Saturday, September 29, 2012

Hutang Negara Semakin Parah Menjadi RM502 Billion

Hutang negara yang semakin bengkak ekoran perbelanjaan Belanjawan Negara 2013 yang tinggi mendapat perhatian pemimpin Pakatan Rakyat yang risau ia akan tenggelamkan ekonomi negara.

MP Pakatan yang ditemui juga berpendapat, belanjawan tersebut tidak mengambil kira keadaan ekonomi antarabangsa dan domestik yang semakin mencabar dan akan memberi kesan kepada pendapatan negara.

Mereka juga berkata belanjawan tidak mengambil kira masalah struktur ekonomi yang sarat dengan monopoli kroni Umno-BN yang mengakibatkan harga tinggi bagi barangan dan perkhidmatan.

Ini berbeza kata mereka, dengan belanjawan Pakatan Rakyat yang mengstruktur-semula asas ekonomi negara supaya pendapatan rakyat ditingkatkan, mengalakkan daya saing yang sihat dalam bidang keusahawanan dan melahirkan masyarakat yang saksama.

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan belanjawan kerajaan pusat yang berjumlah RM 251.6 bilion.

Defisit negara daripada perbelanjaan belanjawan itu dianggarkan pada paras empat peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2013.

Manakala Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat yang diumumkan pada 26 September, memperuntukkan RM 234 bilion dengan defisit yang berjumlah 3.5 peratus dari KDNK.

Berikut adalah petikan respons dari MP Pakatan :

MP Gombak Azmin Ali “Apa yang saya tegaskan tadi pengumuman bajet amat mengejutkan.

“Kita harus memberi unjuran gambaran situasi ekonomi dunia yang sudah tentu akan beri kesan langsung kepada ekonomi domestik tetapi Menteri Kewangan langsung tidak sentuh.

“Apa yang amat menyedihkan, rakyat biasa kelas menengah dan rakyat miskin diberikan sogokan kecil one off seperti BRIM tetapi untuk tauke besar dan kroni pemerintah, diberikan insentif 10 tahun seperti yang diumumkan tadi iaitu Tun Razak Exchange.

MP Bagan Lim Guan Eng

“Kalau melihat hutang pula, RM 456 billion untuk tahun lepas (meningkat) kepada RM 502 billion untuk tahun ini.

“Yang lebih dapat banyak manfaat masih kroni-kroni yang dapat banyak projek yang telah dijanjikan Ini adalah janji ditepati kepada kroni-kroni.

“Janji dalam buku jingga dapat dilaksanakan jika kita memerintah Putrajaya dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ianya bukan untuk kroni-kroni.

MP Kepong Dr Tan Seng Giaw

“Ia merupakan peruntukan bajet yang amat besar berbanding dengan tahun lalu.

“Tetap ada beberapa perkara yg belum dibuat misalnya utk SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah) kerana kita ingin mencegah ketirisan.

“Sebab itu defisit sekarang ialah RM 43 bilion dan kalau kita tiada badan yang betul-betul boleh uruskan ini kita susah untuk hadapi masalah kerana hutang negara telah melebihi 54 peratus KDNK.

“Bajet ini secara keseluruhannya untuk pancing undi pada pilihanraya akan datang.

Yang penting kerajaan perlu atasi defisit.

MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar

“Belanjawan yang diumumkan hari ini tidak menjelaskan sumber-sumber pertumbuhan pada masa akan datang.

“Bayangkan cukai peribadi personal income tax diturunkan satu peratus jadi saya tertanya-tanya kritikan sebelum ini mengatakan tidak ada sumber pertumbuhan yang dikemukakan oleh Pakatan.

“Kenapa hari ini terlalu bersifat budaya amat memperlihat pembelian undi dan juga tidak benar-benar cuba menyelesaikan masalah struktur ekonomi Malaysia?

28 comments:
Write comments
  1. Bukan bajet pemanis, tapi bajet mengelirukan.

    ReplyDelete
  2. Jgn pelik jika ada yg kata hutang negara meningkat setelah DS Anwar naik jet mewah ituhari. Org UMngok bukannya cerdik. Yg tak trfikir oleh akal yg waras,itu lah cerita yg mereka mampu 'hiburkan'.

    ReplyDelete
  3. Inilah yang Idris Jala menteri BN kata negara akan bangkrap kalau tidak dilaksanakan cukai GST selepas PRU13.

    ReplyDelete
  4. Hutang negara tu cerita lama yang sengaja diputarkan oleh pembangkang

    ReplyDelete
  5. Bajet 2013 pasti akan mengimbangkan keadaan kewangan negara

    ReplyDelete
  6. Diharapkan hutang negara akan ditangani oleh kerajaan persekutuan.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan perlulah memandang berat tentang isu hutang negara.

