Thursday, March 22, 2012

Logo "1Malaysia" Ganti "Alif" Dalam Perkataan "ALLAH"

Aku kurang pasti samada yang melukis didinding dalam Surau Al-Badar, bersebelahan dengan pondok PEKIDA kawasan Lembah Pantai ini terlalu taksub atau sudah gila.

Logo 1Malaysia tertera pada halaman Surah Al Mulk.

Huruf ‘alif’ pada satu asma’ Allah digantikan dengan logo 1Malaysia, yang diakui oleh Najib sebagai idea beliau padahal ianya diciplak dari 1Israel.


Nak dikatakan kerja budak-budak nakal tak mungkin kerana ianya dilukis dengan teliti di dalam sebuah surau.

Pasti ianya memakan masa untuk dilukis, jadi mana sempat budak-budak nakal nak melukis sebegitu cantik..

Yang hairannya tidak ada pihak yang menegur kerja gila itu..

Nak jatuhkan hukum.. aku pun kurang ariff.. jadi korang klik pada imej di bawah dan lihat apa hukumnya menggantikan Huruf ‘alif’ pada satu asma’ Allah digantikan dengan logo 1Malaysia..

Yang ni aku ambil dari AmenoWorld



Aku yakin puak-puak yang melukis tu, kalau kita kutuk Najib didepan mereka gerenti kena belasah punyalah..

Nak bodekpun agak-agak lah sedara...

-ASD / GB

12 comments:
Write comments
  1. kerja sapa la nie??? pencetak tak bertauliah kot yang buat..

    ReplyDelete
  2. Agama dan politik janganlah dikaitkan.

    ReplyDelete
  3. Inilah jadinya bila terlalu taksub dan mengagung-agungkan seseorang pemimpin hingga akidah di ketepikan.

    ReplyDelete
  4. Inilah kerja-kerja orang malaikat UMNO

    ReplyDelete
  5. Terlalu taksub dengan logo 1 Malaysia. mungkin ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuat logo ini di dinding surau.

    ReplyDelete
  6. kalau tiada tindakan, maknanya tiada masalah la tu.

    ReplyDelete
  7. tidak patut lukisan seperti ini dibuat.

    ReplyDelete
  8. 1 Malaysia tidak patut dikaitankan dengan tulisan Agama.

    ReplyDelete
  9. Itu namanya kretif. Rakyat Malaysiakan semuanya kretif dan inovatif.

    ReplyDelete
  10. Saya tidak melihat ini satu perbuatan yang salah, sedangkan tidak ada yang menghalang agar perkara seperti ini tidak boleh dilakukan.

    ReplyDelete
  11. Tapi apapun jangan contohi perbuatan ini. Ada banyak benda lagi yang boleh dilukis menggunakan logo 1Malaysia. Janganlah libatkan keagamaan.

    ReplyDelete
  12. umno buat kerja itu supaya mereka dapat kritikan, cacian dan kutukan dari rakyat?? atau mungkin pihak lawan yang buat dengan harapan semua rakyat menuding jari kepada empunya logo??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.