Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.
Nooranishah (kiri) bersama Faiqah dan Nurul Huda ketika ditahan atas kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.
Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.
Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka. -kosmo
Thursday, March 29, 2012
3 Penari Tiang Cuma Didenda RM25 Seorang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
main tiang denda rm25 jaa...
ReplyDeletemoney laudry rm10juta langsung kes senyap!
Syukurlah kerana cuma disaman 25 ringgit, lain kali jangan ulang lagi.
ReplyDeleteNegara ini negara Islam sebab itu Kerajaan denda mereka RM25 saja.
ReplyDeleteUMNgOk n trio datuk T x akan kehabisan porn star!!!
ReplyDeleteHari ini kena tangakp, didenda...besok2 buat lagi kan?
ReplyDeletedenda yang dikenakan begitu sedikit. budak sekolah pun boleh byr.
ReplyDeleteHarap ada perasaan malu dan insaf. Mereka ni beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
ReplyDeleteteramat ingin mendengar komentar daripada 4 tokoh yg konon2nya tersohor dalam memperjuangkan agama islam samada di bawah ngo mahupunkerajaan, maklumlah berupa tokoh2 yg pintar berbicara. tokoh2 tersebut adalah Jamil Khir Baharum, Dr Mashitah, Hasan Ali dan yg pasti Ibrahim Ali.
ReplyDeleteapakah kita bakal mendengar ulasan atau komen dari mereka berhubung perkara ini.
fakta atau auta
hello, hang pi ckp ngan menteri undeng2 nun, apa barang denda penari tiang beragama islam 25hinggit? nak beli kain 4 ela buat baju kurung pun x cukup..imam baling kasut denda stahun penjara, skarang u cerita siapa yg 'kristiankan'umat islam??? akai ada ker..kalo x reti pk baik jual beras jati, dosa xde, pahala pun dpt..tapi jual jgn mahal2 lar, ada rm lebih kasi anak2 yatim makan...
ReplyDeleteMana komen Hassan Ali sudah pekak dan butakah Hassan Ali?
ReplyDeleteKenapa sikit saja dendanya tu?Lepas ni lagi ramai la menari tiang...
ReplyDeleteRM25?? basic salary + tips lebih lumayan lagi yang dorang dapat hanya untuk 1 mlm.
ReplyDeleteKenapa hanya 25 ringgit? Sepatutnya mereka harus di rotan dikhalayak ramai...
ReplyDeleteSudah bersalah dan memalukan diri serta ibubapa dan agama, masih boleh tersenyum lebar. Moral yang sangat rendah!
ReplyDeletesebetulnya mereka tidak didenda,bayaran tersebut adalah untuk stam duti saja bah itu.
ReplyDeleteRM25 saja?? Kalau begini tidak ada masalah lagi bagi mereka untuk melakukan perkara ini. Kerana hukuman yang sangat ringan.
ReplyDeleteYeah...shake your money maker!
ReplyDeletepatutnya muka mereka ni dibiarkan terpampang besar2 di muka depan surat khabar.. biar keluarga, saudara mara dan kawan2 mereka tahu kerja haram mereka..
ReplyDelete