WALAUPUN terdapat tekanan daripada pihak kerajaan, anak muda dan mahasiswa akan tetap meneruskan himpunan bagi menggesa pihak kerajaan memansuhkan PTPTN dan menuntut disediakan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia, tegas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhamad Safwan Anang @ Talib.
Sejarah telah mencatatkan bagaimana hebatnya gerakan dan aktivisme mahasiswa sekitar sekitar 60an sehingga 70an sebelum terciptanya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 (AUKU)yang dicipta oleh mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.
Umum sedia maklum bahawa aktivisme ketika itu amat agresif karena tekanan sang penguasa serta kesedaran disebabkan fakulti akal anak muda ketika itu cerah. Ketika itu juga mahasiswa bangkit dengan pelbagai isu rakyat dengan kata yang diperkenalkan oleh Presiden Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) ‘Mahasiswa jurubicara masyarakat.'
Aktivisme mereka diikuti oleh beberapa siri demonstrasi termasuk peristiwa Tasek Utara, Kes tanah Telok Gong dan demo Baling yang harus dipertanggungjawabkan atas undang-undang drakonian AUKU yang telah membunuh ‘roh’ kampus dan anak muda.
Pindaan AUKU ini dikatakan dendam pikiran Dr. Mahathir Menteri Pendidikan ketika itu bersama Ungku Aziz yang merupakan Naib Canselor Universiti Malaya selepas demonstrasi Baling yang disertai bukan sahaja mahasiswa daripada UM, tetapi daripada Kolej Mara, UKM dan Politeknik Ungku Aziz.
Ketika itu ramai telah ditangkap dibawah Internal Security Act (ISA) termasuk akademia seperti Syed Hussin Ali. Malangnya, pindaan AUKU memperlihat kelembapan aktivisme dan suasana akademik di kampus.
Namun, selepas lebih kurang empat dekad ‘roh’ mahasiswa dibunuh, mereka telah bangkit untuk membebaskan akademik pada 31 Disember 2011 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Namun begitu, himpunan kebebasan akademik tersebut berakhir dengan tragedi berdarah apabila beberapa siswa cedera dek keganasan dan kezaliman anjing sang penguasa. Pelbagai peristiwa berlaku sekitar tahun 2011 termasuk penurunan bendera Perdana Menteri Najib Razak oleh Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli.
Selama lebih empat dekad, banyak protes telah diadakan bagi membantah AUKU. Namun begitu, tidak ada sebarang perubahan sehingga keputusan mahkamah rayuan berpihak kepada UKM4 apabila AUKU diputuskan tidak sah dan melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Ketika itu, aktivisme mahasiswa mulai rancak dan peristiwa-peristiwa amuk nampaknya bertambah. Demonstrasi juga sudah mulai dilihat sebagi suatu yang tidak eksklusif seperti sebelum ini.
Pada hari ini, pindaan ke atas auku dan dua akta lain dibentangkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Khaleed Nordin selepas pindaan diumumkan oleh Dato’ Seri Najib Razak beberapa bulan yang lepas. Saya melihat ‘pindaan’ yang dilaksanakan ini merupakan ‘kegagalan’ tuntutan BEBAS yang berjuang tidak konsisten saya kira.
Pindaan ini masih mewujudkan limitasi ke atas mahasiswa. Walaupun ada hak untuk menyertai partai politik, tetapi mahasiswa yang melibatkan diri tidak boleh bertanding dalam pilihanraya kampus serta memegang jawatan dalam persatuan universiti.
Seterusnya, beberapa hari lepas telah diumumkan bahawa Demo Mansuh PTPTN akan diteruskan pada 14 April dan mahasiswa serta anak muda juga bersedia untuk turut serta malah menjadi tunggak bagi Bersih 3.0 yang akan datang – 28 April di Dataran Merdeka. Nampaknya mahasiswa semakin agresif. Bersemangat betul anak-anak muda.
