Saturday, September 29, 2012

PRU 13 : Gerakan mahu kerusi lebih

Gerakan hari ini melahirkan hasrat untuk mendapatkan tambahan satu lagi kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada pucuk pimpinan BN untuk diwakili mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Naib Presidennya Datuk Mah Siew Keong berkata ia adalah bagi diperuntukkan kepada calon bebas yang menyertai parti itu sepanjang tempoh empat tahun sebelum ini.

gerakan women forum 080306 mah siew keong"Kita berharap akan diberi tambahan kerusi pilihan raya kali ini," katanya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Pemuda Nasional Gerakan Ke-25 di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow dan Ketua Pemuda Datuk Lim Si Pin yang telah mengesahkan tidak bertanding pada PRU-13 nanti. Pada pilihan raya lepas Lim bertanding di kawasan Parlimen Batu di Wilayah Persekutuan tetapi kalah kepada Tian Chua dari PKR.

Sebelum ini, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengumumkan bahawa Gerakan komited untuk bertanding di 47 kerusi Parlimen dan DUN selain mempertahankan kerusi-kerusi yang telah dimenangi sebelum ini.

Selain itu, Mah turut menggesa sayap Pemuda untuk memainkan peranan dalam meraih sokongan pengundi muda kerana mereka merupakan 20 peratus atau tiga juta daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar.

"Saya tengok ada perubahan positif termasuk banyak golongan pemuda menghargai transformasi oleh Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak), generasi muda banyak menggunakan rangkaian media sosial seperti Facebook dan Twitter.

"Oleh itu peranan Pemuda Gerakan amat penting, parti akan banyak bergantung kepada Pemuda, golongan muda adalah berbeza, jadi terserah kepada anda untuk mendekati mereka," katanya.

Melihat kepada pentingnya pengundi muda, beliau berkata pihak parti juga tidak ada masalah untuk menimbangkan permintaan sayap Pemuda bagi lebih banyak calon daripada golongan mereka dipilih bertanding pada PRU-13.

- Bernama

18 comments:
Write comments
  1. Ada ke kerusi utk MCA dan MIC lagi ya? Bole menangkah lagi. Ada ke Cina nak sokong MCA dan India utk sokong MIC. Dlm dunia ni mana negara yg amalkan parti brgabung seramai parti spt yg ada dlm BN nih ? Fkta asas, siapa nak cari makan bole wujudkan parti baru tetapi dprsilakan masuk BN. Bila dlm BN confirm dpt fulusnya atau ganjarannya apalagi kalu seorg tu ada pengaruh. Soal rakyat,itu bole dteriak kemudiannya.

    ReplyDelete
  2. Sama jak pun mcm P.R..pkatak utk rakyat tp smua berebut mau jd P.M..kabinet bayangn pun smpi skrg tiada sbbnya masing2 gila kuasa.

    ReplyDelete
  3. Ehh..PR pun berebut nak jadi PM ? Hai trtinggal bas ke kamu nih. Kan mereka dah sepakat nak lantik Anwar Ibrahim? Dah trtinggal bas,meracau mcm kena sawan pulak.

    ReplyDelete
  4. Aku pun ndak tau dmana kerusi MCA, MIC serta Gerakan tu berada,bah. Yg aku tau mereka tu semua kalah dlm pilihanraya. Tiga parti tu kalah kerana kaum mereka dah tak undi pun mereka hanya diundi oleh orang melayu di kawasan yg dpertandingkan tu saja. Jgn marah kalu melayu akan undi Chua soi Lek kerana bg mereka Chua tu lebih mulia dari tok guru Nik aziz, bah.

    **Bokeh UMNO Sri Monanti

    ReplyDelete
  5. Pasal kerusi2 calon tu terserah kepada pucuk pimpinan BN

    ReplyDelete
  6. Ahli Umno BN harus menyokong penuh mereka yang tercalon sebagai calon PRU13.

    ReplyDelete
  7. Pucuk pemimpin akan membuat pembahagian kerusi secara adil kepada semua komponen parti.

    ReplyDelete
  8. Gerakan tunggu dan lihat saja pasal isu pertandingan kerusi.

    ReplyDelete
  9. Gerakan kena buktikan yang mereka mampu menang kali ini

    ReplyDelete
  10. Isu calon perlu dibincang di meja bulat

    ReplyDelete
  11. Mengenai kerusi sebaiknya buat perbincangan yang terbaik untuk pembahagian kerusi tersebut.

    ReplyDelete
  12. Pastikan calon yang ingin diletakkan itu benar-benar berjiwa rakyat dan mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  13. laaa...ingatkan DAP mau kerusi lebih! rupanya DAP paling baik. x mau kerusi lebih2 & bagi kerusi KM Pulau Pinang pada sapa2 PR yang mahu.. baguslah DAP nih. Gerakan mmg tamak.

    tirulah macam DAP.. baik hati sangat, maaa

    ReplyDelete
  14. biarlah hal ini dibincangkan samada gerakan akan dpt kerusi lebih atau tidak.

    ReplyDelete
  15. lakukan pembahagian kerusi dgn adil.

    ReplyDelete
  16. Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon says the names of Gerakan members picked as Barisan Nasional (BN) candidates can be dropped anytime by the party if they do something stupid.

    The list is the result of screening and evaluation. However, if they do something stupid, wrong that provoke anger of the people, they will be not be picked as candidates.

    The Minister in the Prime Minister's Department said those on the list are constantly monitored to ensure they work hard to solve problems faced by the community.

    He said although society is supportive of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and the 1Malaysia concept, the local people need candidates who can work for them.

    ReplyDelete
  17. bagus Gerakan tumpukan jentera mereka di Pulau Pinang.. daripada demand kerusi tambahan, kenapa usahakan untuk merampas semula negeri Pulau Pinang..

    ReplyDelete
  18. isu berkenaan dengan peruntukkan kerusi sepatutnya dibincangkan secara tertutup, bukannya melalui media.. apa gunanya duduk dalam satu payung jika tidak boleh bersemuka?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.