TEHRAN: Ratusan pelajar dan ulama Iran telah
berkumpul di luar kedutaan Perancis di Tehran untuk memprotes penyiaran
karikatur Nabi Muhammad oleh akhbar mingguan Perancis yang berbentuk
satira.
Penunjuk perasaan melaungkan "Matilah Perancis" dan "Jatuh bersama
Amerika Syarikat" serta membakar bendera Amerika Syarikat dan Israel
Khamis lalu, dalam demonstrasi yang berlangsung selama dua jam.
Di Paris, sebuah organisasi yang kurang dikenali, Syrian Freedom
Association (Persatuan Kebebasan Syria) telah memfailkan tuntutan
mahkamah mengatakan penerbitan kartun tersebut menyindir secara terbuka
dan menimbulkan diskriminasi, kebencian atau keganasan etnik, kaum atau
agama.
Kes itu sedang dipertimbangkan oleh mahkamah di ibu kota Perancis.
Wartawan Al Jazeera, Jacky Rowland yang melaporkan dari Paris
berkata, "Pihak berkuasa meminta kepada sesiapa yang merasakan hak
mereka telah dicabuli, maka mahkamah adalah tempat yang sesuai" untuk
meluahkan kebimbangan mereka.
Kerajaan telah mengharamkan demonstrasi yang dirancang untuk diadakan Sabtu ini di Paris.
Perancis mengumumkan akan menutup buat sementara waktu kedutaan dan
sekolah-sekolah di 20 buah negara Jumaat ini selepas Charlie Hebdo
menerbitkan kartun yang menghina Nabi.
Pada Rabu lalu, Perancis meningkatkan tahap keselamatan dan merayu
untuk bertenang selepas Charlie Hendo menerbitkan kartun tersebut.
-HD
Friday, September 21, 2012
Pelajar dan Ulama Iran bantah kartun hina Nabi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berdoalah supaya umat di bumi ini dapat belajar untuk menghormati agama masing2.
ReplyDeleteJangan la kita sesama manusia menghina agama lain.
ReplyDeletePelajar ini harus utama kan pelajaran. Inilah kalau dah trikut2 budaya Bersih ajaran pembangkang. OOppss..luar negara rpanya. Sorry ingatkan kat KL.
ReplyDelete**yassir arafat
Jangan biarkan Perang Salib berulang.
ReplyDeletedalam dunia ini kita kena saling hormat menghormati.
ReplyDeletetidak perlu membezakan agama orang lain.
ReplyDeleteJika kita saling hormat menghormati, pasti kita semua hidup dengan aman.
ReplyDeletebagus PERANG SALIB ni. Kita rampas balik Sepanyol dr tangan kristen. Kita daulatkan balik kerajaan Ottoman dTurki. Kita suburkan semula Islam d Azerbaijan, Khazastan, Armenia,Chechen. Kita hanya perlu mencari 'panglima' shj setelah pahlawan PERKASA ndak bole dharap. Nak harap Khairy pun, mcam Pak kadok jer. Di Palestine, seorg sheikh buta iaitu Sheikh Mohd Yasin amat dtakuti Israel kerana mampu menggerakkan belia2 Palestine utkbangkit brjihad. Sheikh Yasin yg tubuhkan HAMAS yg menjadi igauan ngeri rejim.
ReplyDeleteAndaikata sheikh Yassin dr malaysia...nak gerakkan jihad. Hahh,mcm2 NGO's, gerakan pemuda, para pejuang umngokk akan kutuk pak sheikh itu, dah la buta brserban besar pulak. Memang tak pandai karaoke le. Ntah2 itu org yg umngokk kata manusia trkaya dMalaysia.
Memang pelbagai bantahan telah dibuat. Maka kita harap perkara ini akan dapat ditangani segera.
ReplyDeletemakin lama makin byk penghinaan terhadap agama ldilakukan.
ReplyDeletekalau berterusan macam mana, ada lani perang besar2an lepas ni..
ReplyDeleteHarap isu kartun hina Nabi ini akan diselesaikan.
ReplyDelete