Beberapa hari lepas, saya menyusuri sedikit perbincangan pendek dengan rakan-rakan daripada kampus UIA, UPSI dan UTHM. Mereka sependapat berkenaan dengan isu melawan di jalan raya. Saya juga bersetuju dalam perkara tersebut tetapi perlu kita melihat dalam konteks Malaysia dan suasana ketika ini. Apakah tujuan demonstrasi? Adakah relevan demonstrasi di Malaysia?
Sejarah gerakan mahasiswa mencatatkan banyak demonstrasi yang telah diadakan. Namun begitu, harus diperhatikan berapa demonstrasi yang diadakan mencapai objektif yang sepatutnya.
Tujuan demonstrasi diadakan adalah untuk mencapai suatu matlamat sebagai tindakan ‘lawan’ dan balas dalam menuntut sesuatu perkara dan ia tidak akan terhenti selagi tidak tercapai. Ironinya, di Malaysia demonstrasi AUKU yang telah diadakan berpuluh tahun pun belum mencapai objektif.
Menjadi sesuatu yang merumitkan dalam konteks negara ini untuk mencapai matlamat dalam demonstrasi selagi tidak ada ‘korban’ dan selagi perut masyarakat ‘kenyang’.
Tambahan pula, apabila melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi tempoh hari Dato’ Khaleed Nordin yang berbunyi “buat apa demo? undi sudahlah” sudah cukup untuk menunjukkan bahawa walaupun demonstrasi akan dilaksanakan pada 14 April ini.
Perubahan tidak akan dapat dilaksanakan melainkan suatu ‘kelainan’ dibuat untuk demontrasi pada kali ini. Itu pandangan peribadi saya karena saya melihat kepada sejarah sebelum ini bahawa dalam konteks mahasiswa sekarang , amatlah susah untuk mencapai objektif dengan wasilah ini.
Walau apa pun terjadi, segala tindakan dan perlakuan mahasiswa harus disusuli dengan sedikit pencerahan sebagai persediaan kepada sebarang kemungkinan. Karena saya percaya jika tiada penyatuan, sampai kiamat sekalipun mahasiswa bukanlah suatu kuasa yang menggugat.
Sebab itu saya khuatir apabila ramai yang membuat perbandingan mahasiswa 60-an dan 70-an dengan zaman ini. Harus diingat tika itu tiada lambakan IPT dan sistem CGPA pun belum diperkenalkan. Tekan hidup ketika itu juga menjadi suatu alasan yang munasabah mahasiswa melawan sehingga wujud frasa ‘mahasiswa menggugat.”
Saya suka apabila membaca petikan dalam The Art of War karya agung Tsun Zu yang berbunyi “move when there is benefit to be gained , quit when there is no advantages. ”
Justeru , saya kira setelah memerhati sejarah perlu bagi mahasiswa menyusun semula strategi baru supaya pergerakan lebih lancar dan tidak perlu kiranya melaksanakan sesuatu perkara yang tidak mendapat sebarang ‘faedah’ ketika ini.
Dalam konteks anak muda, politik selalu diartikan sebagai lawan sahaja. Tetapi, lebih daripada itu ia meliputi pelbagai strategi dan musuh pula merupakan material yang mengasyikkan. Lawan merupakan salah satu cara sahaja. Kerana itu Widji Tukul nukilankan “hanya ada satu kata.. LAWAN!
Oleh : Megat Hidayat (sabahkini)
Friday, April 13, 2012
Pelajar Tuntut Pendidikan Percuma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
The opposition's proposed abolishment of the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) loans if they come into power is unfair for recipients who have repaid their loans.
ReplyDeleteThe problem is, for those who have paid up, will the money be refunded to them?
ReplyDeleteWhen obtaining a study loan, the applicant had made an undertaking to repay the loan, so they must keep to the agreement for the benefit of other students later on.
ReplyDeleteAbolishing the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) student loan scheme would cost taxpayers an additional RM43 billion, the prime minister said today.
