Saturday, March 31, 2012

Restoran ‘Dangdut Rimba’ Disita

Jabatan Perhutanan Selangor hari ini mengambil tindakan menyita sebuah restoran di Batu 12 3/4 yang didakwa menjalankan aktiviti tarian ‘dangdut rimba’ sebagai salah satu ‘menu’ penarik pelanggan.

Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Hutan, Mohd Yussainy Md Yusop, tindakan itu diambil bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan itu.

“Tindakan kita pada petang ini ialah untuk memberi respon serta merta ke atas satu aktiviti pendudukan tanpa kebenaran dalam Hutan Simpan Hulu Gombak yang disiarkan di sebuah akhbar nasional.

“Jadi, hari ini Jabatan Hutan seramai 30 anggota telah hadir ke kawasan ini untuk kita buat sitaan dan kita membuka semua struktur sementara yang dibangunkan,” ujar Hussainy.

Operasi petang tadi menyaksikan tiga buah khemah tidak kekal dan dua buah khemah besar disita bersama-sama dengan peralatan perniagaan.

Beliau menjelaskan, tindakan tersebut juga merupakan satu proses siasatan di bawah Seksyen 32 iaitu menduduki tanpa kebenaran dan permit penggunaan menurut Akta Perhutanan Negara 1984.

“Jika disabit kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga RM50, 000 atau penjara antara satu hingga lima tahun,” tambah Yussainy sambil memberitahu kebanyakan pusat rekreasi di kawasan berkenaan dijalankan tanpa kebenaran.

Satu laporan penuh akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Selangoruntuk diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Exco mengenai tindakan dan langkah untuk menangani masalah tersebut.

Sementara itu, pengusaha restoran terbabit, Mohamad Asri Md Nur,38, menyangkal dakwaan akhbar berkenaan yang disifatkan sebagai fitnah semata-mata.

“Apabila jadi perkara begini atas dasar satu fitnah yang tidak berlaku pun, tidak apalah, saya pasti ada hikmahnya,” ujar Asri sambil menafikan restorannya menjalankan aktiviti tarian sebaliknya sekadar perkhidmatan karaoke.

Asri juga memberitahu, restoran berkenaan baru beroperasi selama tiga bulan dan menjalankan operasi perniagaan selepas waktu Isyak dan menutup operasi sekitar 1 pagi.

Sebelum ini tapak rekreasi yang berkeluasan 10 ekar itu menjalankan operasi kem motivasi. -selangorku

11 comments:
Write comments
  1. Harap Jabatan Perhutanan akan membuat penyiasatan yang lanjut terhadap Restoran Rimba ini. Jika Restoran ini betul-betul beroperasi tanpa permit, tindakan undang-undang yang tegas perlulah diambil terhadap mereka iaitu denda RM50,000 dan Penjara 1 hingga 5 tahun.

    ReplyDelete
  2. Semoga perkara ini akan disiasat dan dinilai dengan adil dan telus oleh kerajaan Selangor supaya tindakan yang betul akan diambil terhadap kes ini.

    ReplyDelete
  3. Hanya disebabkan kawasan ini berada jauh di hutan simpan jangan harap kegiatan2 yang menlanggar undang2 tidak dapat dihidu oleh pihak2 berkuasa.

    ReplyDelete
  4. Bila sudah ada karaoke, tariannya pun automatik akan ada.

    ReplyDelete
  5. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.

    ReplyDelete
  6. kegiatan2 tidak bermoral mcm ini perlu dibanteras.

    ReplyDelete
  7. Dangdut rimba bunyi macam ganas..mesti ramai customers.

    ReplyDelete
  8. Akhirnya dikesan juga.

    ReplyDelete
  9. Ada juga pengunjung datang ketempat seperti ini.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas laporan dan aduan dari penduduk kampung mengenai resort dalam hutang simpan ini.

    ReplyDelete
  11. samada laporan media itu fitnah atau tidak, beri saja laluan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.