Wednesday, September 26, 2012

Kajian UM : Sokongan Kepada PR Meningkat

Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat (Pakatan) meningkat sekarang berbanding dengan kajian yang dibuat pada awal tahun ini.

Sokongan juga meningkat ke atas kerajaan Pakatan di Selangor dan juga Kedah, namun sedikit penurunan di Kelantan.

Kajian itu juga menunjukkan penurunan terhadap keyakinan rakyat bahawa BN akan terus menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum nanti.

Kajian itu dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Kajian terbaru yang dibuat adalah pada 1 hingga 16 September 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kajian sebelum ini dibuat dalam tempoh 31 Mac 2012 hingga 15 April 2012.

Bilangan responden ialah 1536. Kajian dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, etnik Cina dan etnik India.

Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.

Ditanya, parti mana akan menang dalam PRU-13, kajian Mac hingga April menunjukkan keyakinan kepada BN akan menang adalah 49% sedangkan kajian terbaru menunjukkan penurunan kepada 44% sahaja.

Keyakinan kepada Pakatan pula meningkat dari 21% kepada 30%.

Keyakinan kepada kerajaan Pakatan di Selangor juga meningkat dengan ketara dari 38% kepada 50% manakala untuk BN dari 28% jatuh kepada 16%.

Begitu juga di Kedah. Keyakinan kepada Pakatan naik dari 37% kepada 48% dan kepada BN turun dari 40% kepada 32%.

Namun untuk negeri Kelantan, keyakinan kepada Pakatan jatuh sedikit dari 44% kepada 41% manakala BN naik dari 27% kepada 32%.

Namun, kecondongan pengundi tetap kepada Pakatan Rakyat.

Najib jatuh merudum

Kajian itu juga mendapati, harapan rakyat amat tinggi agar berlaku perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

72% berharap supaya debat diadakan manakala hanya 17% tidak bersetuju dan 11% tidak pasti.

Menurut kajian itu, populariti Najib juga menurun dari 61% pada Mac lalu kepada 58% pada September 2012. -HD


Jangkaan BN menang PRU ke-13 susut di peringkat nasional dan menguasai Putrajaya.


Jangkaan BN menang PRU ke-13 susut dalam kajian parti manakah dijangka akan menang di negeri Selangor.


Jangkaan BN menang PRU ke-13 susut dalam kajian parti manakah dijangka akan menang di negeri Kedah.


Sokongan terhadap Najib menurun 3%

19 comments:
Write comments
  1. Saya harap kajian ini akan betul-betul akan berlaku time to change politic

    ReplyDelete
  2. Ini cuma kajian, kebenarannya akan diketahui selepas PRU nanti.

    ReplyDelete
  3. Peningkatan ini disebabkan oleh apa?

    ReplyDelete
  4. Walaupun sokongan PKR sudah meningkat, tapi kajian ini cuma ambil 1536 rakyat sebagai sampel,lagipun kajian ini tidak melibat Sabah dan Sarawak, ketepatan Kajian ini tidak pratikal.

    ReplyDelete
  5. Lagipun Sabah dan Sarawak banyak voter, influence mereka adalah crucial. sila masukkan Borneo dalam kajian demi estimation yang lebih dekat.

    ReplyDelete
  6. Sabah akan terus mengundi BN kerana hanya BN yang dapat menjadikan Sabah negeri termiskin di Malaysia!

    ReplyDelete
  7. UNTUNG oh rakyat Sabah dapat Tagline NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA. Tahniah BN/UMNO.

    ReplyDelete
  8. meningkat??!! hmmphh.. sokongan padu yg meningkat kelaut! huhu

    ReplyDelete
  9. jangann jangann..inda bleh bah libatkan sabah dlm kajian sbb kalau kajian dibuat juga, kompom BN banyak dpt sokongan. maklumlahkan...sarang PTI la katakann.. PTI di sabah semuanya ahli UMNO maaa...kehidupan mereka terbela hanya dgn UMNO saja. kalau PR yg berkuasa di sabah, nahh..gulung tikar semua pilak2 tu abis kana tarik IC haram inda sudah boleh jual rokok di kaki lima..

    ReplyDelete
  10. Woi,kmu ingt klu P.R manang d sabah ani,kta tarus maju ka..jgn kmu betrip d sana,al juburi pasti makin mengganas lpss ni klu dia jd P.M..hr ni kn sabah kna umum antara negri terbaik mengurus kewangan..

    ReplyDelete
  11. Nampaknya Kerajaan BN perlu lebih bijak memastikan bagaimana untuk menarik rakyat untuk terus menyokong kerajaan.

    ReplyDelete
  12. tarikan yang hebat dan berkesan adalah mengenai gaji pekerja swasta. Itu adalah antara cara yang dapat menyenangkah hati rakyat.

    ReplyDelete
  13. Kan dah kata, Sabahan tu PATI sumanya. Ndak mau merekah itu pd Anwar atau PR. Mereka suda ramai kaum kuarga dSabah yg asal Indon atau Filipin. Itu pasal merekah kana batul2 jaga ini UMNO/BN jgn kasi jatuh. Dia ndak tau BN tu penipu sebab Sabahan asalnya Indon. Yg asal tu Murut atau Kadzandusun. Sebab itu jugak lah BN mau kasi pacah itu KDM kerena mereka ini kalu brsuara memang mati itu UMNO,bah.

    ReplyDelete
  14. Kita tidak tahu siapa yang akan menang sehingga saat terakhir.

    ReplyDelete
  15. Kita tunggulah sehingga rakyat membuat pengundian mereka pada PRU-13.

    ReplyDelete
  16. hasil kajian ini belum lagi menunjukkan hal sebenar. tunggu ja pru.

    ReplyDelete
  17. Ia hanyalah kajian. Tiada siapa yang dapat ramal apa akan jadi dalam PRU13 ni.

    ReplyDelete
  18. betul ka kajian ni?? macam mana sokongan Pakatan di selangor boleh meningkat selepas kerajaan negeri itu disaman oleh rakyat selangor??

    ReplyDelete
  19. setiap kali pilihanraya pun, tidak lari juga ramalan2 seperti ini.. jangan saja la disebabkan ramalan ini, pakatan tanpa segan silu mengiktiraf kemenangan sebelum bertanding..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.