Friday, September 28, 2012

Anwar terbabit dalam kerugian RM5.7 bilion forex?

ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) MALAYSIA melalui penyerahan memorandum ini mendesak agar Gabenor Bank Negara Malaysia Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Dr. Zeti Akhtar Aziz segera memenuhi tuntutan pada perkara-perkara berikut :-

1. MENJAWAB DAN MENDEDAHKAN FAKTA SEBENAR ISU KERUGIAN AKTIVITI PERTUKARAN PASARAN PERDAGANGAN ASING (FOREX)


Selaras dengan asas perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perihal keadilan dan kebenaran serta pembelaan kepentingan hak maklumat rakyat, maka adalah menjadi kebertanggungjawaban pihak Bank Negara Malaysia dijawab dan didedahkan fakta sebenar dan sepenuhnya pada yang berikut : -

1.1 Menjelaskan isu kerugian RM5.7 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) melalui dagangan pertukaran asing (Forex) adalah sepertimana yang dinyatakan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada Isnin 24 September 2012;

1.2 Siapakah mengarahkan Tan Sri Dato’ Jaffar Hussein menghentikan serta merta amalan perniagaan tukaran matawang (Forex) oleh Malaysia

1.3 Adakah berlakunya penyelewengan matawang secara besar-besaran dengan penglibatan atau sebarang campurtangan atau penglibatan penyembunyian fakta dan situasi aktiviti pertukaran perdagangan pasaran asing oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri 1981-2003) dan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan 1984-1991) sewaktu perkara ini dimulakan sebelum tahun 1990, dan akhirnya telah merugikan dana negara sebanyak RM 5.7 Bilion yang akhirnya menyebabkan Tan Sri Dato’ Jaffar Hussein meletakkan jawatan;

1.4 Memberikan penjelasan tentang mengapa dan kenapa dagangan tukaran matawang ini dijalankan, dan mengesahkan nilai kerugian RM 5.7 Billion terutama aktiviti dibawah Seksyen Forex seliaan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop


2. MEMPERJELASKAN KEPADA MEDIA DAN RAKYAT MALAYSIA

ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) MALAYSIA juga mahu sekiranya penjelasan fakta Gabenor Bank Negara berkenaan isu penglibatan kerajaan Malaysia dalam aktiviti spekulasi pertukaran perdagangan matawang asing yang telah mendatangkan kerugian pada tahun 1992 sepertimana dilaporkan dalam laporan tahunan pada 1993 ini adalah bertentangan dengan apa yang telah disebutkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai semasa sesi soal jawab perbahasan di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia (jawapan bahas beliau yang menyatakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai pihak yang bertanggungjawab) pada Isnin 24 September 2012 lalu, maka perlulah segera membuat sidang media dan kenyataan rasmi Bank Negara untuk pengetahuan khalayak umum.

Ini adalah bagi membersihkan nama baik Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan Malaysia ketika itu (1991-1998) sebelum dipecat pada 1998, telah didakwa kononnya terlibat dan bertanggungjawab dalam aktiviti pertukaran perdagangan matawang asing sehingga menyebabkan kerugian tersebut.

Walhal fakta sebenar sepertimana yang telah dijelaskan dengan yakinnya penuh tanggungjawab oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam sidang Parlimen pada beberapa hari lalu (Isnin 24 September 2012) adalah sebenarnya dilakukan oleh Menteri Kewangan sebelumnya iaitu Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan 1984-1991) atas restu arahan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia dengan pengendalian aktiviti pertukaran pasaran asing itu dibawah Seksyen Forex seliaan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (yang kemudiannya selepas itu dinaikkan pangkat menjadi Menteri Kewangan Kedua, dan kini menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyelia Unit Perancang Ekonomi).

Sepertimana AMK MALAYSIA yakini, penjelasan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku mantan Menteri Kewangan Malaysia adalah penuh tanggungjawab dan merupakan fakta sebenar-benarnya.

Ini terutamanya dalam usaha dan keprihatinan beliau pada tahun 1993 selaku Menteri Kewangan kepada pihak Bank Negara dibawah Tan Sri Dato’ Jaffar Hussein (Gabenor Bank Negara sehingga Mei 1994), dengan mengarahkan agar dihentikan aktiviti dagangan matawang asing yang semata-mata mendatangkan kerugian besar dana negara bernilai RM 5.7 Bilion itu.

Maka dalam memberi keyakinan dan kebenaran isu ini kepada rakyat, menjaga integriti fakta soal jawab perbahasan Dewan Rakyat Parlimen Malaysia serta seterusnya mencabar dan memastikan pihak dalang sebenar yang tidak bertanggungjawab dan tidak mahu mengaku melibatkan negara Malaysia yang kita cintai dan kewibawaan institusi Bank Negara Malaysia dalam spekulasi pertukaran pasaran matawang asing yang telah hampir merosakkan ekonomi negara ketika itu, perlulah didedahkan kepada umum bagi tindakan perundangan dan penilaian moral terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Sekali lagi adalah diharapkan agar pihak Bank Negara Malaysia bertindak profesional dengan memberi respon penuh dan lengkap sepertimana yang telah dikemukakan dalam memorandum AMK MALAYSIA ini bagi kebaikan dan maruah rakyat terutama Bank Negara Malaysia sendiri.

