Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin.
"Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.
Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.
Memetik rekod kewangan 2008 dan seterusnya yang mempamerkan peningkatan hutang dari tahun ke tahun, Saifuddin mendakwa bahawa trend peningkatan hutang akan menyaksikan negara berhutang sehingga 100 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Had kami adalah pada 55 peratus. Jika kita tidak cecah 55 peratus, maka kita tidak akan capai100 peratus," kata Awang Adek sambil menambah sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, mereka tidak akan membenarkan perbelanjaan dan pinjaman melebihi had yang ditetapkan. -MK
Thursday, March 22, 2012
Hutang negara kini pada paras 53% KDNK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bodoh punya menteri, takkan nak tunggu 55% baru nak bimbang.
ReplyDeleteOiii! awang adik san (panggilan jepun da!), x ditahap kritikal atau membimbangkan? Yg kritikal tu bila negara BANGKRAP teruslah, ek! Ada ker dia cakap mcm tu. Ok, cuba tgk realiti yg berlaku. Realiti yg berlaku adalah, hutang negara meningkat berterusan, & defisit jugak terus meningkat. Klau dah berterusan meningkat & x turun2, apa maknanya? NAK BANGKRAP LA klau terus ditadbir oleh bn. Tgk apa awk kata, pada paras 53 %, 2 % dari tahap pinjaman yg dibenarkan oleh perlembagaan. 2 % peratus tu DEKAT lagi ke atau jauh lagi dipandangan mata awk? Nak ampu pun agak2 la awg adik. Pendek citer, tumbangkan umno/bn dlm PRU13 demi menyelamatkan negara!!...
ReplyDeletekalau rasuah dapat diminimumkan atau dihapuskan, hutang negara akan menurun.... bandingkan keadaan jalanraya2 di singapura dan brunei dengan jalanraya2 di malaysia yang kebanyakannya berlubang2, dll .. ciplak punya budaya kerja atau bahan binaan yang kurang bermutu digunakan? di singapura dan brunei, tiada orang berani tampalkan iklan2 yang tiada permit di merata2 tempat, manakala di malaysia, iklan2/poster2 ditampalkan di merata2 tempat dengan nombor telefon seolah-olah tiada penguatkuasaan undang2, dll.... Di Singapura dan Brunei, pendatang2 tanpa izin/ tiada "work permit" sangat kurang berbanding dengan malaysia yang ada berjuta2 pendatang tanpa izin? penguatkuasaan undang2 yang tak ketat atau kerana rasuah, jadi mereka ni tak takut masuk ke malaysia tanpa izin? sampah sarap dibuang sesuka hati tanpa tindakan/denda dikenakan yang menjadikan msia sangat kotor berbanding dengan singapura/brunei? hutang negara menjadikan nilai ringgit jauh lebih rendah berbanding dengan dollar singapura/brunei (S$1 atau B$1 =RM2.4++)? untuk mengurangkan/mengatasi masalah hutang negara malah masalah negara, usaha/tindakan mesti dilaksanakan/diambil dengan bersungguh-sungguh dan segera untuk membasmi rasuah....sekian!
ReplyDeleteni si awang adek ni bodoh ke pandai ni..limit hutang is 55% - hutang sekarang is 53% = 2%...2% bukan 200% woi..bile2 masa je boleh capai 2% tu..cubelah ceritakan perkara yg sebenar kalo hutang negara tu mencecah 55%..yg faham ekonomi je yg tau..yg tak faham mmg takkan tau..so janganla cuba nak perbodohkan rakyat2 yg faham..bangang!!! mcm mana jd menteri pun aku tak tau la...
ReplyDeleteJadi adakah kita mahu berbangga dengan hutang 53% itu? Jika ianya di bawah paras 30%, lain ceritalah. Hutang negara sepatutnya berada di paras seminimum yang mungkin. Kewangan negara perlu dirancang dengan lebih baik.
ReplyDeletebangang punya menteri
ReplyDeletePengurusan kewangan perlu dilakukan dengan baik. Perbelanjaan dan pinjaman perlu terkawal.
ReplyDeleteMana negara pun memang ada hutang. Yang penting harus konsisten bayar.
ReplyDeletepengurusan ekonomi negara kenalah sistematik dan pastikan paras hutang dpt dikurangkan.
ReplyDeletementeri UMNO memang 'bengong matematik'!
ReplyDeletetakkan nak tunggu sampai cecah margin! bukan begitu ka LAW.
Awang Adek ni bercakap di Tadika mana? Dia ni jadi kerani MOF pun tak layak...
ReplyDeletehahaha.. bodoh bertingkat punya menteri.. org macam nih ke korang lantik uruk ekonomi negara.. patut la jahanam
ReplyDelete"Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.
Inilah bakal Menteri Besar Kelantan! Lulusan sekolah tadika punya menteri. Patutlah pak Jib lantik dia jadi Timbalan Menteri Kewangan supaya senang sikit Pak Jib kelentong bila kak Mah minta wang hahahahaha
ReplyDelete55% tahap kritikal...Sekarang 53% sudah???Tinggal 2% saja lagi itu. Kalau terus begini tidak akan tindakkan susulan untuk menyelesaikan pasti akan menjatuhkan ekonomi kita.
ReplyDeleteSetiap perancangan pasti ada pelan lain. Pastinya ada rancangan lain yang akan digunakan jika pelan yang sedia ada tidak sesuai untuk digunakan.
ReplyDeleteSebelum keadaan bertambah teruk harus ada jalan untuk mengelak daripada ianya berlaku.
ReplyDeleteBukan senang untuk menjelaskan sesuatu kepada orang lain. Kerajaan tidak akan melakukan sesuatu yang dapat memudaratkan keadaan negara.
ReplyDeleteada apa2 jaminan bahawa paras 53% itu akan turun??
ReplyDelete