Friday, September 28, 2012

Bajet Terakhir UMNO BN?

Datuk Seri Najib Razak menawarkan “gula-gula” dalam Bajet 2013 hari ini, menggunakan RM3 bilion wang pembayar cukai untuk pemberian wang tunai kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3, 000 dan bonus 1.5 bulan untuk 1.4 juta penjawat awam dalam apa yang dilihat sebagai bajet pilihan raya sebelum pilihan raya akan datang, perlu diadakan menjelang pertengahan 2013.

Perdana menteri yang juga menteri kewangan juga memberikan RM250 bagi yang belum berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000, yang membentuk seramai 3 juta pengundi baru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pelajar-pelajar sekolah juga akan mendapat RM100 setiap seorang dari Putrajaya tahun depan manakala RM1.2 bilion telah diperuntukkan untuk golongan tua, kanak-kanak, pekerja kurang upaya dan mereka yang mempunyai penyakit kronik di bawah Program Kebajikan 1Malaysia.

Najib juga mengurangkan satu peratus cukai pendapatan bagi yang berpendapatan RM50,000 pendapatan bercukai setahun, menyediakan bantuan kecil kepada 1.2 juta pembayar cukai dalam negara yang mempunyai rakyat seramai 28 juta.

Tetapi Barisan Nasional (BN) memotong subsidi gula sebanyak 20 sen/kg, meninggalkan subsidi sekarang pada 34 sen/kg, menurunkan bil subsidi gula kepada RM278 juta pada harga semasa.

Kerajaan juga akan membelanjakan RM1.9 bilion untuk membina 123,000 unit perumahan untuk mereka yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM5,000.

Antara beberapa tajuk lain rancangan perbelanjaan kerajaan seperti:—

- RM500 juta akan diperuntukkan untuk projek Kehidupan Sungai bagi membaikpulih Sungai Klang

- RM 9 billion untuk Mass Rapid Transit (MRT)

- RM 200 juta untuk Dana Industri Halal

- RM 1 billion untuk perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) Bumiputera

- Pencen minimum ditingkatkan dari RM720 ke RM820 bagi yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun

- RM38.7 billion untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan tambahan RM 500 juta untuk melatih guru bagi subjek penting seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik

- Geran dan insentif untuk memulakan tadika dan pusat jagaan kanak-kanak dengan RM1.2 billion peruntukan bagi pembangunan pendidikan pra sekolah

- RM1billion untuk membaik pulih sekolah
RM400 juta untuk sekolah kebangsaan dan RM100 juta untuk sekolah Cina, Tamil, agama, berasrama penuh dan MRSM

- “Skim Rumah Pertama Saya” had pendapatan bagi pinjaman individu meningkat dari RM3, 000 hingga RM5, 000 sebulan, dan sehingga RM10, 000 bagi pinjaman bersama pasangan berkahwin.

- Had bagi pengecualian duti setem bagi rumah dinaikkan daripada RM350, 000 hingga RM400, 000. Pengecualian ini juga diperluaskan sehingga Disember 2014

- Cukai keuntungan hartanah meningkat daripada 10 peratus kepada 15 peratus untuk hartanah yang dijual dalam tempoh dua tahun dari tarikh pembelian, dan daripada 5 peratus hingga 10 peratus bagi hartanah yang dijual antara dua dan lima tahun.

- Nilai Baucer Buku 1 Malaysia untuk pelajar meningkat daripada RM200 kepada RM250.

- Pelepasan cukai untuk pendidikan tinggi meningkat daripada RM4, 000 kepada RM6, 000.

- Pelepasan cukai dua kali ganda bagi Skim Simpanan Pendidikan Negara, daripada RM3, 000 kepada RM6, 000.

- Dua puluh peratus diskaun ke atas pembayaran penuh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara 1 Oktober 2012 dan 30 September, 2013.

- Sepuluh peratus diskaun ke atas ansuran pembayaran balik tetap pinjaman PTPTN.

-FELDA akan membina 20,000 unit perumahan bernilai RM1.5 bilion di 5,000 ekar tanah FELDA.

