Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menyeru Petronas supaya membantu anak-anak tempatan di negeri ini membayar baki hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka.
Katanya, langkah itu akan dapat membantu para graduan terlibat, yang ramai di antara mereka hari ini masih lagi belum bekerja ataupun hanya berpendapatan kecil tetapi mempunyai tanggungan yang ramai.
Tambahnya, saranan itu diberikannya kepada Petronas memandangkan syarikat itu mengaut keuntungan yang besar setiap tahun hasil dari operasinya di negeri ini.
“Kita berharap Petronas dapat melakukan hal ini sebagai satu lagi khidmat baktinya kepada anak-anak tempatan kita di negeri Sabah, yang sebelum ini melanjutkan pelajaran mereka dengan menggunakan pinjaman PTPTN.”
“Dengan langkah ini, kita berharap graduan tempatan kita dapat menarik nafas lega, apatah lagi bagi graduan yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi dan mempunyai tanggungan yang ramai,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang usul-usul yang dibangkitkannya di dalam Persidangan Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Selain berkaitan hutang PTPTN, Ghapur juga memberitahu bahawa di dalam usulnya minggu lalu beliau turut membangkitkan mengenai isu geran tanah yang dihadapi oleh para peneroka Felda di negeri ini.
Selepas kira-kira 30 tahun tanah mereka dibangunkan oleh Felda katanya, para peneroka terlibat masih ternanti-nanti pengeluaran geran tanah mereka dan isu itu menjadi antara keresahan utama golongan berkenaan.
“Oleh itu, kita meminta kerajaan dan Felda sendiri supaya mempercepatkan proses pengeluaran geran tanah kepada para peneroka di negeri ini termasuklah kepada para peneroka di Rancangan Felda Umas.”
“Ini akan dapat mempermudahkan mereka menguruskan tanah mereka seperti hal-hal yang berkaitan dengan pertukaran nama pewaris dan sebagainya,” katanya.
Menyentuh usul seterusnya, Ghapur berkata, beliau meminta supaya para pengguna dan para peniaga di negeri ini diberikan ganti rugi oleh syarikat pembekal elektrik berikutan masalah gangguan elektrik yang sering berlaku.
Katanya, gangguan bekalan menyebabkan ramai peniaga seperti mereka yang menjalakan perniagaan sejuk beku mengalami kerugian yang besar, selain ia benar-benar menyusahkan rakyat.
“Apa yang kita lihat, kalau masalah bekalan terputus berlaku di Semenanjung, para pengguna termasuk peniaga diberikan pampasan. Kita mahu langkah sama dilaksanakan di negeri ini.”
“Kalau masalah ini berterusan, cuba bayangkan berapakah jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh para peniaga yang perniagaan mereka memerlukan penggunaan bekalan elektrik?,” katanya.
Mengakhiri temubual, Ghapur berharap setiap usul yang dibangkitkannya akan diberikan perhatian oleh kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat, demi kebaikan rakyat Sabah, khususnya yang berada di kawasan yang diwakilinya.
-Masdarwahid
Friday, March 30, 2012
Guna untung Petronas, bayar PTPTN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tidak setuju, Petronas membayar PTPTN cuma akan mengalakkan rakyat kita semakin bergantung pada bantuan orang lain dan tidak mampu berdikari. Mereka yang membuat pinjaman sudah menjangka perlu membayar balik pinjaman mereka. Orang lain boleh bayar, kenapa mereka tidak boleh? Inilah budaya terlalu bergantung pada orang. Rakyat Sabah tidak akan mampu berdikari sehingga bila-bila jika kita teruskan mentaliti seperti ini.
ReplyDeletePetronas juga memberi biasiswa kepada pelajar yang cemerlang, baru-baru ini 350 orang pelajar cemerlang dalam SPM diberikan biasiswa untuk meneruskan pelajaran mereka. Lebih daripada 10 program biasiswa dibuka kepada para pelajar di Universiti Teknologi Petronas ataupun Universtiti Luar Negara, jika rakyat kita mampu sudah tentu mereka boleh mendapat satu daripada biasiswa yang ditawarkan ini. Tolong jangan salahkan orang lain jika diri kita sendiri belum mencuba.
ReplyDeleteBERIKAN RATUSAN JUTA UNTUK KRONI APAKAH TIDAK MEMBUAT KRONI ITU BERGANTUNG KEPADA UMNO? FIKIRKANLAH!
ReplyDeleteISU PTPTN ni..sebenarnya bukanlah satu isu yg menjadikan satu masallah, di MEROTAI lebih banyak masalah rakyat yg perlu di selesaikan oleh WAKIL RAKYAT..janganm bila dah nak mengundi baru berkokok macam ayam jantan..pemberian bantuan dari Parti kadang2 tak sampai kepada sasaran yg memerlukan itu adalah MASALLAH UTAMA di MEROTAI.
ReplyDeletePTPTN biarlah dibayar sendiri oleh peminjamnya. Untung Petronas lebih baik diguna untuk membantu membangunkan Sabah.
ReplyDeleteSemoga Petronas terus melaksanakan tanggungjawab sosialnya terhadap rakyat Sabah.
ReplyDeletePETRONAS byk memberi biasiswa kepada pelajar. ini membantu pelajar dalam meneruskan pelajaran.
ReplyDeleteberkenaan PTPTN, pelajar kena melangsaikan sendiri pinjaman mereka, PTPTN byk memberi ruang kepada Pelajar dalam membayarnya.
ReplyDeleteAduh...sudah2 la kena spoon fed tu. Sudah la barang2 keperluan disubsidi, ini pun nak ka?
