Hanya lima Ketua Wanita Umno negeri – Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah – yang mempertahankan kedudukan Dato’ Shahrizat Jalil sebagai Ketua Wanita Umno Malaysia, ekoran desakan Naib Ketua Wanitanya, Dato’ Kamilia Ibrahim yang mahu Shahrizat melepaskan jawatannya sebagai Ketua Wanita.
Mereka menegaskan Shahrizat – yang mengumumkan akan berundur dari jawatan menteri pada 11 Mac lalu - telah dipilih oleh perwakilan Wanita dalam pemilihan parti, bukan pelantikan daripada Presiden Dato’ Seri Najib Razak atau Kamilia sendiri.
Mereka yang menganggotai kepimpinan Wanita pusat – juga “terkejut, hairan dan tidak tahu motif sebenar” mengapa Kamilia mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
“Siapa dia (Kamilia) suruh Shahrizat lepas jawatan. Beliau menang bertanding (jawatan ketua Wanita).
“Kita pusing seluruh negara, ramai wanita keluar (memberi sokongan) kepada per dana menteri dan Dato’ Shahrizat...
Kalau dia (Kamilia) tak sabar, berlawanlah (nanti),” tegas Ketua Wanita Umno Pahang Dato’ Rosni Zahari.
Akhbar The Star 22 Mac lalu, melaporkan Kamilia menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan. Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi “susah nak kerja” berikutan isu National Feedlot Corporation (NFC) dikaitkan dengannya.
-DD
Sunday, March 25, 2012
Hanya lima ketua wanita pertahan Shahrizat?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Betul tu statement tu cuma dtg dari 5 orang aje. Sebenarnya itu cuma citarasa mereka berlima kerana jawatan ketua wanita umno negeri adalah lantikan ketua umno malaysia dan bukanya dipertandingkan diperingkat negeri. Rata rata wanita umno mau jawatan ketua wanita umno malaysia di lepaskan. Teringat saya masa kapalterbang JAL terhempas di Subang satu ketika dulu.. Menteri Pengangkutan Letak Jawatan. Itu namanya pemimpin politik yg ada maruah.. dan LDP pun dan lama berkubor di Jepun.. Apa pandangan rakyat Malaysia?
ReplyDeleteaku dah agak dah kalau nak menunjuk kan kepuraan wanita mereka mereka ini lah yang menhancur kan parti.......kita toleh kebelakang contoh rafidah aziz dulu macam mane tapi bila TUN bersara apa yang diperkata pada Tun....ini mainan wanita tak ade langsung untuk rakyat dan negara untuk tembolok mereka aje.....bagi aku kamillia tu dan nampak matang nye sebab berkata bergitu...syabas org mcm ni lah yang kite hendakkan berani memberi padangan walau pahit ditelan......
ReplyDeleteDalam UMNO ramai orang kaki bodek. Kalau orang itu masih di atas akan di sanjung setinggi-tingginya kalau sudah di bawah akan di pijak-pijak hingga hancur.
ReplyDeleteNampaknya ramai yang mahu Shahrizat meletakkan semua jawatan yang dipegangnya sekarang hanya kerana isu NFC yang melibatkan suaminya.
ReplyDeleteMungkin Shahrizat perlu fikirkan tentang parti
ReplyDeleteKena ikut cakap PM juga tu.
ReplyDeleteNak letak jawatan apa! Boss dah suruh pertahankan jawatan sehingga ketitisan susu yg terakhir.
ReplyDeleteImej Shahrizat sudah tercalar gara2 isu NFC.
ReplyDeletePunah harapan Kamilia bila Shahrizat masih dikekalkan..hehe
ReplyDeletekeadaan Sharizat makin tenat. nampaknya Sharizat kena keputusan yang terbaik.
ReplyDeleteDato’ Kamilia Ibrahim mungkin ingin dia akan dapat apa yang dia mahu setelah Shahrizat meletak jawatan. Seharusnya dia menyokong ahli dalam parti untuk bersatu dan bersama-sama bejuang tapi ini sebaliknya berlaku.
ReplyDeletecuba kumpulkan semua ahli2 wanita umno dan minta mereka membuat undian.. jika ramai yang mahukan beliau berundur, akur saja la dengan permintaan majoriti..
ReplyDelete