Sebuah mahkamah Turki Jumaat lalu menjatuhkan hukuman penjara seumur
hidup kepada tiga bekas jeneral, hukuman pertama bagi perbicaraan dua
tahun untuk 364 pegawai yang dituduh merancang untuk menggulingkan
kerajaan Perdana Menteri Raccip Tayyip Erdogan.
Mahkamah berkata,
tiga bekas jeneral tersebut hanya akan menjalani hukuman penjara selama
20 tahun kerana mereka tidak berjaya dalam usaha mereka untuk
menjatuhkan kerajaan.
Dua lagi jeneral yang sudah bersara dan satu jeneral yang masih berkhidmat juga telah dihukum penjara 18 tahun.
Mahkamah
membebaskan 34 pegawai dalam kes itu, menampakkan kekuasaan mahkamah
sivil ke atas pihak tentera yang dulunya sangat berkuasa di Turki.
Tentera
Turki secara tradisinya memainkan peranan yang dominan dalam politik,
melakukan tiga rampasan kuasa antara 1960 dan 1980 dan menendang keluar
kerajaan Islamik pertama negara tersebut dari pejabat pada tahun 1997.
Kuasa
tentera dikawal dengan tegas sejak Erdogan memerintah sedekad lalu dan
perbicaraan ini dilihat mempamerkankekuatan sebuah kerajaan yang mulai
keluar dari bayang-bayangnya sendiri.
Konspirasi "Sledgehammer"
dikatakan mengandungi rancangan untuk mengebom masjid bersejarah di
Istanbul dan mencetuskan konflik dengan Greece untuk membuka jalan bagi
pengambilalihan kuasa oleh pihak tentera.
Pihak pendakwa raya
telah menuntut hukuman penjara 15-20 tahun untuk 365 defendan, dengan
364 daripada mereka adalah pegawai tentera yang sedang berkhidmat
ataupun telah bersara. -HD
Sunday, September 23, 2012
Dalang jatuhkan Erdogan dipenjara seumur hidup
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LAKSANAKAN DENGAN ADIL SEMOGA DEMOKRASI TERTOJOL DENGAN BAIK.
ReplyDeleteTapi masa Dr Necmatin Erbakan dulu...parti keADILan ( AK) pimpinan belaiu telah menang PRU dTurki. Istihar menang je,terus jenderal rampas kuasa malah trtiarap Dr Erbakan tu dek rampasan kuasa tentera. masih ada saki baki Kamal Artartuk lagi. Alhamdulillah, kehendak Allah tiada siapa bo;eh halang. Kini bekas jenderal pulak kena hukuman penjara seumur hidup kerana nak rampas kuasa lagi. Ntah2 jenderal yg gulingkan Dr Erbakan tu kot. Dr Erbajan seorg pensyarah Kejuruteraan di sebuah U di German dan mencipta teknologi kereta kebal utk tentera german, walau beliau dr Turki.
ReplyDelete**yassir arafat