Friday, March 30, 2012

Adun BN Dapat Satu Hektar, MB Pula ?

Pendedahan dibuat Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endut mengenai wakil rakyat Umno mendapat tanah sesuatu yang mengejutkan. Barang kali perkara itu sudah tidak menjadi isu lagi bagi rakyat Terengganu. Tetapi bagi saya sungguh diluar jangka.

Apa lagi kerajaan UBN selalu mengakui mereka mendahului rakyat daripada kepentingan mereka sendiri.

Dengan pendedahan itu mendedahkan apa jenis sebenarnya kerajaan UBN ini. Jenis jin makan tanahkah?

Rasanya semasa Pas memerintah Terengganu dulu kerajaan Pas Terengganu tidak membahagi-bahagikan faraid kepada sesama sendiri (pemimpin) tetapi membahagikan geran tanah kepada rakyat miskin.

Apa yang berlaku di Terengganu itu tampaknya tidak menunjukkan hakikat itu. Rakyat tidak didahulukan tetapi wakil rakyat yang diutamakan. Untuk permulaan beliau mendedahkan lima orang wakil rakyat yang menerima tanah setiap seorang seluas satu hektar. Menurutnya bukan saja setakat lima wakil rakyat diberi tanah tetapi ramai lagi.

Antara wakil rakyat yang didedahkan mendapat habuah tanah, Ahli Parlimen Besut, Dr Abdullah Muhammad Zin. Dia dikurniakan tanah seluas satu hektar di kawasan Dendong, Mukim Tembila, Besut tanah nombor No. Lot PT6964.

Adun Jertih, Idris Jusoh bekas MB Terengganu beliau juga mendapat habuan tanah di kawasan sama tanah lot nombor PT6902.

Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad, juga mendapat tanah dilokasi sama di atas lot nombor PT6904 yang keluasannya 1 hektar.

Dua lagi ialah Muhammad Pehimi Yusoh iaitu Adun Kota Putera juga di kawasan sama, keluasan satu hektar dengan No. Lot PT6903.

Seorang lagi Adun Batu Rakit, Karzan Che Mat. Tanah itu di kawasan Mengabang Bakong, Mukim Batu Rakit, Setiu. Keluasan tanah 0.9965 hektar, lot bernombor PT30794.

Pendedahan itu menimbul persepsi buruk terhadap kerajaan oleh rakyat. Mungkin ada yang berangggapan kalau wakil rakyat biasa mendapat satu hektar, bagaimana pula dengan para Ecxo? Mungkin jumlahnya dan nilai tanah lebih baik lagi. Memalukan kalau Idris Jusoh yang dikenali sudah bangasawan juga diberi tanah.

Tentu rakyat akan bertanya dan beranggapan kalau wakil rakyat biasa tentulah Exco diberi habuan tanah 10 hektar. Kalau begitu berapa hektar pula untuk menteri besar? Mustahil MB tidak mendapat apa-apa habuan dan setaraf dengan kedudukannya tentu tanah yang diberikan kepada MB lebih banyak dan tanah yang lebih bernilai dari itu.

Menurut Wahid beliau akan membawa kes itu ke sidang Dewan Undangan Terengganu akan datang. Sama-sama kita tunggu apakah penjelasan Mat Said nanti? Jangan belia mengelak atau mencari helah untuk tidak menjawabnya. Beliau juga kena jujur berapa hektar untuk beliau sendiri?

Adalah baik setelah pemberian tanah itu yang tentu menyakitkan hati rakyat didedahkan, semua wakil rakyat yang mendapat habuan itu memulangkan semula tanah itu kepada kerajaan untuk diberikan kepada ribuan rakyat Terengganu yang masih tidak bertanah dan membangun rumah atas tanah-tanah rezab kerajaan di simpang-simpangan jalan.

Kalau pun tidak mahu dikembalikan kerana tanah itu mungkin sudah diusakan atau dibangunkan istana dan banglo kerajaan hendaklah menilai tanah itu mengikut nilaian semasa dan wakil rakyat itu perlu membayarnya.

Apa difahamkan dalam jawaban MB Terengganu pemberian habuan itu ialah kepada mereka - (wakil rakyat) yang tidak akan dicalonkan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Apakah ini menjadi amalan kerajaan Terengganu memberi tanah kepada wakil rakyat-wakil rakyat yang tidak lagi dicalonkan? Kalau benar begitu apakah kerajaan Terengganu (BN) sudah dapat memastikan bahawa Idris Jusoh tidak akan dicalonkan manakala beliau sendiri sudah mengesahkan akan dicalonkan?

