Kerajaan Sabah mendakwa tuduhan pembalakan haram dalam negeri sebagai “liar dan tidak berasas” selepas pendakwa dari Switzerland memulakan siasatan jenayah pengubahan wang haram ke atas bank UBS yang didakwa mempunyai hubungan dengan ketua menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Siasatan tersebut dijalankan ekoran aduan sekumpulan pejuang alam sekitar yang menuduh bank tersebut menyimpan hasil daripada pembalakan di Malaysia.
Kumpulan tersebut menerusi kumpulan Bruno Manser Fund (BMF) yang berpangkalan di Switzerland menfailkan aduan ke atas Musa pada Mei atas pertuduhan melakukan pembalakan haram dan pengubahan lebih daripada AS$90 juta menerusi UBS.
“Kami mempercayai dakwaan tidak berasas tersebut dibuat bermotifkan politik dan tidak didorong oleh cinta keatas alam sekitar,” kata pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan berkata dalam satu kenyataan hari ini.
Mannan walaubagaimanapun mengakui dia menyedari tentang pembalakan haram yang berlaku dalam negeri tetapi mendakwa isu itu “diperbesarkan” dengan alasan dakwaan AS$90 juta bersamaan dengan 20,000 hektar hutan ditebang.
Dia juga menambah dengan mengatakan pihak negeri mengamalkan amalan pengurusan hutan yang mapan malahan “bertambah baik” sepanjang dibawah kepimpinan Musa.
“Lesen jangka pendek yang menyebabkan kerosakan besar kepada alam sekitar kredibiliti pengurusan hutan di Sabah berada diperingkat tertinggi.
“Dasar terbuka diamalkan oleh kerajaan dan semua bidang pengurusan hutan adalah terbuka kepada pihak ketiga dan juga penelitian pihak NGO.”
Beliau juga berkata bahawa lesen pembalakan jangka panjang “tertakluk kepada pengauditan pihak ketiga (audit bebas) sejak 2010” dan menegaskan “juruaudit bebas pasti akan dapat mengesan pembalakan haram besar-besaran jika ia berlaku.”
Bagi menyangkal dakwaan itu lagi, beliau juga berkata jumlah rizab hutan dibawah kategori Kawasan Keseluruhan Terlindung (TPAS) telah meningkat kini “mencecah 1.3 juta hektar atau kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan tanah di Sabah”, melebihi piawaian antarabangsa sebanyak 10 peratus.
Mannan menambah bahawa kawasan rizab hutan TPAS memiliki peningkatan terbesar di bawah pemerintahan Musa.
Beliau berkata bahawa “sekurang-kurangnya 800,000 hektar hutan Sabah adalah sebahagian atau sepenuhnya diperakui di bawah pelbagai sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Forest Stewardship Council (FSC), Skim Pensijilan Balak Malaysia (MTCS) atau Pan European Forest Scheme (PEFC).”
Sabah sasar untuk memiliki “perakuan yang penuh di semua kawasan berlesen jangka panjang” menjelang tahun 2014, kata Mannan lagi.
Ketua Jabatan Perhutanan tersebut turut mendakwa tuduhan tersebut bakal akan menyebabkan penurunan dalam jualan balak dan menyebabkan hutan Sabah kehilangan nilai ekonomi.
Beliau berkata akibatnya ia akan “mengganggu” usaha pemuliharaan hutan di Sabah kerana ia mungkin akan “digugurkan” sebagai salah satu polisi negeri.
-TMI
Friday, September 7, 2012
Kerajaan Sabah dakwa siasatan balak ‘diperbesarkan’
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cara pengurusan kewangan kerajaan Sabah dan dasar perhutanan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dianggap sebagai yang terbaik di Malaysia, kata pemimpin veteran negeri, Tan Sri Herman Luping.
ReplyDeleteKira-kira 60 peratus daripada muka bumi Sabah masih dilitupi hutan, sekali pun negeri ini menyaksikan perubahan lanskap yang pesat sejak beberapa dekad yang lalu.
ReplyDeleteMusa yang mentadbir urus kerajaan negeri sejak sembilan tahun lalu, bukan sahaja dapat memastikan Sabah terus maju, tetapi juga membawa lebih kestabilan politik, kemakmuran dan pembangunan pembangunan infrastruktur di negeri ini.
