Wednesday, March 28, 2012

Isu Lembu : Siapa Bakal Kena Terajang?

Bekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan penyokong BN supaya tidak "membakar kelambu" dalam pilihan raya akan datang, semata-mata kerana marah dengan seseorang pemimpin atau sesuatu isu.

Katanya, isu berkenaan tidaklah terlalu besar sehingga "kelambu BN" itu patut dibakar atau dibuang dalam pilihan raya.

"Kerana kelambu BN, memanglah ada lubang di sana sini, maklumlah, tapi kelambu ini jangan dibuang, kalau ada lubang bantu baiki balik.

"Kalau ada pijat di dalam itu yang hendak mengacau kita itu kerja kita (untuk) buang pijat tapi kelambu jangan dibuang," katanya lagi dalam satu pertemuan bersama penggiat media sosial di Kuala Lumpur malam tadi.

Kenyataannya mengenai "pijat" itu mencuit hati para hadirin apabila beliau pada masa sama ditanya mengenai tegurannya kepada ketua wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang popular dengan nama timangan "Kak Ijat."

Jelasnya, gesaannya kepada Shahrizat supaya meletak jawatan daripada jawatan kabinet itu dibuat demi keuntungan parti dan bukannya untuk mendapatkan jawatan itu semula.

Beliau juga membuat teguran demikian kerana jentera parti perlu bekerja untuk menjelaskan isu melibatkan syarikat National Feedlot Corporation (NFC) yang diusahakan keluarga Shahrizat.

"Awal-awal saya kata kepada Shahrizat, kalau dia membebankan parti ambil keputusan supaya parti kita dapat terlepas daripada kejejasan.

"Mungkin dia fikir tak terjejas, itu terpulang kepada orang yang tahu dia dan maklum. Tapi kalau saya bercakap lain pandangannya," kata Rafidah lagi.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau terkejut apabila menerima satu SMS apabila mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Bila saya kata suruh dia letak jawatan tempoh hari, saya dapat SMS, 'dah tua bangka ni, hendak lagi jawatan tu.'

"Dia kata memanglah saya suruh dia resign sebab saya hendak balik jawatan itu," katanya lagi tanpa mendedahkan nama pengirim SMS tersebut, ketika ditanya dalam program berkenaan.

Jelasnya, beliau menyatakan teguran berkenaan memandangkan beliau mendengar sentimen di akar umbi dan mendengar cakap-cakap di sekelilingnya mengenai isu itu.

"Saya duduk kat rumah itu bukan saya tak dengar orang bercakap. Bila saya ditanya pemberita, saya jawab. Kalau saya tak mahu jawab, saya kata 'no comment'.

"Bila saya kata begitu sebab kita kena jelaskan. Bukan saya saja, orang GERAKAN pun kata 'aiya, banyak susah mau explain'," kata Rafidah lagi.

Selain Rafidah, turut lantang menyuarakan kritikan ke atas Shahrizat sebelum ini ialah naib ketua pergerakan itu, Datuk Kamilia Ibrahim yang menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.

Shahrizat bagaimanapun mendapat sokongan padu daripada presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dan juga pemimpin tertinggi Umno supaya mengekalkan jawatan tersebut.

Selain itu Rafidah turut ditanya mengenai tindakan Shahrizat yang mencabar beliau untuk jawatan ketua Umno dalam pemilihan parti Mac 2009, walaupun selepas beliau berjanji untuk menyerahkan jawatan tersebut kepada Shahrizat.

Rafidah ditanya demikian memandangkan Shahrizat kini dilanda pelbagai kontroversi melibatkan projek NFC dan juga tewas di kerusi parlimen, sedangkan beliau sendiri masih tetap terpilih di kerusi Kuala Kangsar pada pilihan raya 2008.

"Saya tak tahu apa yang berlaku pada orang, tapi masa saya kalah lawan ketua wanita, tak jadi masalah buat saya, tak jadi kudis kepada saya.

"Tapi kita dah janji kan, ada peralihan pada bulan Jun (2009). Dia hendak lawan juga. Jadi saya kata kita lawanlah. Kalah menang Tuhan menentukan.

"Kalah tak jadi masalah buat saya, jawatan ini bukan hendak dibawa ke kubur. Tapi saya tak jadi ketua saya risau juga pada wanita Umno," katanya yang menegaskan bahawa beliau "tidak ada rasa pun" untuk menjawat jawatan itu sekali lagi. -mk

13 comments:
Write comments
  1. Rafidah tidak sepatutnya berbatu api setelah apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  2. klu kelambu berpijat itu brand UMNgOk, sepatutnya dibakar hangus 100 kali!!!

    ReplyDelete
  3. Rafidah ni Mahathir versi wanita. Sudah bersara tapi masih lantang mengeluarkan komen.

    ReplyDelete
  4. Shahrizat tidak mungkin melepaskan semua jawatan yang dipegangnya. cukuplah dengan meletakkan jawatan dalam kabinet.

    ReplyDelete
  5. 2 x 5. sama la puak umno ni. Lu tolong gua, gua tolong lu. Lu kata gua, gua kata lu.

    dua dua kaki penyamun duit rakyat. sorang dapta saham buta sorang dapt lembu free

    ReplyDelete
  6. isu ini diselesaikan dgn baik, jgn ada pihak provokasi.

    ReplyDelete
  7. Lebih baik adakan perbincangan antara ahli wanita Umno mengenai isu2 berbangkit.

    ReplyDelete
  8. Masalah ini seharusnya diselesaikan sebaiknya oleh para pemimpin sendiri. tidak perlulah dibesarkan. Kepada ahli yang lain tidak perlulah menunding jari kepada pihak lain. Teruskan perjuangan kepada rakyat untuk memastikan BN terus kekal untuk menjadi kerajaan.

    ReplyDelete
  9. Siapa sebenarnya yang bersalah? pastikan mendapat hukuman yang setimpal.

    ReplyDelete
  10. Pastikan siasatan diteruskan kerana ada banyak hal masih meragukan.

    ReplyDelete
  11. Isu ini pasti akan hangat balik jika penyelesaian belum ditemui.

    ReplyDelete
  12. Nampaknya masalah lembu ini masih lagi belum selesai. Masalah NFC mungkin bukannya salah Shahrizat namun salah pihak pengurusan itu NFC. Kepimpinan Shahrizat sememangnya disenangi oleh wanita UMNO lain. Tapi mungki ada segelintir yang tidak senang dan cuba untuk menjatuhkan beliau.

    ReplyDelete
  13. Sharizat sudahpun resign seperti yang diminta.. jadi tidak payah la diungkit balik isu NFC.. siapapun yang mengambil alih jawatan beliau, tahniah saya ucapkan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.