    ReplyDelete
  8. mana tak banyak utang,sebiji skru pun claim rm 30.berjuta juta ringgit buat stadium,tak ada angin ribut pun runtuh.buaya dari stas sampai cicak tokey kat bawah jilat.jadi ketua cawangan UMNO pun jutawan segra.

    ReplyDelete
  9. Hutang negara perlu dikurangkan agar rakyat tidak tanggung beban yang lebih

    ReplyDelete
  10. Pendapatan negara perlu ditingkatkan untuk cover hutang

    ReplyDelete
  11. Hutang negara tu cerita lama yang sengaja diputarkan oleh pembangkang
    ( Siapa yang putar? Bukankah Idris Jala kata negara akan bangkrap kalau GST tidak dilaksanakan sebab itu Najib kata GST akan dilaksanakan selepas pru13! Ini semua untuk mengurangkan hutang negara.)

    ReplyDelete
  12. Pendapatan negara perlu ditingkatkan untuk cover hutang ( kena ada cukai seluar dalam, baju dalam dan pakaian dalam semula untuk tingkatkan pendapatan negara. Opps nanti Rosmah marah pula nanti! )

    ReplyDelete
  13. Yang penting 1 setengah bulan gaji.... tambah lagi 2 bulan pasti menang...

    ReplyDelete
  14. Kalau kita lihat pun PR sedang mencari jalan untuk memburukkan kerajaan. Seperti bajet 2013 ini menjadi isu oleh mereka.

    ReplyDelete
  15. Apa pun semua ini akan terjawab oleh rakyat. Kita tidak dapat menjangka apa yang difikirkan oleh rakyat. Tapi kerajaa perlulah mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi Negara ini.

    ReplyDelete
  16. Kalau diikutkan dakyah Pakatan Raayat, Malaysia sentiasa didakwa bankrupt! DARI DULU LAGI!! mengadu sana sini. sampai sanggup mencium wanita Yahudi. lupa mengadu & membesarkan Allah.
    Felda ni dah bankrap??!! betulke? atau umpan bagi menjahanamkan pemikiran raayat? pastu puji raayat yang ikut PR sebagai kuat berfikir..pandai. padahal hanya menggalak raayat x bersyukur+ biadap dgn orang tua, ibu bapa / pemimpin! projek bagi capai impian jadi PM!

    Tapi sebaliknya BN menunjukkan bahawa fitnah tersebut hanyalah "penipuan politik Pakatan Pembangkang". Anda tahu kemampuan Najib??!! Jika tak tau, mengapa menyalak tak tantu fasal? nak tambah dosa kering? Najib ini terbuka. dengar suara hati raayat. positif & tidak melatah. sebaliknya membantu. macam arwah bapanya.

    Di saat PR mendakwa Felda ditindas & ditipu, Najib berikan fakta keuntungan Felda di hdpn org2 Felda. Peneroka2 Felda diberi bulat2 "durian runtuh" RM 15 ribu satu keluarga. Mereka juga berpeluang untuk memiliki saham2 Felda yang bakal tersenarai di BSKL. Boleh tambah belian banyak manapun! kerajaan dah peruntukkan harga bawah pasaran hanya untuk org2 felda di suatu masa dulu. kini boleh tambah jika berkemampuan.

    so, diam pula..

    Walaupun pendapatan bulanan mereka masih sama iaitu rm 350 sebulan- sekolah, klinik, dll keperluan dibina dari masa ke masa. Dalam masa yang sama, tanah hasil penerokaan mereka tidak terjejas kerana Felda cuma mengapungkan tanah2 ladang milik Felda dalam penyenaraian tersebut!!! Ia dijamin kerajaan! PM Najib beri itu & ini! kuat lawatan kerja bantu masalah raayat!

    sentiasa sanggup bersama dlm senang @ susah raayat! semasa di felda, siap naik motor lagi sambil tersenyum2. inilah bukti antara PM yg berkelulusan ekonomi dgn Anwar, `pensyarah` yg berkelulusan Pengajian Melayu gred 3.

    Yg penting, BN mampu! hutang mmg tiada masalah utk dibayar. Jk x percaya, berilah Najib & BN peluang.

    *anak felda

    ReplyDelete
  17. Anonymous said...
    October 1, 2012 10:52 AM :

    masih dlm status 'berhutang' [53% drpd GDP], cerita lama itu masih isu yg relevan di sini. mabuk tapai???

    ReplyDelete
  18. pembangkang pasti takkan setuju dgn bajet kerajaan, kerja mereka mmg membangkang walaupun hal baik.

    ReplyDelete
  19. moga hutang negara dpt dikurangkan.

    ReplyDelete
  20. The people need not be concerned over the national debt as the government is capable of managing it, said Second Finance Minister, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

    He said the government took loans based on its ability to repay.