ReplyDeleteDatuk Seri Najib Razak said the move, as proposed by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is not feasible, as it would impose an additional burden on Malaysians.
ReplyDelete“There are only three countries in the world that fully bear the cost of higher education for the people such as Norway. But Norway imposes a high taxation rate on the people,” he was quoted by Bernama as saying when launching the programme ‘Jelajah Janji Ditepati’ in Batu Pahat, Johor earlier today.
ReplyDeleteThe PM said that the government did not want to burden Malaysians by imposing high taxes in order to abolish the PTPTN.
ReplyDeleteNajib pointed out that his administration currently bore 90 per cent of the country’s higher education costs, and stressed that the PTPTN was only being utilised to pay tuition fees for students.
ReplyDeletePakatan Rakyat (PR) has maintained that scrapping the PTPTN is possible by eliminating the country’s wasteful expenditure.
ReplyDeleteAnwar had cited the country’s RM150 billion revenue, saying that much money was wasted on construction that had ballooned in cost as well as leakages and bribes as reported by the Auditor-General.
ReplyDeletePR had previously promised to abolish PTPTN loans and provide Malaysians with free higher education should it come to power.
ReplyDeleteStudents, led by Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), are planning to hold a rally next month calling for the abolition of the PTPTN.
ReplyDeleteBut Higher Education Minister Datuk Seri Khaled Nordin said recently that students who want the PTPTN to be scrapped should vote for the opposition rather than take to the streets as the 13th general election would be called soon.
ReplyDeleteKhaled had earlier announced at the closing ceremony of the 2012 National Higher Education Carnival here that the Cabinet had approved an additional RM6 billion in funding for PTPTN loans for 2012/13.
ReplyDeleteHis ministry had asked for an additional RM16.5 billion to fund higher education loans for the 2012-2015 period.
ReplyDeleteKhaled also said that the PTPTN was necessary despite the low tuition fees at public universities as students still needed to pay for food and accommodation.
ReplyDeleteBagi saya, tuntutan ni sangat melampau. cuba fikirkan apa akan berlaku jika PTPTN dimansuhkan?
ReplyDeleteNorway merupakan salah satu dari tiga negara yang memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya. Namun, di sebalik manfaat yang mereka nikmati, rakyat Norway terpaksa menanggung beban cukai yang sangat tinggi.
ReplyDeleteMemang orang Sabah ni koblok, palau...dan BODOH sama seperti BABI, banyak makan babi berangkali...STUPID
ReplyDeleteWalaupun Norway memberikan rakyat mereka pendidikan percuma, tetapi rakyat juga terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada kerajaan. Kos pendiidkan sebenarnya sudah termasuk dalam cukai.
ReplyDeleteRafizi dan Khairy bakal mengadakan pendebatan mengenai isu PTPTN ini pada Mei 5 bulan depan untuk membincangkan isu ini.
ReplyDeleteSebelum ini Pemuda UMNO juga mengadakan satu rundingan meja bulat untuk membincangkan isu PTPTN bersama dengan wakil mahasiswa dan NGO.
ReplyDeleteRakyat berhak menuntut daripada kerajaan, kerajaan sentiasa berusaha untuk memenuhi permintaan rakyat.
ReplyDeletetajuddin ramli dpt FREE, knp PTPTN x bulih?
ReplyDeleteKita tunggu saja apa keputusan dari kerajaan mengenai pendidikan percuma ini.
ReplyDeleteapa pula gesa kerajaan mansuhkan PTPTN?? batalkan saja la pinjaman.. tanggung sendiri yuran pengajian..
ReplyDeletekesian pelajar2 sekarang ni.. macam negara ini tidak mempunyai parti politik pembangkang.. apa gunanya pemimpin2 politik pembangkang jika pelajar masih terpaksa turuh berdemo memperjuangkan hak mereka?? bukankah itu tugas ahli2 politik??
ReplyDelete