Friday, March 30, 2012

Cendiakawan, Profesional Tak Minat UMNO ..?

Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.

"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka semalam.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.

"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.

Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.

"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.

Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.

Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.- Bernama

21 comments:
Write comments
  1. Sebuah parti perlulah menerima ahli-ahli yang bijaksana dan berpengalaman supaya boleh menjayakan parti tersebut, bila PRU-13, calon yang berkebolehan tinggi perlulah diberikan keutamaan supaya mereka mampu berkhidmat untuk rakyat dengan baik.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan Tun Mahathir bahawa golongan Profesional dan cedik pandai perlulah dipilih untuk mengikuti parti mereka, barulah boleh memajukan parti BN-UMNO. Mereka yang tidak menyumbang kepada parti perlulah diberikan amaran atupun disingkirkan.

    ReplyDelete
  3. Sebab itulah pemimikiran ahli-ahli UMNO makin ke belakang kerana menolak kemasukan orang professional ke dalam UMNO sampai menipu rakyat pun kantoi. Ahli UMNo takut kalau orang professional masuk UMNO peluang mereka tertutup.

    ReplyDelete
  4. UMNgOk mana terima yg pandai2, masakan c melayu palsu bulih jd raja selama 22 tahun???

    ReplyDelete
  5. Kenapa mesti sekat kemasukan golongan cerdik pandai? Bukankah ianya satu kelebihan memiliki orang2 yang mampu beri idea dan lakukan kerja dengan lebih baik? Siapa sebenarnya yang jadi liabiliti kepada parti? Golongan yang pentingkan diri.

    ReplyDelete
  6. UMNO kena belajar daripada kesilapan lalu, PRU12. Jangan bongkak sangat.

    ReplyDelete
  7. sampai bila pun umno tatap bongkak diri..lupa diri..akhirnya makan diri.

    ReplyDelete
  8. kenapa pula golongan profesional dan cerdik pandai disekat untuk menyertai parti UMNO?

    ReplyDelete
  9. Satu kerugian jika UMNO tak menerima keahlian dari golongan profesional dan cerdik pandai. Pasti golongan ini memberi sumbangan yang besar dalam perjuangan parti.

    ReplyDelete
  10. UMNO hanya mahu orang bodoh-bodoh masuk UMNO sebab itu hutang negara meningkat sebab tak tahu mengurus ekonomi negara.

    ReplyDelete
  11. Law betulkah cakap mahathir itu?

    ReplyDelete
  12. kepimpipan UMNO perlu bersikap lebih terbuka dan menerima kemasukan dari golongan profesional. golongan ini pasti dpt memberi byk sumbangan terhdap UMNO.

    ReplyDelete
  13. Mungkin mereka tu minat ikut Pakatan Gay.....

    ReplyDelete
  14. Apa yang akan berlaku, hanya rakyat yang dapat memberi jawapan itu. Jika lebih ramai golongan berpendidikan yang menyertai BN UMNO pasti itu sudah bagus.

    ReplyDelete
  15. Masing2 ada pendapat tersendiri. Tu cuma pandangan dia.

    ReplyDelete
  16. Ramai yang pintar, maka pasti keputusan yang akan dibuat lebih mantap.

    ReplyDelete
  17. Semuanya berada ditangan rakyat untuk menilai.

    ReplyDelete
  18. Golongan profesional & cerdik pandai perlu diterima dengan tangan terbuka oleh UMNO, kerana merekalah yg akan memimpin parti ini pada masa depan...lagipun, mereka adalah aset yg terbaik UMNO boleh simpan...

    ReplyDelete
  19. Mungkin ada kebenaran dengan apa yang Dr M katakan itu.

    ReplyDelete
  20. Rakyat perlu menilai sendiri perkara ini. Yang penting jangan mudah termakan dengah hasutan yang dibuat oleh pembangkang. Kerana itu cuma hasutan politik semata-mata.

    ReplyDelete
  21. patut la kurang doktor tempatan di Malaysia,, rupanya PAS sudah tarik masuk politik..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.