ReplyDeletekan sudah ada peraturan bahawa pelajar tak perlu bayar jika dapat 1st class honor? Kalau tak nak bayar, belajar la bagus!
Petronas perlu bersikap adil dalam pengambilan pekerja. Jangan pilih bulu! Hantar pelajar belajar jauh2 dengan biasiswa hampir RM1 juta tapi tidak ambil mereka bekerja walaupun keputusan kelas pertama.
ReplyDeleteMansuhkan PTPTN? Bagaimana dengan mereka yang sudah atau sedang membayar hutang mereka? Pelajar sendiri kena bertanggungjawab dengan pilihan mereka.
ReplyDeleteFelda perlu tunaikan janji mereka kepada peneroka.
ReplyDeleteMemandangkan saya belum habis bayar PTPTN, saya sukung cadangan ini. ahahahhahahhahahaha
ReplyDeleteTapi biarpun saya tidak kisah apa orang nak kata, bila ingat kakak saya yang sudah habis bayar PTPTN kesianlah pula. Macam sistem ni tidak adil.
ReplyDelete(Dengan hati yang berat)PTPTN haruslah dilangsaikan oleh si pemimjam!
ReplyDeleteSaya suka petronas, banyak tolong student juga. Antaranya ialah bagi baisiswa:)
ReplyDeleteMany students have a difficulty time in paying their ptptn loans, so i say why not. Petronas could help sabahans by helping them to pay off their loan.
ReplyDeleteAfter all, the oil belongs to sabah, so petronas should pay off their study loans and apart from that MORE scholarship should be given to the deserving students.
ReplyDeletexboleh lah mansuh pinjaman sepenuhnya.. tp bunga tu yg sepatutnya mansuh..kalau ptptn bg free nti ramai yg salah guna dan tak menghargai ptptn..blajar sambil lewa semata2 nk habiskan duit ptptn..
ReplyDeleteTahniah kepada pelajar dan mahasiswa kita kerana berani menyatakan hak anda..ayuh!turun dataran merdeka 14 April ini!
ReplyDeleteAction must be taken to the student that fail to repay the loan, question is, what kind of action is more reasonable?
ReplyDeleteBoth are not related. Should study a better way to resolve the issue.
ReplyDeletePTPTN help, the student should repay. Just simple mathematics.
ReplyDeleteIf that is the case, everybody seem possible to run away from the debt after the study, the government will bare or all the costs.
ReplyDeleteTindakan yang wajar harus diambil terhadap golongan yang tidak bertanggung jawab.
ReplyDeleteBy paying off their loan on behalf, it will causes more student run away from facts and not responsible to their own matter.
ReplyDeleteKerajaan membantu pelajar menghabiskan pelajaran, pelajar harus bertanggung jawab membayar loan yang diambil.
ReplyDeleteharus mencari kaedah supaya loan yang diambil harus dibayar dlm tempoh.
ReplyDeletePerkara tu perlu dikaji sebaik mungkin
ReplyDeletePenyelesaian perlu la efektif.
ReplyDeleteMana boleh suru orang lain bayar hutang yang telah anda buat.
ReplyDeleteSungguh tidak adil jika anda meminta orang lain untuk menjelaskan hutang yang ada buat. Berani berhutang, bayarlah dengan sendirinya.
ReplyDeleteTapi jika petronas berbesar hati untuk membantu, pasti tidak ada halangan untuk melakukan demikian.
ReplyDeletetidak perlu dihapuskan atau minta syarikat GLC bayar hutang pelajar yang telah menggunakan dana tersebut tapi cadangan saya supaya bunga PTPN tidak dikena kan kepada peminjam jika peminjam membayar pinjaman tersebut selapas tamat persekolohan,tapi kepada peminjam yang liat membayar harus lah dikena kan bunga setelah peminjam diberi amaran.
ReplyDeletetidak perlu dihapuskan atau minta syarikat GLC bayar hutang pelajar yang telah menggunakan dana tersebut tapi cadangan saya supaya bunga PTPN tidak dikena kan kepada peminjam jika peminjam membayar pinjaman tersebut selapas tamat persekolohan,tapi kepada peminjam yang liat membayar harus lah dikena kan bunga setelah peminjam diberi amaran.
ReplyDeletePendidikan perlu percuma untuk beri semua peluang pendidikam kpd rakyat...Lepas belajar dan dapat kerja semuanya tak ada percuma malah banyak cukai yang terpaksa dibayar...UMNO BN yang banyak sapu wang Petronas untuk kepentingan kroni dan bailout syarikat kroni...apa hal ni...Selain banyak ketirisan dan rasuag dalam pelbagai projek kerjaaan...ABU...
ReplyDeleteAda juga baiknya dengan cadangan yang diberikan ini. Ini bagi membantu anak-anak tempatan menyelesaikan hutang pendidikan. Hutang yang bertujuan kebaikkan.
ReplyDeleteHarap Petronas akan memberikan respon akan cadangan oleh Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh. Ini masanya Petronas membuktikan yang mana petronas berterima kasih dengan Sabah atas kekayaan yang terdapat di Sabah.
ReplyDeleteApa yang diperkatakan ini perlulah dibincangkan oleh kedua-dua pihak. Harap Petronas akan memberikan keputusan yang terbaik mengenai cadangan tersebut.
ReplyDeletesaya pun mahu tuntut bahagian yang sudah saya bayar.. boleh ka?? mana boleh student selepas saya dapat pendidikan percuma, saya tidak dapat..
ReplyDelete