Wednesday, March 28, 2012

Tender baru NFC untuk tutup kesalahan Najib

PKR membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

“Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang terbabit,” kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dalam satu kenyataan.

Beliau memberi beberapa contoh tindakan yang diumumkan tetapi tidak dilaksanakan.

Ini, katanya termasuk pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa, bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan.

Selain itu, tambah Rafizi, pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat.

“Saya khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin,” ujarnya.

Beliau menambah, persoalan pokok dalam skandal NFC ialah keterlibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada NFCorp yang beliau sedia maklum tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga rakan karibnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Tambahnya, tindakan itu mencerminkan kecuaian Perdana Menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.

“Perkara ini masih belum dijawab oleh Perdana Menteri. Malah, tindakan beliau mahu membuka bidaan baru jelas membuktikan hasrat beliau untuk menutup kesalahan beliau yang menganugerahkan kontrak kepada pihak yang tidak layak,” ujarnya lagi.

Justeru, tegasnya PKR berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban Perdana Menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ia cubaan memadamkan kesalahan Perdana Menteri.

“Oleh kerana niat Perdana Menteri untuk menutup kesalahan beliau itu adalah jelas, saya tidak ada pilihan lain kecuali menumpukan kembali fokus untuk membongkar penyelewengan-penyelewengan lain yang telah dan masih berlaku di dalam NFC,” katanya lagi.

Beliau menegaskan, hanya dengan desakan rakyat yang memuncak barulah Perdana Menteri akan menerima pertanggungjawaban, seperti mana yang telah dibuat oleh Shahrizat.

Siri pembongkaran akan diteruskan bermula minggu depan, katanya. -HD

17 comments:
Write comments
  1. Tidak kira bagaimanapun, Projek NFC ini tetap memerlukan syarikat baru untuk mengambil alih supaya ia boleh terus beroperasi untuk mengejar balik keuntungan yang rugi disebabkan salah guna pinjaman sebelum ini.

    ReplyDelete
  2. Jika Tender Baru ini dilakukan, pastikan tender ini dilaksanakan dengan adil supaya projek ini akan diserahkan kepada mereka yang berkemampuan.

    ReplyDelete
  3. Lepas keluar tender baru maka pinjaman RM250 Juta kepada NFC dihapuskan?

    ReplyDelete
  4. Bukankah ianya satu kerugian/pembaziran bila RM250 juta lenyap begitu saja dan peruntukan baru dikeluarkan lagi? Apa penjelasan kerajaan mengenainya?

    ReplyDelete
  5. RM250 juta itu wajarlah dikembalikan semula oleh pengurus NFC yang telah menyalahgunakan pinjaman tersebut.

    ReplyDelete
  6. Hehe.. sejak kes sudah menjadi tumpuan rakyat dan media .. secara tiba-tiba pulak puak UMNO ni bercakap mengenai intergriti, ketelusan dan transperancy...?? Bila timbul kesedaran ni.. kalau pencuri tetap akan mencuri.. cuma bila, masa dan ketika yg akan menentukan..

    ReplyDelete
  7. Dah makin terserlah Noh Omar ni seorang yang teramat2 BODOH,... Duit Syarikat yg dah habis dipulun oleh Shahrizat baru nak bagi tawaran kepada syarikat lain pulak ambil alih gembala lembu,.. Dah habis manis sepah dibuang,... lama2 sepah merata2 macam tahik lembu...lembu taktau kemana,... cissss,... menteri UMNO APCO BN BIOL ...

    ReplyDelete
  8. Projek NFC perlu diserahkan pada kontraktor lain yang lebih layak.

    ReplyDelete
  9. Tindakan untuk mencari kontraktor baru untuk NFC adalah tindakan bagus.

    ReplyDelete
  10. Semoga kes NFC ini dapat diselesaikan sebaiknya. Mengenai tender baru ini perlu memastikan projek ini akan dapat terus dijalankan.

    ReplyDelete
  11. Tak kisah lah dia nak letak semua jawatan atau pun tidak... sebab tak memberi apa apa kesan pun pada PR.... yang pasti ganti balik semua duit yang dah digunakan itu... sebab semua tu duit rakyat....

    ReplyDelete
  12. Jika Najib salah pasti banyak benda yang mendapat kesan daripada kesalahan beliau itu.

    ReplyDelete
  13. Ini hanyalah agenda yang dibuat oleh pembangkang untuk mengkaburi mata rakyat.

    ReplyDelete
  14. Rakyat jangan terpedaya dengan apa yang telah diperkatakan oleh pembangkang kerana mereka mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  15. Ini bukannya untuk menutup salah sesiapa pun tapi ini bagi memastikan NFC ini akan dapat dijalankan bagi mengelakkan kerugian dan juga mengelak terbangkalai projek ini.

    ReplyDelete
  16. tambahan RM250juta lagi dana negara/wang rakyat akan dicurah ke longkang??? tahniah UMNgOk!!!

    ReplyDelete
  17. macam bunut ayam la mulut si Rafizi ni.. apa sahaja tindakan yang diambil oleh PM dia cakap untuk menghapuskan bukti.. apa bukti yang mahu dihapuskan jika semua rakyat sudah tahu?? apa pula cadangan dari Rafizi untuk memperbetulkan keadaan?? sekadar menjawab persoalan2 yang beliau bangkitkan?? lebih baik Najib bertindak dari sekadar menjawab soalan Rafizi..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.