Pada 26 hb MAC 2012, lebih kurang jam 5 petang, kereta saya parking dilanggar lori. Tiba-tiba seorang pegawai polis trafik bernama Sarjan Izime yang bertugas pada masa itu datang dan memberi arahan supaya saya membaiki sendiri kereta saya samada dari insuran atau duit sendiri tanpa dipanggil pihak yang melanggar kereta saya itu.
Hendak membuat laporan pada masa itu, pegawai berkenaan memberi tempoh pada hari esok dan berjanji akan menghubungi saya pada bila-bila masa berkenaan dengan kes saya ini tetapi semasa itu juga, pegawai berkenaan menerima laporan daripada pihak yang melanggar kereta saya itu. saya amat kesal dan terkilan dengan sikap seorang pegawai polis yang menguat kuasa undang2, bersikap sedemikian kepada saya yang mengharapkan keadilan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh saya.!
Saya berharap pada semua pegawai atasan mengambil perhatian dan tindakan sedemikian supaya perkara ini tidak akan berlaku di masa hadapan. Sehingga ke hari ini, beliau masih belum lagi menghubungi saya berkenaan kes ini dan sehingga hari ini juga saya tidak membuat laporan kerana menunggu panggilan dari pegawai berkenaan.
-Mohd Jamidi Hj Abd Rahman
Wednesday, March 28, 2012
Tidak Puas Hati Layan Pihak Polis Trafik Daerah Semporna
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap pihak atasan akan mengambil perhatian terhadap laporan pemandu ini. Mungkin pegawai ini bukanlah polis trafik yang sebenarnya, pemandu tersebut seharausnya melaporkan polis jika berlakunya perkara seperti ini.
ReplyDeleteCubalah menyiasat Sarjan Izime ini untuk membuktikan kesahihan laporan ini, beliau juga perlulah membuat penjelasan mengenai isu ini.
ReplyDeleteBuat saja macam prosedur biasa bila kemalangan seperti ini berlaku. Tidak payah tunggu sarjan itu.
ReplyDeletesebagai polis dia kena laksanakan tanggungjawabnya dgn baik.
ReplyDeletenampaknya makan gaji buta jer sarjan ni.. dah lupa apa tugas yang diamanahkan terhadap polis?
ReplyDeletePolis tu sudah ambil duit dari driver lori
ReplyDeleteSarjan wang la katakan
ReplyDeleteIni sememangnya tidak patut berlaku.
ReplyDeleteTindakkan pihak polis ini sememangnya tidak patut. Apa guna undang-undang yang ada. Seharusnya pihak polis menegakkan keadilan.
ReplyDeletePolis itu harus memberi penjelasan kepada tindakan yang dilakukan oleh beliau.
ReplyDeleteApa yang dilakukan oleh polis itu adalah salah.
ReplyDeleteSiasat perkara ini dan dapatkan penjelasan dari polis tersebut.
ReplyDeleteKita harap pihak polis membetulkan kesilapan ini. Laksanakan tanggungjawab sebagai seorang anfgota polis.
ReplyDeletetidak payah la tunggu panggilan.. pergi saja balai dan terus buat laporan.. macam mana mahu tuntut insuran kalau tidak buat laporan?? lagi pun pihak yang melanggar sudah buat laporan.. sepatutnya sudah tidak ada masalah..
ReplyDelete