Bajet Alternatif Pakatan Rakyat (PR) yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini disambut dengan sinis oleh kebanyakan ahli Parlimen daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN).
Bajet yang dihasilkan secara bersama daripada komponen parti DAP, PKR, dan PAS itu jelas ahli Parlimen BN adalah “tidak masuk akal” dan “bajet bodoh” serta mempersoalkan bila tempoh masanya untuk dilaksanakan.
“Itu bajet bodoh ... persoalannya sekarang bila mereka mahu laksanakannya?
“Ia hanya “trick” untuk menarik undi rakyat, dan setakat ini mereka (PR) tidak pernah melakukan apa-apa,” kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kepada pemberita yang ditemui di Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan ketika diminta untuk mengulas bajet alternatif PR itu berkata, beliau sendiri tidak melihat secara serius tindakan yang dilaksanakan PR.
Jelasnya, bajet itu adalah “tidak bertanggungjawab dan hanya membuatkannya tertawa.
“Ia (bajet) membuatkan saya ketawa ... Itu bajet tidak bertanggungjawab.
“Bukan seperti BN, kami melaksanakan apa yang terkandung dalam bajet kami, dan bajet PR ini hanya untuk membeli undi rakyat,” katanya sambil menyindir Anwar sebagai “syok sendiri” dengan pengumuman bajet tersebut.
“Semua dia nak, perdana menteri, menteri kewangan, buat bajet, beliau seperti syok sendiri,” katanya lagi.
Sementara itu, ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Harun menegaskan, idea PR untuk menghapuskan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), dalam bajet tersebut bukan sesuatu yang praktikal kerana hanya akan mengakibatkan projek sedia ada yang sedang dibangunkan akan terbengkalai.
Pengerusi Skim Permodalan Nasional Berhad (SPNB) ini juga menegaskan cadangan itu lebih kepada menghentam dan menghancurkan apa yang sudah dibina dan dibangunkan kerajaan sedangkan apa yang dibina dan dilaksanakan itu adalah untuk kemudahan rakyat
“Proses yang dilaksanakan kerajaan itu adalah proses percambahan untuk memperbanyakkan lagi syarikat bagi membolehkan lebih banyak projek kerajaan dapat disiapkan.
“Ia juga dapat mengelakkan monopoli kerana setiap projek perumahan dan apa yang cuba dijanjikan pembangkang melalui bajet bayangan mereka itu hanya akan akan mewujudkan unsur yang boleh merosakkan kepercayaan rakyat,” katanya lagi.
Dalam pembentangan bajet mereka hari ini, PR dilihat menjanjikan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna oleh rakyat Malaysia.
Ketua Pembangkang itu berkata, pendapatan boleh guna akan meningkat melalui penurunan harga kereta, pemansuhan tol, dan pemansuhan pinjaman pelajaran, melalui bajet yang dibentangkan beliau hari ini.
Anwar turut berkata, kerajaan PR akan berupaya untuk menampung cadangan mereka itu tanpa meningkatkan kadar cukai, sebaliknya hanya mengawal ketirisan yang meningkat sebagai akibat daripada gejala rasuah dan ketidakcekapan.
Perdana Menteri juga dijangka akan membentangkan bajet kerajaan pada Jumaat ini yang berkemungkinan untuk menarik undi dan meletakkan harapan untuk memenangi pilihan raya walaupun kadar hutang negara yang semakin meningkat.
Pakar ekonomi berkata Najib akan melengahkan pembaharuan untuk meluaskan dasar cukai Malaysia dan mengurangkan kebergantungan terhadap simpanan minyak untuk sekurang-kurangnya setahun, dan mengumumkan langkah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah bertarung dengan kenaikan harga barang.
Anwar dan Najib dilihat menggunakan pendekatan populis untuk menarik undi dalam pilihan raya yang dijangka paling sengit dalam sejarah tanah air, dan kedua-duanya dilihat cuba untuk mengelakkan daripada menjanjikan langkah perubahan yang drastik.
