Sepucuk surat bertandatangan perdana menteri Najib Altantuya dengan restu Majlis Tertinggi Umno bertarikh 7 Ogos 2012 yang dihantar kepada Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaleha Kamaruddin berhubung perlantikan Mizan Hitam menggantikan Nik Ahmad Kamal sebagai Timbalan Rektor universiti itu menjadi bukti terbaru bahawa Najib Altantuya adalah dalang di sebalik sebuah projek yang dipanggil OPS 2020!
Tanpa segan silu menyalahgunakan kedudukan politik dan menggunakan kepala surat Umno bagi maksud tersebut, Najib Altantuya mengarahkan supaya Mizan diberikan kemudahan dan kerjasama sepenuhnya bagi memberi kemenangan kepada mahasiswa pro-Umno (pro-Aspirasi) di universiti itu.
Menurut laman Facebook Buletin UIAM dalam posting terbaru dua jam lalu, OPS 2020 yang digerakkan Umno bertujuan memastikan kemenangan kesemua 20 kumpulan pro-Aspirasi yang condong kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di kesemua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pilihanraya kampus yang bakal diadakan pada 25 September ini.
UIAM antara universiti yang menjadi sasaran utama Umno merampas kerusi majlis perwakilan mahasiswa yang selama ini dipegang pro-Mahasiswa yang pro-Pakatan Rakyat.
Selain UIAM, universiti utama lain seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut dijadikan sasaran buat Umno kerana ia sebenarnya adalah cerminan terhadap keputusan pilihanraya umum yang akan datang.
Projek yang sungguh menjijikkan ini diketuai timbalan menteri belia dan sukan, Razali Ibrahim yang juga pengerusi biro IPT Umno pernah didedah menghadiri satu mesyuarat Think Tank OPS 2020 bersama-sama dengan Tun Faisal Ismail Aziz yang bertindak selaku bos Unit Media Baru Umno.
Surat yang sama dilampirkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin dan Presiden UIAM yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan. -jalanpulang
Berikut merupakan kandungan surat Najib Altantuya kepada Zaleha:
MAKLUMAN PELANTIKAN TIMBALAN REKTOR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) BAGI MENJAYAKAN OPS 2020
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk
2. Adalah dimaklumkan, dengan pengesahan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, pelantikan Datuk Prof. Madya Dr. Mizan bin Hitam sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM untuk menggantikan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal bin Nik Mahmood berkuatkuasa serta merta.
3. Sehubungan itu, pelantikan Datuk Prof. Dr. Mizan bin Hitam adalah bertujuan untuk menjayakan projek OPS 2020 bersempena dengan Pilihan Raya Kampus 2012 yang dijadualkan berlangsung pada 25 September 2012. Semoga makluman kepada pihak puan atas pelantikan ini dapat membawa kejayaan dan kegemilangan kepada Pro-Aspirasi untuk memartabatkan Bangsa dan Negara berlandaskan Perlembagaan UMNO.
4. Kerjasama, sokongan dan perhatian yang diberikan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian, wassalam.
(tandatangan)
(DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK)
Presiden UMNO Malaysia
-GB
Wednesday, September 19, 2012
Campurtangan UMNO Di Dalam Projek OPS2020 UIAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Di Pasir Gudang,Johor, seorg pemimpin UMNO (katanya asal dr Sabah) telah arahkan sebuah tadika ditutop. Ada 40 pelajar kanak2 yg khabarnya juga anak2 Sabah yg merantau kesna cari kerja. Bila dah lama menetap dan branak pinak, mereka buka tadika lah. Kenapa Ketua UMNO tu pandai2 arahkan tadika dtutop? Dulu,masa UMNgok Kedah mula2 kalah pd PRU ke 12, mereka buat cerita PAS Kedah arahkan tadika dtutop iaitu di Sg Petani,yg sebenarnya bukan arah tutop pun cuma nak buat tadika baru yg lebih baik di situ jugak pun. Cerita penutopan tadika dJohor tu dengar2 brsangkut paut dgn PAS le tu. Kan budak2 tu nak diasuh dgn ilmu, apa masalahnya. Itu lah UMngok, jika brsangkutan dgn PR, bantuan dikatakan keganasan. Tetapi kalau BN punya keganasan dikatakan demi undang2. Heeii..UMNgok !! POORAAHHH.
ReplyDeletepilihanraya kampus/universiti pun UMNgOk dah masuk? TERDESAK sgt???
ReplyDeletePolitik tidak boleh untuk Mahasiswa.
ReplyDeleteHarap Mahasiswa akan menjauhkan diri mereka daripada tergolong dalam berpolitik.
ReplyDeletePembangkang semakin kecut menghadapi PRU13.
ReplyDeleteLebih baik belajar daripada berpolitik.
ReplyDeletesebagai Mahasiswa/mahasiswi jgn mudah terpengaruh dgn BN/UMNO yg cakap dah tak serupa bikin. Aku hari2 meluat dan nak muntah bila lihat berita kat radio dan tv d malaysia yg asyik fokuskan tentang programe BN/UMNO yg sering kali membohong dan menipu rakyat dgn sajian yg palsu.
ReplyDeleteDi kampus pun ada juga hari mengundi untuk memilih calon2 siswa/siswi yang boleh jadi pemimpin.
ReplyDeleteAdakah mahasiswa patut terlibat dalam politik?
ReplyDeleteHarap isu ini dapat ditangani sebaik mungkin.
ReplyDeletepelajar jgnlah terlibat politik. utamakan pelajaran.
ReplyDeleteNajib nafikannya. Dari mana dapat surat ni?
ReplyDeletekes pakatan bersekongkol dengan Ambiga bagi menghancurkan negara berlipat kali ganda lebih teruk dari kes diatas..
ReplyDelete