Monday, September 24, 2012

Penghina Nabi: Menteri Pakistan tawar USD100,000

Kerajaan Pakistan mengutuk tindakan seorang menterinya yang menawarkan ganjaran untuk membunuh penerbit filem yang berpangkalan di Amerika Syarikat, yang dipercayai menjadi dalang filem yang menghina Nabi.

Tindakan Islamabad itu datang selepas Ghulam Ahmed Bilour, Menteri Kereta Api menawarkan USD100,000 untuk pembunuhan penerbit filem dari California itu Sabtu lalu.

Bilour juga menjemput anggota Taliban dan al-Qaeda untuk mengambil bahagian dalam perkara yang beliau sifatkan sebagai "perbuatan yang mulia".

"Saya mengumumkan hari ini bahawa, orang yang telah menghina nabi ini, jika seseorang membunuhnya, saya akan memberi orang itu hadiah sebanyak USD100,000," katanya.

Wartawan Al-Jazeera, Hyder Kamal yang melaporkan dari Kuala Lumpur, berkata bahawa Bilour mungkin telah bertindak sendiri dan tawaran itu tidak perlu diambil sebagai tindakan rasmi pihak kerajaan.

"Jangan kita lupa bahawa dia adalah seorang menteri yang telah memusnahkan kereta api Pakistan," lapor Hyder.

Bilour dianggap oleh sesetengah pihak di Pakistan sebagai orang yang bertanggungjawab bagi keadaan kemerosotan kereta api negara itu.

Penerbit filem yang diletakkan harga sebanyak USD100,000 itu adalah Nakoula Basseley Nakoula, seorang warga Mesir, beragama Kristian Koptik, berusia 55 tahun dan telah disabitkan kesalahan menipu dan dibebaskan dari parol, dan kini tinggal di Los Angeles.

Pengumuman Bilour datang selepas lebih 5,000 penunjuk perasaan, termasuk ratusan wanita, berarak ke arah parlimen di Islamabad, sambil melaungkan: "Hukum mereka yang menghina Nabi kami" dan "Kami sayang Nabi kami".

Kira-kira 500 orang dari kumpulan Jamaat-ud-Dawa juga mengadakan demonstrasi di depan Konsulat AS di bandar timur Lahore, melaungkan: "AS sesuai dengan hanya satu ubat - jihad, jihad."

Protes itu bagaimapun adalah protes aman, berbeza dengan protes pada hari sebelumnya.

Kumpulan agama berkata mereka juga merancang demonstrasi di Karachi, tempat berlakunya adegan keganasan terburuk Jumaat lalu, selepas pengebumian lebih daripada 20 orang yang terbunuh semasa demonstrasi Jumaat lalu.

-HD

2 comments:
Write comments
  1. Dulu kan ada seorg Menteri kabinet Tony Blair ke sapa yg tawar ganjaran utk tangkap Pres. Obama hidup2. Menteri Islam rasanya kturunan pakistan juga cuma warga Britain. Ada Menteri kabinet Malaysia cam tuh ? Kena serang dek samseng Shahrizat pun tak berani melawan, inikan pulak nak 'sound' kat Yahudi dunia tuh .

    ReplyDelete
  2. Menghina agama apatah lagi nabinya adalah perbuatan yang tidak diterima dan tidak diajarkan oleh islam mahupun kristian Katolik. Perbuatan seperti ini boli mencetuskan huru hara dan tmpiasnya tetap sampai kepada mereka yang tidak terlibat. Papun cuba kita imbas di malaysia pula. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di bawah Isamuddin Hussien telah menahan ribuan jumlah Kitab Kristian angkara penggunaan perkataan ALLAH dlm Kitab serta dalam penerbitan majalah herald yang dsokong oli UMNO. Bukanka ini juga satu bentuk Penghinaan kepada mesyarakat kristian. Mujurlah Party PAS mempunyai pemahaman Islam yang tulen.sedikit sebanyak telah memberi tekanan kpd kerajaan. Jika masyarakat kristian dseluruh dunia buat demonstrasi apa kao rasa....orin? jdi sama2 kita menjaga dan menghindarkan pbuatan yang tdk baik

    PROUD TO BE CHRISTIAN CATHOLIK

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.