Tuesday, March 27, 2012

Rumah Mawi Pula Kena Rompak

Kediaman juara Akademi Fantasia musim ke-3, Mawi yang terletak di Bandar Baru Bangi dirompak, awal pagi tadi.

Gambar: PENYANYI Mawi atau nama sebenar Asmawi Ani menceritakan pengalaman beliau dan ahli keluarganya diikat dan diacu parang ketika rumahnya di Bangi Golf Resort, dipecah masuk perompak, awal pagi tadi. - Foto Afendi Mohamed

Dalam kejadian itu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 31, sedang berada di rumah bersama isteri, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 32, bersama anak dan ibu mertuanya.

Ekin ketika ini masih berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Cahaya Malaika, 28 Februari lalu.

Dalam insiden itu, Mawi dan ahli keluarganya diikat sebelum perompak berjaya melarikan barangan bernilai lebih RM10,000. -BH

7 comments:
Write comments
  1. Nasib baik tiada nyawa yang terkorban ataupun kecederaan yang serius. Semoga pihak polis boleh memberkas penyamun yang terlibat dalam kes ini.

    ReplyDelete
  2. Kejadian jenayah rompakan sekarang semakin menjadi2. Harap semua sentiasa berwaspada dan berhati2 sentiasa.

    ReplyDelete
  3. Kena tingkatkan sistem keselamatan di rumah.

    ReplyDelete
  4. Polis peronda harus kerap melakukan rondaan di tempat2 yang sering menjadi kes2 rompakan.

    ReplyDelete
  5. mujurlah dalam rompakan tersebut mereka tidak diapa-apakan.

    ReplyDelete
  6. Apa pun yang penting anak dan keluarga selamat.

    ReplyDelete
  7. ada banyak alat2 untuk keselamatan rumah dijual dipasaran sekarang..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.