36 comments:
Write comments
  1. Baget 2013 tidak langsung menguntungkan pekerja swasta dan ini satu lagi tamparan hebat unk BN/UMNO yg kebanyakannya pengundi adalah pekerja swasta dan rakyat biasa. "INI KALILAH" kita akan mengubah landskep pada PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  2. Rakyat Sabah hanya diberi tangki air? Kesian orang Sabah yang merupakan Fixed Deposit BN!

    ReplyDelete
  3. Saya sebagai orang saya sangat kesal.Keluarga saya sejak dulu PenyokongPenuh BN dan Tidak pernah berbelah bagi.Tetapi setelah sekian lama dan BN tahu bahawa sabah malah sarawak adalah FIXED deposit.Tetapi tiadapun peruntukan khusus buat negeriku Sabah.Hanya tangki air sedangkan habis minyak sabah dan hasil bumi Sabah yang kita berikan.Tapi cuma tangki air yang engkau berikan.Ini kali lah..kami sekeluarga telah berpakat untuk tidak akan sekali-kali menyokong BN.Enough is Enough! BN and UMNO u can go to HELL.

    ReplyDelete
  4. betapa teruknya penghinaan BN kepada rakyaat sabah dengan hanya pemberian tangki saja....adui..kalau rakyaat sabah masih undi BN paling bodoh dan hina lah kita ini.

    ReplyDelete
  5. Wahai orang sabah INI KALILAH. Negeri kita fixed deposit dan negeri kita penyelamat BN pada 2008 tapi balasannya cuma tangki air.Lepas tuh yang untung kroni-kroni yang supply tangki air tuh.

    ReplyDelete
  6. Kisah seorang rakyat Malaysia tinggal di Kuala Lumpur di sabah dan Di mana jua berumur 31 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata berumur 2 dan 4 tahun. Bajet 2013 baginya tidak banyak membantu hidupnya kerana dia tidak layak:
    1) Tidak layak menerima bonus 1.5 bulan kerana bekerja swasta
    2) Tidak layak menerima rebet RM200 untuk pembelian smart
    phone dan
    3) Tidak layak menerima BRIM kerana gaji bulanannya lebih
    sedikit dari RM3000
    4) Tidak layak menikmati potongan 1% cukai pendapatan kerana
    gaji tahunannya RM50,500 setahun.
    5) Anak-anaknya belum sekolah jadi tidak layak menerima
    bantuan Persekolahan RM100.

    Tetapi dia menikmati banyak kemudahan jika PR memerintah kerana:
    1) Harga kereta murah
    2) Minyak murah
    3) Tol dihapuskan
    4) Pendidikan percuma
    5) Wifi percuma
    6) Gaji minimum RM1100.....
    7) Saman ekor dihapuskan..

    so..undi lah PR...anda mmpu merubahnya...

    ReplyDelete
  7. cakap ler apa pun mengenai bajet 2013...pengundi UMNo hanya penganggur yg dok kat kampung. Tiada kesan benda2 cam nih. Sebab tu mereka semua pengundi tegar BN. Mereka tu semua selalu ditpu oleh JKKK dan nak jumpa wakil rakyat pula atas alasan apa.

    ReplyDelete
  8. Income trbaru KERAjaan BN selepas bajet 'Rosmah' ni ialah :
    *Harga gula mngkin naik( BN cakap subsidi gula dkurangkan ).Mereka
    tak cakap hrga naik.

    *AES ( Automatic Enforcement System ) dah dperkenalkan sebagai JPJ ke2
    yg kerjanya ambil gambar pemandu memnadu laju dan jana dlm sistem
    utk dhantar notis kompaun. RM300 ( contohnya ) dah dpt balik oleh
    kerajaan dan kalau 50 000 pesalah trafik? Bukan kita menggalakkan
    pesalah trafik tetapi konsesi yg dberi kpd Sykt Beta Tegap tu tak
    kan takde kroni dbelakang.