ReplyDeleteSemasa Musa mengambil alih jawatan, beliau memperkenal pelan rangka tindakan strategi pembangunan negeri yang dinamakan 'Halatuju', dan memberi fokus terhadap usaha agresif meraih hasil daripada potensi bidang pelancongan, pertanian dan perkilangan negeri ini,
ReplyDeletekami tidak peduli dengan hutan kayu balak tapi kami mahu kerajaan bagi kami tanah untuk kami bersaing dan mengakhiri zaman miskin kami,ini asyik kroni BN saja dan taiko dari malaya saja dapat tanah tapi orang asal di halau...
ReplyDeleteuik, heran! kalau musa urus ekonomi negeri sabah dengan baik, kenapa label negeri paling miskin disandang oleh sabah? ptuii!! semakin lama BN perintah sabah, semakin beranak pinak PTI yang diternak BN sejak dari pemerintahan mahathir. org yg kuat menyokong BN di sabah ialah keturunan PTI jadi tak heranlah. yang kesian org2 peribumi sabah yg puas hati hanya kerana di beri atap zink, tangki air dan duit RM50 terus undi BN. mungkin mereka ingat RM50 tu cukup untuk belanja 5 tahun. mahathir bilang org sabah kena sabar dulu kalau mau maju ptuiiii!! sekali lagi. sudah berapa lama BN perintah sabah. apa yg kita dapat? cuma gelaran fix deposit BN dan negeri termiskin di malaysia. ptuiii!! sekali lagi. ini kali laa.. kerajaan tak mau siasat musa atas dakwaan rasuah tapi rakyat sabah yg akan adili pada PRU nanti.
ReplyDeleteKetua Menteri pun tau yg orang kipas2 ini sebenarnya api dalam sekam. Maka jangan kipas2. Akuilah bahawa pembangunan Sabah sangat jauh ketinggalan dan akuilah memang Sabah negeri termiskin.
ReplyDeletePendakwaan dilakukan setelah bukti mencukupi dan kukuh, jika tdk pendakwaan sia-sia dan merugikan. Jika kerajaan sabah kata diperbesar-besarkan, buat tuntutan saman, utk membuktikan semua dakwaan karut belaka.
ReplyDeleteKalau dilihat dr sudut realiti, bukan kata Sabah tapi negeri2 lain yg ada balak telah lama disalah urus oleh UMNO pun. Di Pahang nun, ada ke lojik ribuan ringgit je yg kerajaan negeri minta kroni trbabit yg dapat hasil balak negeri utk bayar 'royalti' premium kpd KERAjaan negeri sedangkan hasil balak tu...puluh jutaan ringgit nilainya. Sama dgn Kedah semasa era UMNO memerintah. Kerajaan negeri dpt hasil balak berapa persen jer tapi bila naik PAS Kedah, kerajaan negeri brjaya kumpulkan duit premium balak dgn hasil yg meningkat brkali ganda. Di Kelantan ( Gua Musang tu ), balak dah hampir nak habis kena kebas dek UMNO Gua Musang dan naik jer PAS Kelantan, tinggal berapa 'batang' jer kayu balak yg gah sedikit masa lampau. Jadi, tidak pelik kalau dSabah, perkara sedemikian bole trjadi. Hanya keadaan yg menyembunyi fakta ini.
ReplyDelete**yassir arafat
Dikawasan hutan sempadan keningau-telupid kawasan trusmadi hutan asal ditebang untuk digantikan pokok getah balak..adakah ini menguntungkan kepada rakyat sabah..?? konon mau memulihkan hutan tersebut, tetapi yang untung hanyalah orang-orang politik..dapat duit balak..kan bagus kalau hutan itu dibiarkan saja..belum tentu pokok yang ditanam akan membesar seperti pokok sedia ada..kesian rakyat sabah...
ReplyDeleteAlai kita harus BANGGA dengan UMNO/BN yang membuat Sabah negeri TERMISKIN dalam Malaysia walaupun Sabah kaya dengan kayu balak dan minyaknya. Jadi marilah sama-sama menyokong UMNO/BN supaya negeri ini KEKAL dengan gelaran NEGERI TERMISKIN di Malaysia. Kan Alai?