    "We are able to repay. Never in history (we cannot repay our debt). Since I became a Member of Parliament, we have never faced a situation where we could not repay our debt," he told reporters after officiating the Annual General Meeting of the Malay Contractors Association Malaysia Perak, here today.

    He was commenting on the opposition's claim that the Budget 2013 tabled recently did not take into account the economic situation with the rising national debt.

    I believe that the present government will be able to manage the national debt.

    ReplyDelete
  21. Ahmad Husni said the ability to repay the debt hinged on a number of factors, including the amount and repayment period for the loan.

    "If we took out a RM1 billion loan and the repayment period is 20 years, the amount to be repaid is smaller compared to that for five years," he added.

    He said the national debt at present was at a level not more than 55 per cent of the Gross Domestic Product.

    Ahmad Husni clarified that the loans taken out by the government was used for the purpose of development which had a multiplier effect to boost the country's economic growth. He said the government borrowed to ensure development was implemented.

    For what it's worth, I think that the people of this nation are now beginning to reap the benefits from the transformation programmes carried out by the Barisan Nasional government under the Najib administration for the past three years.

    ReplyDelete
  22. Hutang Negara akan berlipat kali ganda jika Pakatan melaksanakan kesemua janji-janji luar biasa mereka

    Banyak yang sudah disebut mengenai janji-janji kosong Pakatan Rakyat jika ditakdirkan akhirnya berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Keghairahan ‘melafazkan’ janji ini menjadi terlalu hebat sehingga ramai terlupa, berapa nilai semua janji yang disebutkan itu?

    ReplyDelete
  23. Hutang Negara akan berlipat kali ganda jika Pakatan melaksanakan kesemua janji-janji luar biasa mereka

    3 janji utama Pakatan Rakyat ini jika akhirnya berjaya memerintah kerajaan persekutuan. Yang paling di atas sudah tentulah janji untuk memberi pendidikan percuma kepada semua rakyat (termasuk penghapusan PTPTN), tol percuma dan subsidi minyak (termasuk menaikkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 20% dari 5% sekarang).

    ReplyDelete
  24. Hutang Negara akan berlipat kali ganda jika Pakatan melaksanakan kesemua janji-janji luar biasa mereka

    Memetik kenyataan Perdana Menteri di Batu Pahat tempoh hari, kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak RM 43 billion untuk tujuan menghapuskan pinjaman PTPTN. Untuk membiayai sepenuhnya pengajian di semua Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan mengambil alih lebih 500 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi merealisasikan janji perkhidmatan percuma akan memakan belanja sehingga RM 100 billion!!

    ReplyDelete
  25. Hutang Negara akan berlipat kali ganda jika Pakatan melaksanakan kesemua janji-janji luar biasa mereka

    Bagi menampung subsidi bahan api pula, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 18 billion untuk subsidi harga bahan api tersebut pada 2011. Anwar masih tidak mengumumkan berapa nilai penurunan harga minyak jika Pakatan Rakyat mengambil alih tapi beruang jangka sekitar RM 0.10 – RM 0.30 seliter. Penurunan ini akan menambah subsidi kerajaan untuk bahan api sahaja sehingga RM 22 billion setahun.

    ReplyDelete
  26. Hutang Negara akan berlipat kali ganda jika Pakatan melaksanakan kesemua janji-janji luar biasa mereka

    Manakala bagi menampung kenaikan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 15% lagi (menjadikan 20%) dan bayaran royalti kepada negeri Terengganu dan Kelantan, kosnya dijangka akan mencecah sehingga RM 20 billion. Unjuran ini dibuat berdasarkan nilai 5% royalti minyak yang dibayar kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu (termasuk bayaran wang ehsan kepada Kelantan) pada 2011 yang sudah mencecah sehingga RM 10 billion.

    ReplyDelete
  27. Hutang Negara akan berlipat kali ganda jika Pakatan melaksanakan kesemua janji-janji luar biasa mereka

    Bagi mengambil alih konsesi tol bagi merealisasikan janji tol percuma pula, kerajaan perlu membayar sebanyak RM 20 billion berdasarkan nilai semasa syarikat pengendali Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang terdedah semasa pengambil alihan syarikat tersebut oleh Kumpulan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

    ReplyDelete
  28. Hutang Negara akan berlipat kali ganda jika Pakatan melaksanakan kesemua janji-janji luar biasa mereka

    Pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN dianggar akan menelan hasil negara sebanyak RM 143 billion (minimum), subsidi minyak dan peningkatan bayaran royalti, RM 42 billion dan tol percuma RM 20 billion.
    Semua sekali menjadikan kos untuk menampung 3 janji Pakatan Rakyat ini sahaja sebanyak RM 205 billion!! Ini belum lagi bercakap tentang subsidi lain dan segala perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negara yang dianggarkan antara RM 80 – RM 100 billion setahun.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.