Sunday, March 25, 2012

Pilihanraya Hampir Pasti Bulan Jun 2012

Keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah memberi tanda bahawa pilihan raya umum sudah dekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu memenangi pilihan raya umum akan datang dan mengekalkan pemerintahan.

“Saya rasa-rasalah dan bila sudah ada rasa, bunyinya sudah dekatlah tu (pilihan raya umum),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Rumah Mampu Milik Berkualiti Tinggi di Taman Intan Duyung dekat sini semalam.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Penyelaras BN Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad serta beberapa menteri kabinet dan pemimpin parti komponen BN.

Najib memberitahu, bagi memastikan BN memenangi semua kerusi, calon yang diletakkan hendaklah yang boleh memenangkan parti seperti dibuktikan pada pilihan raya kecil Bagan Pinang dan Hulu Selangor lalu. -kosmo


Najib timbang 3 Jun tarikh PRU13?

SHAH ALAM - Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei atau Jun ini, lapor Bloomberg hari ini.

Dengan memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Salah satu tarikh yang disyorkan ialah 3 Jun, demikian menurut tiga pegawai dipetik laporan portal Bloomberg.

"Kesemua petanda menuju ke arah pilihan raya pada akhir Mei atau awal Jun ini," kata Ong Kian Ming, penganalisis politik dari UCSI.

"Ia adalah masa yang sesuai bagi Najib," katanya.

Kian Ming juga berkata, "jika beliau menunggu lebih lama, skandal-skandal lain akan muncul."

Sehubungan itu katanya, jika keadaan sedemikian wujud, ia sudah pasti akan menjejaskan segala 'suasana mesra' BN yang wujud sekarang, yang antara lain disumbangkan oleh pengagihan bantuan dijanjikan dalam Bajet 2012.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online awal minggu ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada pandangan beliau tempoh yang sesuai yang ada sebelum sesi Parlimen Julai ini ialah dua minggu pertama Mei dan dua minggu kedua Jun.

Penemuan kajian Merdeka Center yang dikeluarkan minggu lalu menyebut populariti Najib telah mengalami peningkatan semula berbanding kedudukan Ogos lalu.

Kajian terbaru firma itu menunjukkan kadar populariti beliau meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus Ogos lalu, selepas ia mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kedudukan tahun 2010.

Kajian Ogos lalu dikendalikan kira-kira sebulan selepas Perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Sejak itu Najib mengumumkan beberapa pembaharuan sosiopolitik.

Populariti Najib, hasil kajian berkala Merdeka Center, telah menurun ke paras 59 peratus pada Ogos lalu selepas mencatat paras paling tinggi iaitu 72 peratus pada Mei 2010.

Populariti 69 peratus kali ini sama dengan paras yang direkodkan pada Mac 2010 iaitu 14 bulan selepas menjadi Perdana Menteri.

Pada Mei 2009, lebih sebulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri yang keenam, populariti Najib adalah sekitar 45 peratus.

Di sebalik peningkatan populariti itu, Najib juga dilihat telah menyelesaikan dua isu besar iaitu skim gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan projek Pusat Fidlot Kebangsaan.

Mandat semasa Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) hanya akan berakhir pada April 2013. -SH

16 comments:
Write comments
  1. Masih banyak isu yang perlu diselesaikan oleh kerajaan yang membabitkan kepentingan rakyat. Di Sabah sendiri, penubuhan RCI masih belum ada respon positif.

    ReplyDelete
  2. Masih ada masa sehingga April 2013. Rakyat jangan terlalu leka meramal sehingga lupa tindakan yang patut dilakukan bagi persediaan untuk menghadapi PRU-13.

    ReplyDelete
  3. Jadi haruslah bersiap sedai dari sekarang.

    ReplyDelete
  4. Pasti gimik2 politik lagi hebat

    ReplyDelete
  5. Politik Di malaysia ni tengok semakin teruk dan memualkan....UMNO/BN seperti sudah kekeringan Isu nak berlawan balik dengan pakatan Rakyat tak habis-habis dengan Isu seks, lucah dan liwat yang memualkan tu......mereka ingat rakyat dungu dan bodoh untuk menilai mainan politik kotor mereka yang lapok itu....maka sebab itu di karah beberapa pencacai yang kerjanya memang nak cari makan dan sanggup menjilat apa saja asalkan dihidangkan dengan wang dan kuasa serta kemewahan......

    ReplyDelete
  6. Inilah masalahnya di Malaysia. PRU 13 dah tak lama jadi pelbagai strategi perang saraf sedang di susun untuk memeriahkan lagi PRU 13 sedangkan terlalu banyak kelemahan dan ketirisan perlu di atasi untuk membuatkan rakyat hidup dengan lebih baik.

    Ini adalah salah satu kesilapan yang di buat di pihak pemerintah. Kenapa perlu dedah itu dan ini sedangkan kes-kes yang telah di dedahkan oleh pembangkang telah memalukan diri sendiri dan mencalit kekotoran kepada parti pemerintah.

    Sepatutnya apa yg perlu di lakukan ialah bekerja kuat tanpa ketirisan & kerosakan untuk mendapatkan kepercayaan rakyat.

    Bukannya hidangan kotor seperti ini setiap hari kepada rakyat kerana rakyat sendiri telah melihat kebejatan serta penyelewengan sepuas mata memandang. Apa yg penting ialah rakyat mahukan taraf kehidupan rakyat menjadi lebih baik dan bukannya kepada taraf kehidupan kroni UMNO yg

    ReplyDelete
  7. Besar kemungkinan selepas Pesta Kaamatan dan Gawai.

    ReplyDelete
  8. Besar kemungkinan selepas Pesta Kaamatan dan Gawai.

    ReplyDelete
  9. Tubuhkan RCI, selesaikan siasatan, bersihkan senarai nama pengundi..barulah adakan PRU13.

    ReplyDelete
  10. Semoga semua parti dan rakyat akan bersiap sedia menghadapi pilihanraya seterusnya bila tarikh PRU diumumkan.

    ReplyDelete
  11. kita tunggu ja pengumuman rasmi dari PM.

    ReplyDelete
  12. isu kat sabah PATI, RASUAH,SALAHGUNA KUASA. Perlu dibanteras seblem PRU13.

    ReplyDelete
  13. Govt come and go! Apa nak dirisau. Rakyat mcm itu juga.

    ReplyDelete
  14. pastikan UMNO/BN tumbang pada PRU13 ini.

    ReplyDelete
  15. Pada bila-bila pun PRU akan diadakan itu tidak penting sebenarnya. Yang penting sekali adalah tanggungjawab kepada rakyat.

    ReplyDelete
  16. kesian pihak yang tidak henti2 membuat ramalan.. sampai sekarang masih cuba meramal bila tarikh pilihanraya.. bila diumumkan nanti, ada pula pihak yang akan buat pengumuman kononnya mahu pilihanraya berasingan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri pembangkang..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.