ReplyDeleteTERLALU BANYAK PECACAI BN LAK PULAK..
ReplyDelete.Pemimpin UMNO(BN) dah kaya raya di Sabah dan Sarawak. Kalau di Sabah Musa Aman dah jadi bilionair, di Sarawak pula Taib Mahmud. Namun rakyat di kedua-dua negeri ini tetap daif..///
ReplyDeleteMemang dhaif kerana banyaknya penjilat seperti komen berapa orang di atas. Faktanya sangat jelas, Sabah negeri termiskin. Period.
ReplyDeletesetiap orang ada pandangan mereka sendiri.
ReplyDeletekalau satu-satu tuduhan itu tidak mempunyai asas atau fakta maksudnya iatu tidak boleh dipercayai.
ReplyDeleteapa pun, tunggu dan lihat saja perkembangannya nanti.
ReplyDeletesusah juga mahu cakap kalau kita sendiri pun tidak tahu apa yang berlaku.
ReplyDeletebaik tidak perlu buat kesimpulan sendiri selagi tiada apa2 yang diputuskan.
ReplyDeletebagaimana BMF boleh melihat penggondolan hutan 20000 hektar di zaman Musa, tetapi tidak untuk 300000 hektar ketika zaman Yong Teck Lee?? bukankah ini bermotifkan politik?
ReplyDeletejika 20000 bersamaan dengan AS$90 juta, bermakna 300000 bersamaan dengan AS$1.3++ bilion.. mana semua hasil itu?
ReplyDeletebertahun2 BMF berkempen di seluruh dunia untuk mendapatkan dana kononnya untuk membantu kaum asli di Sarawak, tetapi sehingga hari ini tidak ada satu sen pun dana2 terkumpul itu digunakan untuk membantu kaum asli di Sarawak..
ReplyDeleteIsu ni mungkin tidak 'hot' pun di Swiss. Pembangkang saja lebih2.
ReplyDeleteIngat senang2 ka mahu buat pembalakan haram tanpa disedari oleh pihak berkuasa??
ReplyDeleteJabatan Perhutanan mengakui bahawa penebangan secara haram berlaku di Sabah tetapi tidak mungkin menghampiri skala dan tahap sebagaimana yang didakwa. Harap fakta akan dipastikan dulu sebelum dakwaan seperti ini dibuat.
ReplyDeleteTuduhan pembalakan haram (1 juta m3) yang seluas ini tidak mungkin terlepas daripada perhatian dunia secara umumnya.
ReplyDeleteSuatu kawasan hutan yang kaya seluas 20,000 hektar yang telah dibalak dengan teruk secara haram akan dengan mudahnya dikesan melalui satelit-satelit dan menarik perhatian para NGO, pakar-pakar alam sekitar dan komuniti yang tinggal berhampiran.
Tidak mungkin langsung kemungkinan yang membolehkan perbuatan tersebut dilakukan dan diluluskan tanpa disedari. Melainkan dan sehingga bukti kukuh dapat ditunjukkan, tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan tidak benar.
Jika 50% pengeluaran tahunan balak dari Sabah didakwa dibuat secara haram, pasaran-pasaran dunia terutamanya yang peka seperti Eropah, Amerika Utara dan Jepun sepatutnya telah lama berhenti daripada membeli balak dari Sabah dan implikasi-implikasi ekonomi dan kewangan yang besar sepatutnya telah memberi kesan teruk kepada negeri secara keseluruhannya. Ini tidak terjadi kerana pembalakan haram pada skala besar seperti yang didakwa tidak pernah berlaku.
ReplyDeleteLesen-lesen jangka panjang Sabah telah tertakluk kepada pengauditan pihak ketiga (audit bebas) sejak tahun 2010, di bawah Malaysia-EC TLAS (Program Jaminan Balak Disahkan). Juruaudit Bebas sepatutnya telah mengesan penebangan haram pada skala seumpama itu. Sebaliknya, Sabah sentiasa telus dan membiarkan pengurus hutannya terbuka kepada penelitian umum dan pihak Juruaudit ketiga bagi mencapai kredibiliti yang diiktiraf dunia.
