Kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipertikaikan lagi apabila audit yang dibuat ke atas daftar pemilih mendapati 64,100 pengundi pos telah didaftar dalam satu hari.
Ia telah didaftarkan pada 9 April 2010 dan menimbulkan pelbagai tanda tanya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia berdasarkan audit yang dibuat pada bulan Mac 2012, kata Anwar.
Beliau mendedahkan perkara ini ketika berucap di majlis makan malam perdana anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Melawati malam tadi.
Hampir kesemua pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kecuali Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang tidak berapa sihat, berada di majlis itu.
Selain itu, audit yang dibuat juga mendapati 77,400 pengundi yang tidak dimasukkan dalam senarai pemilih 2008 telah dimasukkan begitu sahaja dalam senarai ini tanpa melalui proses yang sepatutnya.
Audit itu juga mendapati, 2,052 anggota tentera telah dimasukkan dalam senarai pemilih itu tanpa dinyatakan nombor kad pengenalan baru Malaysia.
Anwar juga memberitahu, 4.38 juta pemilih yang ada dalam senarai itu tidak mempunyai nombor rumah pada alamatnya manakala 3.3 juta pemilih pula mempunyai nombor rumah sahaja tetapi tidak mempunyai alamat jalan dan sebagainya.
"Kesemua ini menimbulkan pelbagai tanda tanya ke atas kewibawaan senarai pemilih ini," kata Anwar.
Bagaimanapun, di sebalik kesemua masalah itu, katanya, beliau yakin Pakatan akan menang dalam pilihan raya umum akan datang ini.
"Perkembangan yang berlaku di Sabah dan Sarawak serta kehadiran pemimpin mereka malam ini memberikan satu semangat baru kepada kita," kata Anwar.
Antara yang hadir malam tadi adalah bekas timbalan menteri, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan anggota Parlimen Wilfred Bumburing serta beberapa nama besar lagi dalam arena politik tanah air.
Kedua-dua mereka telah mengumumkan meninggalkan Barisan Nasional dan menyokong Pakatan Rakyat sebelum ini. -HD
Saturday, September 29, 2012
Tipu : 64,100 Pengundi Pos Didaftar Dalam Sehari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kan dah kata SPR tu SRUHNJAYA PENIPU RAKYAT. Kalau PR kalah secara gentlemen, tiada masalah tetapi jika mcm nih cara penipuan yg jelas....rakyat kena bangkit sekali lagi dgn BERSIH 4.0. Jgn lari dr provokasi agen UMNO. Bangkit dan lawan biar nyawa kecundang asalkan perjuangan rakya kearah keADILan trcapai.
ReplyDelete**Raja Sulu'
Walau dcabar oleh PKR, adakah SPR takut ? Bagaimana kalau mereka kata SPR akan 'delete' nama2 yg dbantah itu dr senarai pengundi tetapi hakikatnya PENGUNDI HANTU seramai 64 000 tu atau secara total seramai 5 juta org MASIH lagi mengundi pd hari mengundi nanti. Pernah pun satu masa dulu hmpir trjadi pergaduhan angkara pengundi hantu yg dikesan hadir pd PRU ke 12 baru2 ini. Tetapi yg kena tangkap adalah anak TG Hj Hadi kerana menghalang ( menghalang sapa tak tau lah) dan pengundi hantu itu diiringi pula oleh polis ke lokasi trtentu. Hasilnya, BN menang besar dTGanu dgn kemenangna yg dragukan dan bukan setakat meragukan malah tlh menggadai kedaulatan negara kpd wrga asing kerana tlh ada warga Nyammar dan Bangla yg dpt ic segera dan jadi rakyat TGanu sekarang.
ReplyDeleteBetul la pendapat yg mengatakan org yg masih menyokong UMNO adalah org kategori 'OKU.'
Tengok dua muka 'mangkuk hayun' kat atas tu, kalau di Thailand dan lama kena dakwa dMhakamah serta kena rantai gajah dkaki dan dsumbat ke penjara. Hahh, tidoor le dsitu kamu.
ReplyDeleteBukan cerita baru. Orang BN/UMNO pun tau.
ReplyDeletePengundi baru tu kalu yg beri ic palsu kd warga asing memang seluruh rakyat akan merasa RALAT. Kalau hantu je PR yg ralat. Tapi masalah utama ialah...ic palsu memang dah kronik di Sabah yg mana ramai pegawai kerajaan negeri atau pusat, mereka asalnya PATI dr Indonesia. Makna nya jugak peluang kerja utk pribumi dah trtutop kerana dpenuhi oleh warga pendatang. Makbapak mereka bayar RM1000-RM2000 utk dapat ic projek dan anak cucu mereka yg isi perjawatan dgn jab.kerajaan.
ReplyDeleteBETUL LE LAUNGAN..HIDUP PATII..
Kalau sudah tahu nama tiada dalam senarai calon PRU13, memang terus keluar parti
ReplyDeleteMesti ada pihak buat sabotaj la tu, PR buat hal sendiri tapi boleh salahkan pihak lain.
ReplyDeletePR buat hal? Hal kepala hotak hape. Pengundi hantu dan prtambahan pengundi tu kerja SPR ke atau PKR. Bnda 'common sense' ndak bole pikir mcm mana nak pikir masalah negara. Bodoh.
ReplyDeleteDiharapkan SPR akan memastikan pendaftaran pengundi pos ini adalah tepat dan bersih.
ReplyDeleteBila Lajim Ukin akan keluar parti Pakatan Rakyat untuk bertanding bawah tiket parti baru sendiri?
ReplyDeleteSPR ni memang ada masalah integriti ke?
ReplyDeleteTolonglah bersikap professional wahai SPR
ReplyDeletekalau jumpa pati datang mengundi pada pilihanraya ke13 nanti antam saja,jangan jadi pengecut,itu hak kita mempertahankan hak kita.
ReplyDeleteSebenarnya Anwar masih takut untuk terus kalah. Ini kerana ini adalah yang terakhir untuk Anwar dalam politik jika kalah.
ReplyDeleteKita mahu SPR perlu memastikan yang mana perkhidmatan yang diberikan benar-benar adil kepada semua. Memastikan semua berjalan dengan lancar.
ReplyDeleteSPR kena pastikan senarai daftar pemilih benar2 bersih.
ReplyDeleteThe Election Commission (EC) wants proof to be presented to the commission to clean up the electoral roll rather than allegations in the media.
ReplyDeleteEC secretary Kamaruddin Mohamed Baria said any party who wanted to ensure a clean, accurate and orderly electoral roll could review it on the EC's website.
If there is anything that is unclear, one can approach the EC on the matter. It is the intention of the EC to see the existing electoral roll clean, accurate and orderly and the EC requires the cooperation of all parties in the matter and not to make allegations in the media.
Registered voters have been advised to check their information so that corrections could be made if there were mistakes.
Kamaruddin said this was because only the voter knew his personal information including the real residential address.
PEMBANGKANG hanya mengatakan pilihan raya Malaysia adil apabila mereka menang pilihan raya dan mentadbir negara ini.
ReplyDeleteDulu pembangkang ‘menyerang’ pihak polis dan sistem kehakiman tetapi apabila (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (penasihat PKR) dibebaskan dari tuduhan liwat mereka diam.
ReplyDeleteKini mereka menyerang SPR dan cuba memberi gambaran pada dunia bahawa SPR tidak adil..