau setakat ini hanya mahu menumpukan kepada Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang beliau kini sebagai timbalan presiden.

Namun katanya, ia bergantung kepada keadaan selepas ini.

"Ramai pemimpin Pakatan Rakyat kebetulan kawan-kawan saya pujuk saya, tapi saya buat keputusan sendiri.

"Buat masa ini dengan NGO (Amanah), perkara lain belum terfikir, tengok keadaan la. Kalau depa tabuh (serang) kuat sangat, kita terjun la", katanya sambil tersenyum. -HD

13 comments:
Write comments
  1. Kadir patut bersara dari awal lagi, sudah beberapa tahu beliau beliau dalam politik?

    ReplyDelete
  2. Rakyat juga pemimpin mempunyai hak untuk membuat keputusan dengan bebas. Jangan saja lepas keluar dari parti tu mula lah mengatakan keburukan2 parti lama yang pernah disertai.

    ReplyDelete
  3. Belajar terima kritikan dengan terbuka. Jangan bongkak sangat.

    ReplyDelete
  4. Kadir should just retired gracefully.

    I dont mean to be rude, but i think Kadir is just an old, angry men who want to goes back into the politics but cant do it through UMNO...

    ReplyDelete
  5. Dekat PRU13 baru aktif semula dalam politik.

    ReplyDelete
  6. Mungkin ada lebih kritikan2 Kadir diteliti oleh Umno

    ReplyDelete
  7. terpulang pada dia nak sertai apa2 parti yang dia inginkan.

    ReplyDelete
  8. Keputusan ada dalam tangan beliau. Ingin menyertai PR atau tidak.

    ReplyDelete
  9. Keadaan pasti akan berubah jika beliau menyertai PR,namun beliau ada hak untuk menentukan keputusan beliau.

    ReplyDelete
  10. Keputusan yang akan dibuat pasti akan memberi impak yang sangat besar bagi pemimpin2 disekitar. Bersedia untuk mendapat kejutan dari beliau.

    ReplyDelete
  11. itu semua terpulang dengan Kadir untuk menyertai mana-mana parti pun. Tidak ada halangan. Yang penting sekarang ini UMNO tidak akan jatuh walaupun ketiadaan Kadir. UMNO/BN masih tetap teguh berdiri.

    ReplyDelete
  12. Kadir bernasib baik kerana masih diberikan penghormatan untuk mengundur diri.. bukan macam PAS.. kena kritik sikit terus kena pecat macam kes Hassan Ali..

    ReplyDelete
  13. rasanya si Kadir ni tahu yang dia tidak lama lagi berada dalam umno kerana faktor usia atau sumbangan beliau yang tidak seberapa.. sebab itu dia buat kontroversi untuk dapat sokongan simpati sekaligus mempopularkan dirinya supaya dapat diterima oleh parti pembangkang..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.