Thursday, March 22, 2012

Hasan Ali tikam lidah dengan ADUN PAS


Ahli PAS yang dipecat Datuk Hasan Ali (Gombak Setia-Bebas) hari ini memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat Bebas di dewan undangan negeri Selangor dengan membidas bekas rakan-rakan partinya semasa perbahasan titah diraja.

Sasaran pertama beliau adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman (Meru-PAS), yang semalam menyelar Hasan kerana tidak hadir pada Majlis Santapan Diraja, semalam.

NONEApabila Abdul Rani cuba mencelah dengan soalan yang berkaitan dengan kes murtad, Hasan cuba mengelakkan dirinya daripada menjawab.

Sebaliknya beliau menyelar Abdul Rani kerana menyerang peribadinya dengan mengatakan bahawa bidasan ke atas beliau itu tidak mencerminkan kebijaksanaan yang seharusnya dimiliki oleh seorang ADUN.

"Saya juga pernah jadi ahli parlimen. Kadang-kadang menteri tidak menghadiri sidang Parlimen kerana mempunyai beberapa perkara lain yang mendesak. Adakah itu bermakna mereka tidak menghormati Dewan Rakyat?"

"Meru hanya menyerang peribadi saya semata-mata kerana beliau tidak dilantik sebagai exco (Selangor) selepas saya telah digugurkan.

"Beliau harus berjumpa dengan seorang pakar psikologi untuk mengubati masalahnya," katanya sambil disambut dengan tepukan oleh ADUN BN.

Berang dengan kata-kata Hasan itu, Abdul Rani sekali lagi mencelah dan menuntut Hasan menarik balik kata-katanya.

"Saya seorang doktor profesional, awak bukan. Saya tahu saya tidak perlu seorang pakar psikologi," katanya.

Hasan membalasi: "Apa masalah awak? Jumpa psikologi bukan perkara yang tidak baikbagi semua orang.” -MK

12 comments:
Write comments
  1. Apakah yang lebih memalukan apabila dua orang Islam yg telah akil baligh malah hampir memasuki zon warga emas bergaduh didepan khalayak pasal isu yg remeh ? Oh Meru jgnlah dilayan Gombak tak Setia tu...

    ReplyDelete
  2. Ahli-ahli PAS tak perlu layan sangat HA ni, tak perlu ikut lenggok dia. Dia dalam kekalutan, dalam kekabutan, dalam kekaburan... Kesian dia. Ikutilah Al-Quran, Sunnah Rasulullah dan ijmak pemimpin-pemimpin tertinggi PAS... Semoga Allah merahmati perjuangan menegakkan Islam di Malaysia.

    ReplyDelete
  3. kalau itu orang mau tunjuk jantan, ajak dia mai bertanding lagi sekali dlm PRU nanti kat Parit buntar, calon bebas ...kita nak ajar dia biak hilang deposit....sah dia kalah dan malu dan akan terjun Kat sungai titi Serong, kalau dak pun kena benam kat sg kerian....

    ReplyDelete
  4. Alahai HA...berhenti daripada membadutkan diri anda.

    ReplyDelete
  5. Tidak sabar mahu tengok

    ReplyDelete
  6. mereka harus ada sikap profesional.

    ReplyDelete
  7. Nampaknya kalau belum keluar PR berita sebigini akan disapu kebawah karpat. Bagi pengetahuan rakyat amat baik jika bolih dedah perbelanjaan semua Exco. Rakyat undi PR kerana hendak perubahan dan bukan hanya ubah nama sahaja. Perubahan regime yang kami mahu.

    ReplyDelete
  8. kemana akidah nak bawa yb mat kayu jati !!! kemanakah duit rakyat kamu belasah.. !!! ALHAMDULLILAH PAS MEMECAT HASSAN ALI BUKAN TANPA SEBAB !!! BUKAN KERANA HASUTAN TETEPI NATANG HASAN BERKETURUNAN UMNONGOK ... DIALAH PELESIT YG ASLI LAGI ORII.......!!!!!!

    ReplyDelete
  9. Hasan Ali belanja RM300k ubah suai pejabat

    ReplyDelete
  10. Masa masih dalam PR, tak didedahkan sbb nanti kata PR salah guna kuasa..tp yg nampak bodohnya BN sbb jadikan dia kroni..so bila dah kuar dari PR, barulah bocorkan rahsia nie..adoyai kenalah menjawab siapa yang luluskan peruntukan tue..huhu apa pon x bley.. Hasan Ali belanja RM300k ubah suai pejabat

    ReplyDelete
  11. Hasan Ali jika ada kebenaran pasti akan dibantu. Teruskan usaha membantu rakyat.

    ReplyDelete
  12. dengan bangga dan egonya dia kata "Saya seorang doktor profesional, awak bukan. Saya tahu saya tidak perlu seorang pakar psikologi,".. inilah ciri2 pemimpin2 Pakatan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.