    ReplyDelete
  9. Belanjawan ini mengambil kira kepentingan, kesejahteraan rakyat dari petani, nelayan, belia, wanita, penjawat awam, pekerja swasta, golongan Orang Kurang Upaya (OKU), peniaga dan masyarakat korporat.

    ReplyDelete
  10. Potongan 20 peratus kepada pemimjam PTPTN yang membayar hutang sekaligus dan 10 peratus kepada mereka yang konsisten membayar balik pinjaman tersebut mulai Oktober ini merupakan satu kelonggaran dan meringankan beban semua pihak.

    ReplyDelete
  11. Bantuan RM100 kepada setiap pelajar membabitkan 5.4 juta pelajar merupakan tanggungjawab kerajaan bagi meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah yang berdepan dengan masalah kewangan pada awal musim persekolahan.

    ReplyDelete
  12. Begitu juga RM3.7 bilion diperuintukkan untuk meningkatkan latihan kemahiran di bidang teknikal dan vokasional, ia merupakan pelaburan masa depan untuk melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran tinggi.

    ReplyDelete
  13. Ia adalah bajet yang baik dan diterima baik oleh orang ramai.

    ReplyDelete
  14. BR1M 2.0 diberikan kepada rakyat yang berpendapatan rm3000 ke bawah..

    ReplyDelete
  15. penjawat awam dapat durian runtuh 1.5 bulan gaji..

    ReplyDelete
  16. peruntukkan sebanyak rm1 billion untuk baik pulih sekolah..

    ReplyDelete
  17. dan banyak lagi...bajet 2013 akan memberikan manfaat kepada rakyat..

    ReplyDelete
  18. yang bujang pun dapat rm250...siok ni...dapat duit free...

    ReplyDelete
  19. bajet pilihanraya atau tidak, biar rakyat yang nilai...

    ReplyDelete
  20. Ianya bajet 2013..dan bukan bajet terakhir BN

    ReplyDelete
  21. Bajet Pakatan lagi la tidak akan dapat direalisasikan

    ReplyDelete
  22. How would you know if it's the last?

    ReplyDelete
  23. Pembangkang memang tidak akan berhenti bercakap tidak logik.

    ReplyDelete
  24. Let's look at what had happened to Anwar now.

    ReplyDelete
  25. Apa boleh buat la, isu jet persendirian masih menjadi sindiran.

    ReplyDelete
  26. Shame on you Anwar.

    ReplyDelete
  27. Bajet terakhir UMNO atau pun politik terakhir untuk Anwar bersara setelah tewas PRU13 ini.

    ReplyDelete
  28. Rakyat menyambut baik akan bajet yang dibentangkan oleh Datuk Najib ini. Maka sungguh mustahil akan ditolak pada akan datang.

    ReplyDelete
  29. Pakatan Rakyat buat bajet juga tu, bajet Pakatan pun boleh dianggap sebagai gula2.

    ReplyDelete
  30. Gula-gula atau tidak bajet Najib, kena tengok pelaksanaan kerajaan.

    ReplyDelete
  31. Pembangkang tidak perlu la mengkritik budget yang telah diumumkan. Kebaikan pun akan mereka rasa juga.

    ReplyDelete
  32. sama2 kita saksikan pelaksanaan bajet 2013 tahun depan.

    ReplyDelete
  33. Sekiranya rakyat masih memberi mandat kepada kerajaan BN, bajet 2013 bukan la yang terakhir.

    ReplyDelete
  34. Umno and Barisan Nasional (BN) must remain in power to keep the foundations of nation-building that were establised since the days of the country's independence, intact, said Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    The deputy prime minister said Umno and BN's victory was vital and not just for political power, but to continue to be the fortress in defence of the country against threats and undesirable ideology from outside.

    Many of these foreign influences are not in line with our religious and eastern values and our own long-held values as Malaysians

    I believe that this is the reason as to why Umno and BN needed to be very strong to win the people's support and a big mandate in order to determine the direction for continuous nation-building based on the principles of the Rukunegara.

    ReplyDelete
  35. bajet 2013 adalah bajet yang baik.

    ReplyDelete
  36. byk bantuan diberikan pada rakyat dalam bajet ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.