Najib perlu melaksanakan pilihan raya ke-13 hingga April tahun depan namun telah pun mengumumkan beberapa siri pemberian tunai, termasuk RM2.6 bilion tunai kepada keluarga berpendapatan rendah.
-TMI
Wednesday, September 26, 2012
BN : Bajet Pakatan tidak realistik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tengok kereta mewah & jet la.. bodoh!
ReplyDeleteBudget yang masuk akal bagi pemimpin BN ialah budget seluar dalam, baju dalam dan pakaian dalam seperti yang Najib umumkan dua tahun lalu. Ini yang pemimpin BN tidak pandai ketawa!
ReplyDeleteAhli Parlimen Hulu Selangor, YB P Kamalanatang mengatakan PR membuat budget bodoh dan mempersoalkan bila mau dlaksanakan. Bangang, PR tu masih pembangkang. Nak tau bodoh atau ndak, kamu turun dr Putrajaya dan biar PR cuba laksana budget mereka pulak. Baru bole komen. Bodoh YB P Kamalanatang.
ReplyDeletekan jadi ahli politik akan dapat menikmati layanan yang istimewa....jet sahaja sekarang,tengoklah apa yang akan terjadi nanti..
ReplyDeleteentahlah ahli-ahli politik semua pandai buat cerita,langsung tidak jaga imej
ReplyDeletePR perlu ambil kira projek2 untuk rakyat yang sedang dijalankan oleh kerajaan pada masa ini, baru buat bajet...takkan nak tangguhkan projek2 tersebut, kalau lah PR mengambil alih kerajaan selepas PRU13??
ReplyDeletebiasanya budget dibentangkan adalah budget gula2 untuk rakyat... .cthnya kakitangan dinaikan gaji tapi dikejar oleh cukai seolah2 tidak dirasai kenaikan gaji tersebut. diberi RM500 / subsidi, barang naik apa yg bole dapat... senyum hanya sekejap saja....
ReplyDeleteLiow Tiong Lai kata itu hanya gimik PR untuk memancing undi rakyat.
ReplyDeleteAhli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali lantas membidas tindakan Pakatan yang bertindak tidak menghormati Kerajaan apabila ingin membentangkan belanjawan mereka pada taklimat khas esok.
ReplyDeleteSeharusnya mereka menghormati kerajaan yang memerintah negara, yang mendapat mandat rakyat dan di bawah naungan (Yang di-Pertuan) Agong untuk membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, Jumaat ini.
ReplyDeleteSememangnya tiada peraturan untuk menghalang pembangkang untuk bentang belanjawan mereka tetapi sewajarnya patut tunjuk rasa hormat dan tidak membelakangkan kerajaan,
ReplyDeleteMenurutnya Pakatan seolah-olah takut dan risau dengan pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat ini sehingga sanggup membentangkan belanjawan mereka terlebih dulu.
ReplyDeleteCukai GST akan menamuai rakyat selapas PRU 13
ReplyDeleteSetiap orang ada cara mereka bukan. Apa pun kita tunggu pula bagaimana dengan Bajet 2013 yang akan diumumkan Oleh PM Malaysia. Harap akan lebih memberikan kepada pembangunan di luar bandar seperti Sabah dan Sarawak.
ReplyDeleteTambahan lagi sekarang ini PRU13 semakin dekat maka pelbagai isu akan dibangkitkan lagi. Tapi hairan juga kenapa PR tidak membentangkan bajet 13 sebelum ini kenapa 2 hari sebelum bajet kerajaan?
ReplyDeletePakatan Rakyat tidak mempunyai pengaruh politik untuk membentuk kerajaan Persekutuan akan datang kerana mereka tidak boleh mencapai persetujuan mengenai pelbagai isu dasar, termasuk bajet. kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
ReplyDelete"Di kalangan mereka (DAP, PAS dan PKR) tidak pernah bersetuju antara satu sama lain. Ini apa yang disifatkan sebagai perkahwinan untuk kesenangan. Mereka pasti akan bercerai.