Sekian, Terima kasih.

SHAMSUL ISKANDAR MD. AKIN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) MALAYSIA


20 comments:
Write comments
  1. RUGI? apabila perkara kerugian ini dibahaskan, pastinya Anwar tidak akan bersalah!

    inilah resam politik. selagi kamu berPOLITIK, kamu adalah BETUL! kamu akan SALAH BILA KAMU X BERPOLITIK LAGI! hehehe

    ReplyDelete
  2. Datuk Donald Lim...Timb Menteri Kewangan tuh. Hmmph, aku kenal dah. Ntah2 masa spekulasi matawang tu..dia masih hingusan lagi dlm politik. Cina kawasan beliau pun tak sokong. Menang tu kerana persempadanan semula kawasan pilihanraya jer. Asal dr Setiausaha Parliment Kementerian Pengangkutan hanya lepas PRU ke PRU,beliau menjawat jawatan baru yg lebih tinggi. Bukan tau sgt soal kewangan negara tuh,hanya kuota MCA je tuh.Jadi,kena lah bagi statement yg menyenangkan BN, majikan beliau. Tapi setahu aku, kerugian BNM dlm FOREX tu brlaku masa TUN DAIM jadi YB Menteri Kewangan atas prlantikkan TUN M. Yg jadi kambinghitam, Gabenor BNM waktu itu, tak pasal2 kena letak jawatan.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  3. yassir arafat adalah menteri kewangan II Malaysia jika PR memerintah. jika BN memerintah yassir nih jadi menteri kewangan ke 44! kih kih kih

    macam2 yassir tau. tapi tadah duit dgn krj BN jugak! kerja sendirila, woii. forex ni adalah riba. wajib kita jauhi sistem nih. bukan dah pegang jawatan 3, 4 tahun pas tu baru tersedar akibat rugi pada soros! jika x rugi, boleh main lagi!

    ReplyDelete
  4. KALAU PEMIMPIN UMNO BUAT RUGI TAK APA..TAPI KALAU PEMIMPIN PR YG BUAT MCM NI PASTI SETIAP HARI PUAK2 UMNO, PERKASA DAN JATI AKAN KATA "PENGKHIANAT BANGSA"."PATUT DIHALAU DARI BUMI MALAYSIA" ATAU PALING TIDAKPUN MRK AKAN SURUH PEMIMPIN PR BAYAR BALIK KERUGIAN RAKYAT MALAYSIA"..INILAH PERANGAI SYAITAN YG DIKENALI../././.

    ReplyDelete
  5. Kita tumbangkan parti syaitan yg ajak kita main riba...FOREX. MALAYSIA masih brtuah kerana ada insan brnama ANWAR IBRAHIM yg bangkit melawan dajjal dan syaitan. Tapi awas dajjal tu ramai pengikutnya dan mampu hapuskan Islam (PAS) kalu kita ndak waspada.

    ReplyDelete
  6. eh.. anwar jahil bab itu. fahami `forex` di bawah:-

    S. Nallakaruppan adalah bekas sahabat baik Anwar selama 30 tahun dan telah diperkenalkan oleh Datuk Lim Thian Kiat (Datuk TK Lim) pemilik Magnum Corporation (4 nombor ekor). Datuk TK Lim adalah majikan kepada S. Nallakaruppan. Hubungan persahabatan S. Nallakaruppan dan Anwar Ibrahim bermula ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pelajaran dan menjadi semakin rapat setelah Anwar Ibrahim dilantik menjadi Menteri Kewangan (kebanyakan untuk projek besar).

    Ketika itu, S. Nallakaruppan dan Anwar Ibrahim terlibat dalam aktiviti sukan tenis di padang tenis Bangsar yang dibina khas oleh Datuk TK Lim. Datuk TK Lim telah membayar seorang jurulatih tenis dari Amerika Syarikat (AS) untuk mengajar dirinya, Anwar Ibrahim dan S. Nallakaruppan sekitar tahun 1993 hingga 1998.

    Ini membuktikan hubungan Anwar Ibrahim dengan S. Nallakaruppan telah lama terjalin yang membolehkan S. Nallakaruppan merupakan sumber yang tepat untuk mengesahkan sisi-sisi gelap Ketua Umum PKR itu. Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual iaitu individu yang melakukan aktiviti seks dengan wanita dan lelaki dan turut melakukan aktiviti seks dengan wanita yang telah berkahwin.

    Anwar Ibrahim didakwa melakukan hubungan seks dengan Shamsidar Taharin, isteri pembantunya, Azmin Ali. Azmin Ali sekarang ini adalah Ahli Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden PKR. Menurut Nalla, hubungan seks telah lama berlaku iaitu di antara 1993 hingga 1998 (6 tahun) di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar.