-http://msomelayu.blogspot.com/

18 comments:
Write comments
  1. Adakah tanah itu diberikan untuk apapa tujuan yang ditetapkan seperti kegunaan sendiri ataupun demi rakyat?

    ReplyDelete
  2. Diharapkan isu ini akan disiasat terlebih dahulu untuk mengetahui tujuan Adun diberikan tanah ini.

    ReplyDelete
  3. Untungnya jika diberikan tanah jika jadi ahli politik. Mungkin lepas ni banyak rakyat yang mahu jadi ahli politik.

    ReplyDelete
  4. Kita tunggu apa penjelasan yang akan diberi.

    ReplyDelete
  5. Memang ramai pemimpin yang dikatakan terlibat dengan rasuah sekarang ni. Lebih pentingkan poket sendiri daripada rakyat.

    ReplyDelete
  6. Wajarlah jika setiap pemimpin mengisytiharkan harta2 mereka untuk elakkan kes2 seperti ini berlaku. kita ingin tahu sejauh mana ketelusan mereka dalam menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  7. Betulkah apa yang dikatakan? Siasat sebelum menuduh.

    ReplyDelete
  8. Ada sesetengan benda yang kita tidak tahu tetapi orang lain andaikan begitu, namun itu semua tidak ada kebenaranya.

    ReplyDelete
  9. Jika benar tuduhan ini, pasti ada yang telah melakukan penyelewengan namun tidak mendapt kebenaran dari pihak atasan. Pastikan mereka mendapat hukuman yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  10. pemberian tanah tersebut harus diperjelaskan agar tidak timbul salah faham.

    ReplyDelete
  11. rakyat perlu didahulukan.

    ReplyDelete
  12. Betul ka?? Atau mainan pembangkang saja.

    ReplyDelete
  13. Mungkin dorang beli tanah tu?biasalah gaji adun & mp ni kira besar juga, so mampu beli tanah??

    ReplyDelete
  14. Betulkah diberikan tanah? Rasanya ada sebab juga diberikan kalau benar pun.

    ReplyDelete
  15. Bayaran bulan-bulan kali tu tanah. Bukan kena bagi begitu saja.

    ReplyDelete
  16. bukan Pas ka yang rampas tanah penduduk di Kedah dan Kelantan?? ada banyak protes di kedua2 negeri itu tapi sengaja disenyapkan oleh kerajaan Pas..

    ReplyDelete
  17. TAWARAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI MENTERI BESAR KELANTAN 2012

    Kerajaan Wahyu Ilahi mempelawa mana-mana rakyat yang berminat untuk mengisi jawatan seperti yang tertera di atas: antaranya,
    a. Boleh berkomunikasi dengan tuhan (menentu tempat bertanding).
    b. Bijak memutar belit firman Allah. (ingat- tuhan pun mencarut-marut)
    c. Boleh memanggil malaikat (itu sb PAS sts menang di Kelantan wp org susah mengeluh).
    d. Boleh berkawan dengan syaitan, asal dendam kesumat tercapai.
    e. Sentiasa sanggup `berzina` dangan kafir DAP dan `diliwat` pelbagai cara oleh PKR (PR dan sts enggan bermuzakarah dengan UMNO).
    f. Tak perlu bersekolah Tahun Satu pun di Malaysia. Memadai di Pakistan, India @ Lughatul Arabiah shj. Tak perlu belajar sains @ matematik.
    g. Tak perlu lulus SPM dan lulus ujian lisan BM diperingkat SPM.
    h. Pandai bangangkan pengundi Kelantan dengan ancaman pahala dan dosa!
    i. Bijak memundurkan Kelantan (cth - ajak rakyat fokus subsidi minyak..wp jambatan `meme` sentiaso dibakar).nak memajukan negeri hanya memerlukan ihsan org lain& air liur sj.
    j. Pandai memujuk & memanggil pejuang2 di Selatan Thailand yang memiliki 2 kerakyatan turun mengundi setiap kali PRU di Kelantan atas nama fisabilillah.
    k. Mempunyai pelbagai teknik & mengajak rakyat Kelantan sentiasa anti UMNO.
    l. Gedebe/ riak; putar belit; hasad; pengecewa; bodoh sombong; hati sentiasa busuk; pendendam, bangang matematik tambahan.. amat dialu2kan.
    m. Pandai tunjuk sentiasa beribadat/ rapat dengan tuhan pada rakyat Kelantan.
    n. Sentiasa menang cakap ( mace Pertandinge Dikir Barat).
    o. Pandai berceramah& berjanji .. berjanji..berjanji.. kemudian buat2 lupa aje..pandai tuding adalah satu kemestian!
    p. Sokong kewujudan Israel, LGBT, Irshad Manji, secara putar belit.
    q. Pandai beralasan dengan tuhan demi merealisasi impian @ dendam.


