SAYA terpanggil untuk memberi cadangan dan pandangan selepas membaca Borneo Post online yang bertarikh 7 April 2012 oleh Pengerusi PKR Labuan. Saya sebagai penduduk Labuan sangat terkilan dengan tindakan pihak Kerajaan tempatan yang tidak mengambil endah mengenai masalah kenaikan harga barangan yang mendadak di Labuan; dan secara tidak langsung menaikkan taraf sara hidup pulau Labuan.
Saya yakin taraf sara hidup di Labuan adalah yang tertinggi di Sabah dan antara yang tertinggi di Malaysia; sangat membebankan rakyat di samping akan membantutkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang pulau ini.
Kerajaan seharusnya segera menangani masalah ini melalui perbincangan bagi membolehkan penyelesaian jangka pendek dan panjang dapat dicapai.
Pulau Labuan harus ada hala tujunya sendiri yang lebih baik dari apa yang kita ada sekarang. Oleh itu kita memerlukan penglibatan daripada semua pihak, bukan sahaja daripada pihak kerajaan, malah harus juga mengambil kira pandangan pihak lain seperti dari parti pembangkang, NGO dan rakyat biasa Labuan.
Jika pemerintah kerajaan sekarang ini berkesan, isu 'barang mahal' tidak akan wujud, sekalipun secara kebetulan nama Ahli Parlimennya, Yusof 'Mahal'. Jangan menunjukkan sikap bodoh sombong apabila sudah melakukan kesalahan atau perlaksanaan polisi yang tidak berkesan. 'Step back', fikir dan cuba minta pandangan dari semua pihak kerana masalah ini ditanggung oleh semua rakyat Labuan.
Kerajaan harus menekankan penyelesaian jangka pendek dan panjang bagi Pulau Labuan. Bagi pendapat saya untuk menurunkan harga barangan sekarang ini secepat mungkin, pihak kerajaan mungkin boleh member subsidikan pengangkutan perdagangan ke Pulau Labuan, menurunkan tarif air dan elektrik dan penyesuaian tariff baru terhadap sebarang bentuk cukai.
Manakala bagi penyelesaian jangka panjang kerajaan kena menambahkan aktiviti pulau ini yang hanya bergantung semata-mata dengan aktiviti IOFC sahaja. Populasi Labuan seramai 85,000 orang dengan keluasan 92 Km persegi, rasanya industri berat dan 'trading' bukanlah penyelesaian jangka panjang.
Jika dibandingkan dengan Singapura yang mempunyai penduduk seramai 5 juta dengan keluasan negara 704 Km persegi, kerajaan harus lebih menumpukan kepada indusri berteknologi tinggi, industri pelancongan dan mungkin juga indusri pembelajaran. Kita kena terima hakikat bahawa kita kekurangan tenaga kerja/populasi dan kawasan tanah yang terhad.
Teguran terbuka, memorandum, demontrasi tidak akan timbul jika pihak pemerintah menjalankan kerja dengan baik. Begitu juga dengan adanya sikap yang lebih terbuka untuk menerima pandangan daripada semua pihak.
Salam Hormat,
NOOR HALIM DATUK HAJI ZAINI (sabahkini)
Friday, April 13, 2012
Sara Hidup Labuan Tertinggi Di Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tak sangka Labuan sebagai negeri bebas cukai tetapi masih mengalami sara hidup yang tinggi?
ReplyDeleteBiasanya orang suka pergi Labuan untuk beli barang sebab lebih murah, tetapi rakyat di situ pula menganggap harga barang terlalu tinggi pula?
ReplyDeleteTidak terfikir pula sara hidup di Labuan ni merupakan yang tertinggi sebab ia kawasan bebas cukai.
ReplyDeleteSudahkah pembukaan cawangan Coop1M atau KR1M dilaksanakan?
ReplyDeleteHadiah dari BN barang naik dan UMNO kepada pungundi setia BN,harap meraka gembira dan berterima kasih kepada BN/UMNO,so PRU 13 UNDI lagi semoga nasib kalian bertambah susah.
ReplyDeleteDulu rami yang pergi ke Labuan tapi sekarang semakin berkurangan kerana nilai rinngit merosot. Maka pelancong tidak datang lagi.
ReplyDeleteKalau BN nak tolong rakyat susah tubuhkan KRIM di semua kampung seluruh Malaysia bukan di bandar! Beranikah Najib?
ReplyDeleteSaya simpati kepada penduduk Labuan yang terbeban dengan harga barang-barang yang mahal, Tahniah kepada AMNO Labuan kerana ramai orang Labuan adalah pengokong tegar AMNO. Kroni makin mewah dan kenyang yang susah nelayan dan orang kampung yang bekerja dengan gaji sekitar RM 600.00- RM 1000.00 sebulan. HArga barang2 mahal di Labuan bukan perkara baru sudah berlarutan beberapa tahun dahulu. TK
ReplyDeleteRakyat Labuan sebenarnya untung kerana terlalu banyak GRO yang tidak diambil tindakan oleh Jabatan kerajaan UMNO!
ReplyDeleteGovt was fully aware of complaints that the policy was stifling the State economic growth, particularly in the manufacturing sector. Govt want every part of the country to grow economically and that is why the ministry need to look into these issues
ReplyDeleteTidak sangka pula Labuan mengalami sara hidup yang tinggi. Ingatkan barang di sana lebih murah.
ReplyDeleteMungkin dengan pembukaan cawangan Coop1M atau KR1M dapat membantu penduduk Labuan.
ReplyDeleteLabuan adalah pulau bebas cukai, sepatutnya kos sara hidup di sana tidak tinggi .
ReplyDeleteNampaknya kehidupan di Labuan meningkat.
ReplyDeleteKawasan yang kecil ini terpaksa menampung kehidupan yang tinggi. Mungkin kalau ada jambatan yang menghubungkan labuan dengan Sabah rasanya sangat baik.
ReplyDeletekalau ada jambatan yang menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah, pasti sara hidup di Labuan antara yang terendah di Malaysia..
ReplyDeletebuktikanlah dulu apa barang naik..mcm cakap kosong ja..
ReplyDeleteBarang murah? Ramai ja org semenanjing datang sini bising2 harga barang murah
ReplyDeletemurah ke..mahal ke..itu sume dunie belake..kalo ada yang murah mestilah ada yang mahal..samputon btui!
ReplyDelete