    Hampir setiap kali, Anwar Ibrahim perlukan Shamsidar, Anwar Ibrahim akan mengarahkan S. Nallakaruppan untuk membawa Shamsidar dengan kereta Daimlernya bernombor WBV37 di mana Anwar Ibrahim juga turut berada dalam kereta itu. Dalam satu kejadian S. Nallakaruppan dapat dapat menonton aktiviti seksual antara Anwar Ibrahim dengan Shamsidar itu melalui monitor yang disambung kamera CCTV dari katil Tivoli Villa (untung S. Nallakaruppan).

    Terdapat sesetengah aktiviti seks itu melebihi daripada tahap normal. Dalam satu kejadian pada tahun 1997, Anwar Ibrahim telah melakukan hubungan seks dengan Shamsidar di sebuah hotel di London yang diatur oleh S. Nallakaruppan. Ketika itu Shamsidar datang bersama suaminya Azmin, manakala Anwar Ibrahim datang bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

    S. Nallakaruppan juga bertindak sebagai penjaga bayi (baby sitter) kepada anak perempuan Shamsidar yang berumur tiga bulan ketika Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan Shamsidar di Tivoli Villa. Anak perempuan Shamsidar itu dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Anwar.
    Mendengar kepada kenyataan S. Nallakaruppan ternyata benar bahawa Anwar Ibrahim selama ini mempunyai nafsu seks yang besar hingga sanggup menggunapakai isteri Azmin Ali. Sebagai seorang suami yang hanya mahukan kuasa politik, Azmin Ali sanggup meminjamkan isterinya, Shamsidar untuk memuaskan nafsu ‘bos’nya itu. Di manakah peranan Wan Azizah, isteri Anwar Ibrahim ketika itu? Yang pasti, Wan Azizah telah diberikan habuan wang yang banyak bagi menutup mulutnya.

    ReplyDelete
  7. Kesian UMporno. Trpaksa ugut S Nallakaruppan dgn memerangkap dlm kes peluru dan pistol. Selepas jd kawan, langsung S Nalla kena twist 180 darjah utk menerkam Ds Anwar ibarat musoh. Ye la, kalu ndak ikut arahan UMporno, hilangla nyawa beliau angkara UMporno. Lepas itu, mcm2 cerita dtimbulkan trhadap DS Anwar. Pandai UMporno..dia tak tuduh sendiri tetapi guna org lain selepas diugut utk tuduh DS Anwar. Tapi tak dakwa pun sebab takde kes cuma maina politik kotor BN. Sama dgn sundal malam seorg lagi...diupah Umporno utk serang ceramah PR. Bukan pandai beri ceramah hanya hadir utk ganggu ceramah PR. Hasilnya,ramai lagi org2 dungu dlm UMporno yg susah mencari CAHAYA IMAN DAN ISLAM.

    ReplyDelete
  8. Ya lah, aku nengok si Nalla tu dlm statement nya di TV satu masa dulu, mcm ada masalah je muka si Nalla. Betul juga risik khabar mengatakan kalau lari skrip yg UMNO sediakan tu, confirm si Nalla akan dtuduh bawah Akta Senjataapi. Bunoh le jawabnye.

    ReplyDelete
  9. wal fitnatu asyaddu minal khotr..." Jgn kita barsama UMNO dlm menyebar fitnah celaka."

    ReplyDelete
  10. Lim Kit Siang juga memanggil Anwar Ibrahim untuk menjelaskan kerugian ini.

    ReplyDelete
  11. Tapi Anwar Ibrahim tetap menafikannya.

    ReplyDelete
  12. DSAI takkan mengaku dan akan tuduh orang lain pula

    ReplyDelete
  13. Bawa Anwar berdebat dengan isu forec ni la

    ReplyDelete
  14. Tidak mustahil kerana pada masa itu juga Anwar berkuasa sebagai menteri kewangan Negara.

    ReplyDelete
  15. Mungkin Anwar terdiam akan perkara ini. Kerana kita tahu Anwar pasti terlibat dalam hal ini.

    ReplyDelete
  16. Anwar pasti takkan mengaku kesalahan dia. dia akan tetap nafikan walaupun ada bukti.

    ReplyDelete
  17. dulu Anwar pun pernah merancang nak pijam wang dari IMF, nasib baik ia ditolak Mahathir. jika tidak, pasti Malaysia sukar maju.

    ReplyDelete
  18. Prime Minister Najib Tun Razak called on the people to look back and evaluate the track record of Opposition Leader Anwar Ibrahim, who had made a big lie to the people on Sept 16, 2008.He said that on that day, Anwar claimed that 30 Barisan Nasional (BN) parliamentary members would defect to the opposition parties, hence making possible for Pakatan Rakyat to take over the federal government. This is the biggest lie in Malaysian political history. Can we forgive a leader who lied to the people. The people will not easily forget this historical incident. The opposition leaders, including their chief, came to Sabah, especially with the approaching general election, to make promises to win the people's support.

    ReplyDelete
  19. SAPP tidak mahu mahu report polis ka si Anwar tu

    ReplyDelete
  20. Banyak wang Anwar rugikan. pembangkang diam2 saja.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.