    Syarat2 lain:
    a. Buta, pekak, bisu, tuli pun tidak mengapa kerana ahli dan muslimah2 PAS (yang dimental block dgn syurga) tetap akan bersama anda!
    b. Sanggup tunjuk `semaye` di rumput depan rakyat Kelantan atau di luar Kelantan.
    c. Pandai memenangi redha pengundi dari redha Illahi.
    d. Pandai perasankan diri bahawa perjuangan Islam hanya berjaya dibawa oleh PAS! Hanya PAS sahaja akan masuk syurga. Negara2 lain yang tiada parti PAS - gagal dapat pahala & masuk syurga.


    Benefit :
    1. Disayangi rakyat Kelantan.
    2. Tak akan ditegur terutama oleh institusi lebih tinggi dari politik seperti Kehakiman, Raja2, mahupun golongan ulama.
    3. Dapat keahlian seumur hidup sebagai jemaah si pening lalat yang mental block.
    4. Pencen yang amat lumayan ( 1 term, dpt pencen RM3000, 5 term? 5 term sbg ADUN lagi?).
    5. Berjaya mundurkan negeri Kelantan. Tuding jari aje pada orang lain! (Tak caye? Moh kita tengok Klate lerr nih!!!? 2012 Bandingkan air/ jalan raya sahaja dgn Teganu/ Johor/ Melaka.. )
    6. Org yg jahat keluar dari Klate! .. Yg miskin dan hina - Cari kerja dengan Kerajaan Pusat dan bawa masalah di negeri lain! ... Yg gedebe dok terus di Klate!! .. Balik undi PAS untuk tunjuk baik & masuk Syurga bersama tok guru sekeluarga/ se kroninya.
    7. BN buat, terima/ pegang jwtn – disumpah!! tapi jika anak2, menantu, sedare, kroni pegang jwtn cpt2 hukumkan ia adalah harus dan fardu kifayah!
    8. Kerajaan Pusat takut tangkap pejuang PAS, kerana setiap org yg berpolitik adalah sts betul (amat dipuja oleh penyokong2).

    * kena pegang jawatan ini sampai mati! Biarkan negeri Kelantan keseluruhannya sentiasa ketinggalan akibat membuat keputusan yang amat tepat ini. Gedebe2 & muslimah ini terlebih pandai wp hampir semuanya makan gaji dengan kerajaan pusat! Tak boleh ditegur..cepat melenting! Alahh, biarkan.. biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya!!

    ReplyDelete
  18. Prestasi Kewangan Negeri Sabah Kekal Cemerlang

    Selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan, sumber dan perbelanjaan kewangan negeri Sabah sentiasa diurus secara berhemat, berkesan dan efisien. Ketua Audit Negara telah mengiktiraf negeri Sabah sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai rekod terbaik dalam pengurusan kewangan. Dengan kecemerlangan ini, bagi tahun 2011, negeri Sabah sekali lagi telah dianugerahkan “Sijil Tanpa Teguran” (Clean Bill) yang menjadikan penganugerahan ini mencatatkan rekod selama 12 tahun berturut-turut.

    Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Khazanah itu termasuklah bahan mineral, biodiversiti tanah pertanian dan warisan budaya yang merupakan asas atau tulang belakang terhadap pertumbuhan ekonomi negeri ini. Dengan mengambilkira kekayaan berkenaan serta kedudukan fiskal negeri yang mantap serta kapasiti untuk melaras kutipan hasil negeri, RAM Rating Services Berhad sekali lagi telah memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut. Manakala, untuk pengurusan dan proses bajet negeri yang teratur dan mematuhi peraturan, Moody International pada tahun 2012 ini telah sekali lagi memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.