Seorang pembantu Tabika Kemas cedera akibat terjatuh dari motosikalnya selepas diragut di Jalan Kuala Ketil di sini malam kelmarin.
NURUL FATIHAH yang cedera akibat terjatuh dari motosikal selepas beg tangannya diragut di Baling semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, mangsa, Nurul Fatihah Yahya, 20, membonceng motosikal ditunggang rakannya, Nazira Abdul Manan, 21.
Kedua-dua mangsa yang merupakan ahli Puteri UMNO Bahagian Baling dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Kuala Merah di sini selepas menghadiri satu kursus di Alor Setar.
Menurut Nurul Fatihah, dia menyedari seorang lelaki menunggang motosikal menghampiri mereka sebelum menghimpit dan menarik beg tangan yang diletakkan di atas pahanya. -kosmo
Sunday, March 25, 2012
2 Puteri UMNO Jadi Mangsa Peragut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rupanya ada juga yang diragut ketika menunggang motor. harap masalah ragut ini dapat dibanteras.
ReplyDeletebahayanya. mudah2an peragut tu dapat ditangkap.
ReplyDeleteSemakin banyak jenayah ragut. Mereka patut dihukum berat!
ReplyDeleteNasib baik kedua-kedua mangsa selamat.
ReplyDeleteHarap peragut yang terlibat akan diberkas dan dikenakan tindakan undang-undang.
ReplyDeletekegiatan ragut makin menjadi, moga peragut tersebut dpt ditangkap.
ReplyDeleteKenapa peragut ini berlaku sebenarnya?? Inilah yang kita mahu tahu. Harap peragut-peragut diluar sana akan sedar hukuman berat akan dikenakan atas kesalahan tersebut.
ReplyDeletekalau kena ragut, bagi saja apa yang peragut tu minta.. yang penting nyawa selamat.. kemudian buat laporan polis..
ReplyDelete