ReplyDeleteImpak Pembalakan Dikurangkan telah diperkenalkan dalam tahun 2009 dengan pelaksanaan penuh dalam tahun 2010, sekali lagi disahkan secara bebas oleh Juruaudit pihak ketiga. Sehubungan itu tuduhan penebangan haram yang berleluasa (20,000 hektar sekurang-kurangnya) amat mustahil terlepas daripada perhatian Juraudit antarabangsa yang memang terkenal.
ReplyDeleteSekurang-kurangnya 800,000 hektar hutan-hutan Sabah adalah separa atau sepenuhnya dipersijilkan di bawah pelbagai sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (Majlis Pengawasan Hutan atau FSC, MTCS – Skim Pengiktirafan Balak Malaysia), PEFC – Skim Perhutanan Pan-European). Ini juga meliputi hutan di bawah Yayasan Sabah dengan sekurang-kurangnya 250,000 hektar bagi persijilan penuh dan 150,000 hektar hutan pensijilan separa. Lebih banyak kawasan hutan sedang dikenalpasti untuk persijilan dan Sabah mensasarkan tahun 2014 sebagai tahun bagi kawasan-kawasan berlesen jangka panjang mendapat pensijilan sepenuhnya.
ReplyDeleteProses pensijilan ini bermakna pihak ketiga bebas dalam mengaudit di peringkat akar umbi untuk mengakses kredibiliti.
Jika pertuduhan sedemikian benar, kenapa Sabah terus dapat menarik perhatian badan-badan persijilan dan NGO, yang ingin menjadi rakan kongsi kerajaan dan membantu kita dalam mendapatkan tadbir urus yang boleh disahkan dan dipersijilkan?
Seluruh dunia telah mengetahui yang Sabah adalah wilayah tropika pertama di seluruh dunia yang mempunyai satu kawasan hutan hujan yang diiktiraf di bawah Piawaian Emas bagi FSC dalam 1997. Contohnya Hutan Simpan Dermakot. Ini adalah satu kawasan contoh bukan sahaja untuk Malaysia tetapi dunia tropika.
ReplyDeleteTuduhan-tuduhan yang liar dan tidak berasas sebenarnya mengakibatkan kemudaratan yang banyak kepada hutan hujan negeri Sabah dan bukan membantunya. Orang awam yang mudah terpengaruh akan berhenti membeli balak (sumber utama bernilai kewangan dalam sesebuah hutan) dari Sabah, menjadikan hutan hujan dan usaha-usaha SFM tidak bermakna dan tidak mempunyai nilai ekonomi. Apabila hutan hujan tidak lagi mempunyai nilai ekonomi dan balak tidak boleh dijual, maka mereka akan terancam dengan penggunaan-penggunaan tanah alternatif. Jika SFM dan pemulihan tidak lagi bermakna dan membawa faedah kepada masyarakat, maka pastinya dasar-dasar digugurkan, walaupun kemajuan telah dicapai walaupun secara perit sepanjang tahun.
ReplyDeleteAdalah diharapkan mereka yang telah melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas menyedari betapa besarnya kesan memberi informasi yang salah kepada dunia dan dalam proses tersebut, mereka akan mempunyai kesan yang merosakkan usaha pemuliharaan secara keseluruhannya.
ReplyDeleteKita mempunyai alasan kukuh bahawa tuduhan-tuduhan tidak berasas ini bermotifkan politik dan bukannya didorong oleh perasaan sayang kepada alam sekitar. Ia memesongkan dengan motif mengagalkan segala usaha Sabah dan momentum pembaharuan pengurusan hutan. Orang ramai seharusnya mengabaikan semua laporan-laporan yang berniat jahat dan membawa kebinasaan kepada Sabah.
ReplyDeleteTuduhan-tuduhan yang tidak ada bukti kukuh tuidak perlu dilayan..banyak perkara lain yang lebih penting daripada isu yang sengaja di perbesarkan.
ReplyDeleteIsu ini sengaja di perbesarkan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan Datuk Musa, jika benar perkara ini berlaku, sudah lama siasatan di buat.
ReplyDelete