"Namun (buat masa ini), mereka takut untuk berbuat demikian kerana berkongsi matlamat sama iaitu untuk menawan Putrajaya," katanya dalam ceramah di dewan komuniti Leong See Kah Miew, malam Jumaat.
Beliau berucap buat pertama kalinya di Pulau Pinang selepas meninggalkan DAP pada Mei lalu.
Bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International itu turut menyentuh situasi politik di Pulau Pinang.
Beliau berkata, walaupun sekiranya Pakatan menang, ia hanyalah hasil yang sia-sia kerana mereka hanya memutuskan jawatan menteri selepas menawan Putrajaya dan ia mungkin sudah terlalu lewat.
*Kini, mereka tidak boleh memutuskan sesama sendiri mengenai kewujudan kabinet bayangan. Jika bajet dibuat pun, YB Liew Chin Tong akan panas. Secara senyap, licik campur tangan sepenuhnya.
Insya allah, Bn tumbang dgn kebangkitan rakyat kali ini.
ReplyDeleteAku risau dgn bajet yg dpersembahkan oleh Najib tu. Bimbang bukan apa, menambah lagi kesengsaraan kewangan negara yg dah parah angkara BN. Kalau selama ini BN mengadakan perbelanjaan brhemah, tiada ketirisan dlm projek , tidak pelahap shopping spt yg dah brlaku pd isteri2 YB dan bagai2 lagih aku ndak risau sgt.Kata negara dah rugi RM28b. Itu rugi shj belum lg hutang negara RM500b yg tak prnah dbayar oleh rejim BN.
ReplyDeleteBN tadbir Msia nsudah lama dan negara ini membangun dengan pesat.
ReplyDeleteApa payah sangat nak kata PR tidak mampu melaksanakan, beri mereka memerentah 5 tahun, kalo tidak mampu kita parti lain yang mampu Asal Bukan UMNO (ABU)
ReplyDeleteBajet Pakatan memang tidak logik dan hanya sandiwara saja.
ReplyDeleteSekiranya Pakatan berkuasa bajet tu hanya akan gagal
ReplyDeletebajet pakatan bukan boleh dipercayai sgt.
ReplyDeletekalau dah nama pun pembangkang, sampai bila pun tak akan setuju dengan bajet yang dibentangkan oleh kerajaan memerintah. Samalah halnya dengan pembangkang di negara ini, apa pun kebaikan yang disebut kerajaan dalam bajet akan ditolak tepi, yang boleh diputar belit itu yang akan diketengahkan.
ReplyDeletekalau diikutkan bajet Anwar tu yang boleh buat negara bankrap sebab kesannya bukan 1 tahun sahaja tapi bertambah dari masa ke semasa untuk menampung penghapusan tol, pendidikan percuma, PTPTN dan sebagainya tu..
ReplyDeleteThe opposition coalition's budget failed to prioritise education and lacked provisions on allocation for academic matters, said Deputy Education Minister Dr Mohd Puad Zarkashi.
ReplyDeletePuad said he was not impressed with the plans as they did not contain anything concrete on education.
ReplyDelete
ReplyDelete"The opposition promised a RM500 one-off payment to teachers but the government's 2013 Budget includes half-month bonus payments.
"Even during debates in Parliament, the opposition failed to address matters related to education."
ReplyDeleteHe said the 2013 Budget was on the right track and more convincing.
ReplyDelete"If they are serious, I challenge them to present an education blueprint as what the government had done with the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 Preliminary Report."
ReplyDeleteHe also criticised the opposition for their alleged list of shadow cabinet, which suggested former Perak menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin as a potential education minister.
ReplyDelete"I am not sure about the veracity of the list, but I remember during Parliamentary proceedings that Nizar never said anything in relation to education issues.
ReplyDelete"In fact, he never said anything in Parliament and yet he is to be the education minister," he said after handing out RM100 contributions to 942 orphaned students from 47 schools here.
ReplyDelete