Kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang melaporkan, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.
"Dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.
"Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya," kata Mohamad.
Beliau menyifatkan kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bersalah adalah kerajaan yang sama sekali tidak bertanggung jawab.
"Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta.
"Itu kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan kepada Tajudin, bolehkah dipercayai isteri dan anak Perdana Menteri tidak dapat apa-apa?
"Bagaimana pula dengan pembesar Umno yang lain serta keluarga mereka? Adakah anak serta menantu perdana-perdana menteri sebelum ini tidak dapat apa-apa?" Mohamad mempersoalkan.
Beliau meminta rakyat berfikir, adakah selepas menang di dalam pilihan raya akan datang, para pemimpin Umno dan kroni-kroni mereka tidak akan berbelanja sesama sendiri dengan lebih ganas lagi selepas menang pilihan raya akan datang.
"Dalam pada hendak menghadapi pilihan raya pun tidak takut langsung dan tidak rasa bersalah sedikit pun kerajaan Umno menggasak RM589 juta untuk kroninya, bayangkan apabila menang pilihan raya nanti," Mohamad mengingatkan.
Pembantaian wang rakyat itu, katanya, belum lagi termasuk pelbagai penyiksaan ke atas rakyat yang dijangka akan "dihempuk" oleh Umno ke tas rakyat seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemotongan pelbagai subsidi seperti subsidi minyak yang pasti diikuti kenaikan harga barang yang mendadak dan meruncing, kenaikan tarif dan palbagai penyiksaan lain.
"Satu-satu pilihan yang ada untuk mengelakkan pembantaian wang rakyat dan penyiksaan itu ialah memastikan Umno dikalahkan dalam pilihan raya akan datang," katanya.
Penyelesaian luar mahkamah yang dicapai oleh Tajudin dengan beberapa GLC itu adalah berikutan persetujuannya untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.
Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.
Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.
-HD
Friday, March 23, 2012
Kroni dapat RM589 juta, rakyat dapat RM500
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
NFC dapat 250 juta, Tajudin dapat 589 juta. Penduduk Malaysia katakan ada 30 Juta kalau 250+589=839 juta ini dibahagikan sama rata pada rakyat Malaysia seorang leh dapat dapat 27 juta lebih dan tiada lah lagi rakyat malaysiaku yang miskin dan tak payah lah lagi TV3 buat rancangan TV3 bersamamu. Selesai masalah kemiskinan dalam negara dalam sekelip mata.
ReplyDeleteUMNO kata kalau kerajaan tanggung semua subsidi kerajaan akan bangkrap. Tapi dalam kes NFC dan Tajudin negara akan kaya raya.
ReplyDeletehahahahaha najib silap... dia yg auta.. rakyat kata duit BR1M tu, bukan duit haram... tapi yg haramnya pemimpin yg menyeleweng duit rakyat untuk besarkan perut anak bini serta kroni mereka...
ReplyDeleteBR1M Rasuah politik lah tu.. bn nak kempen cara lain dah tak boleh, rakyat dah benci,... sebab pemimpin-peminpinya songlap duit rakyat dan negara. cara terbaik huluq RM500.00 TAPI.. Tajuddin Ramli dapat RM589 JUTA.. UNTUK DIA SEORANG.. Nazri dan pemimpin umno yg lain semua dah kaya raya, termasuk mahathir dan anak2nya.. tak tahulah berapa banyak dah sebat duit rakyat.. tu tak kira kroni kroni umno/bn lagi yg merompak wang rakyat.. Hutang negara semakin meningkat... yg peliknya hasil negara banyak tapi hutang semaking meningkat... PENYAMUN BETUL LAH PUAK PUAK NI. YG BODOH PUN UNDI PENYAMUN SEBAB dapat RM500.00.
Anak menteri belasah orng =fakta
ReplyDeleteKerajaan beri BR1m kerana telah mengurus tadbir dgn baik=AUTA
NFC=FAKTA
LYNAS selamat tidak bahaya=AUTA
kerjaan menanggung subsidi tggi=AUTA
PKFZ=fakta
"anjing didahulukan, rakyat lain tahun la"...HIDUP 1tembirangMALAYSIA!!!
ReplyDeleteTindakan Shahrizat mungkin yang terbaik tapi harus difikir juga untuk parti
ReplyDeleteKerajaan sentiasa berusaha untuk membantu rakyat. Bermacam2 program dianjurkan untuk membantu rakyat dari segi sosio ekonomi
ReplyDeleteKerajaan sentiasa berusaha membantu Rakyat umpama dapat 5 sen kroni pula dapat juta-juta ringgit. Kerajaan prihatin katakan!
ReplyDeletepembangkang hnya nak manipulasikan hal ini.
ReplyDeleteBR1M adalah hak rakyat. Nilai itu lebih baik jika dapat ditambah.
ReplyDeleteWhat goes around will comes around.
ReplyDeletelaw ko pun bodoh juga la...
ReplyDeleteyang penting dapat free RM500 kita baguslah sudah.
ReplyDeletekerajaan negeri selangor yang menggunakan dana awam untuk membiayai kos guaman pemimpin parti itu macam mana pula??
ReplyDelete